Sponser By

Followers

Iklan

30 September 2013

Kasih dan sayang

Assalamualaikum..

Sabtu lepas aku pergi sabah untuk hadiri majlis akad nikah kawan laki aku dan majlis bertunang kawan aku. Aku tertarik untuk kongsikan apa yang tok kadi tu  kongsikankan pada kedua mempelai.Sebenarnya bukan khas untuk kedua mempelai sahaja tetapi harus diketahui oleh kita semua.. Tok tu kata, untuk menjalani hidup yang bahagia dan memulakan alam rumahtangga, kita harus belajar berkasih dan sayang.

Pertama, kita haruslah kasih kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T .itu adalah wajib agar segala yang kita lakukan diredhai barulah hidup sentiasa dalam redha Allah.

Kedua, Haruslah sayang kepada ibu bapa kandung .Jangan nanti dah berumahtangga, lupa semua tanggungjawab kepada ibu bapa.

Ketiga, harus sayang kepada ibu bapa mertua. Jika sayangkan ibu bapa mertua maka hidup juga diberkati kerana Allah sayang kepada sesiapa yang berkasih sayang.

Keempat, harus sayang kepada binatang atau haiwan terutama binatang atau haiwan yang dipelihara tak kira bertujuan untuk dimakan atau dipelihara.

Kelima harus sayang kepada tumbuhan dan alam sekitar.Jika alam sekitar kita sayang maka alam sekitar jadi sihat untuk kita tinggal.

Keenam, harus sayang kepada jiran. Jika kita sayangkan jiran maka jiran pun akan sayang kepada kita.

Ketujuh harus sayang kepada diri sendiri, sayangi diri.jaga kesihatan, jaga anggota badan kita.

Kelapan, harus sayang kepada kepada harta. Jika ada harta, jangan d gadai. Simpan harta.jangan joli sana joli sini.Kalau ada kereta, bawa secara berhemah ada duit, simpan untuk waktu kesempitan.

Kesembilan, bila semua sudah kita sayangi, automatik kita akan turut memberi sepenuh kasih sayang kepada pasangan dan anak-anak.


hihi..tu je serba sedikit yang aku ingat.. best juga sebenarnya datang ke majlis akad nikah ni.mendapat ilmu dan diperingati kembali apa yng mungkin sudah kita lupa.

Sorry kawan..aku curi pic ni kat fb kamu...maaf3x..

Selamat bertunang buat kawanku.cepat-cepat la naik pelamin..hihi
P/s: ye..saya tahu saya rendah dan comel..hahahahaha...

6 comments:

  1. peringatan yang baik untuk pasangan suami isteri :)

    ReplyDelete
  2. betul sangat kata-kata tok kadi tu.. selamat bertunang untuk kawan adik yang dalam gambar tu.. :D

    ReplyDelete
  3. Kasih dan sayang merupakan rasa yang tidak bisa dipisahkan dalam kehidupan kita sebagai manusia :)

    dengan cinta, kita bisa mengasihi dan menyayangi satu sama lain :)

    ReplyDelete
  4. betul tuu. sayang semuanyaaa~ kihkih :D

    ReplyDelete
  5. bagus tok kadi tu bg ingatan mcm tu...

    kaseh sayang memang senang nak d ucapkan ttp amat sedikit yg dpt mengamalkannya...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.