Sponser By

Followers

Iklan

19 September 2013

Hati-hati bila menegur perihal anak

Assalamualaikum..^_^

Ima nak tanya pada yang sudah bergelar ibu. Pernah tak akak-akak atau anda-anda semua terasa hati bila orang lain menegur perihal menjaga dan menangani anak? Mesti pernahkan. Masalah bukan jenis yang tak menerima teguran.Tapi ada caranya. Bagi ima, setiap anak-anak ni ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.so kita tak boleh menegur perihal anak-anak dengan cara yang kasar atau cara yang bongkak dan menunjuk-nunjuk seolah-olah anak kita je yang baik .

Setiap anak tu ada karenah tersendiri, ada sifat tersendiri, ada kebiasaan tersendiri. Cara untuk tangani setiap anak juga berbeza-beza daripada anak orang lain.
Pernah dulu, ima ditegur oleh nurse secara kasar bagi ima. teguran tu macam memperlekeh ima sebagai ibu muda. Anak ima ni jenis yang susah nak naik berat badan. So nurse tu dengan sesedap rasa je cakap.

Nurse: "kamu mesti rajin bagi makan budak.saya tahu kamu ibu muda.malas nak paksa budak-budak makan. Kita sebagai ibu tak boleh malas. anak saya baru bla bla bla bulan dah berat bla bla bla.

ima: bukan malas tapi memang dia tak berapa nak makan.dah macam2 usaha. kalau lah ada orang yang boleh pujuk anak ni makan, saya sanggup bayar. (dalam hati, badan ko pun besar , macam mana tak anak ko besar ..ko tengok badan aku besar ke kecik??)

nurse: kamu mampu ke nak bayar orang? anak kamu, kamulah yang harus pujuk makan

ima: saya tau anak saya masalahnya sekarang nurse perlekehkan saya. lain orang lain masalah anaknya. saya mampu buat apapun untuk anak saya asalkan baik untuk dia.Nurse nak ke tolong bagi anak saya makan??

Terus nurse tu diam. dan bagi vitamin.

Serius sampai sekarang saya tak boleh terima kenyataan tu. Sebab dia tak tau betapa susahnya hati saya dan betapa banyak usaha yang saya buat untuk bagi berat badan anak saya naik.pelbagai vitamin dan pelbagai makanan dah ima cuba.Dan nurse tu tak tau pun betapa peritnya hati ima ni sebab tak mampu bagi anak naik berat badan.Malam-malam pun susah nak lelapkan mata sebab risau.
Tapi fiki-fikir balik, kenapa saya risau hanya sebab nurse yang tak tau apa yang kita rasa tu. Think positif je, ima jenis yang kecik, husben pun bukan jenis yang  besar-besar. Takkan anak nak berat lebih-lebih.family ima jenis kecik-kecik je.mungkin sebab tu anak ima pun kecik je.

Alhamdulillah.walaupun anak saya kurang berat badan, kecik je tapi dia aktif dan sangat pintar. Tak salah kan puji anak sendiri.hihi.. So lepas ni harap jangan lah ada orang yang suka memberi nasihat perihal anak dengan cara yang kasar macam tu. lain anak lain perangainya.lain pulak cara tanganinya.Mana lah ada seorang ibu, umi, mumy yang suka-suki je perihal anak-anak mereka.cuma kita tak tahu kenapa sesuatu benda tu berlaku.Jangan pulak samakan dengan orng yang buang ank tu ye.tu lain.memang laiiinn..

P/s: Sampai sekarang berbekas dihati kata-kata nurse tu. hurmmm.


8 comments:

  1. sesetengah nurse nie mmg mulut xde insurans lagi² klinik kerajaan tsskkk

    yalah, kite ni ibu mesti nak yang terbaik untuk anak kan?? patutnye bagilah tips ke idea ke..

    ReplyDelete
  2. anak sedara acik memang tak kuat makan, badannya kurus.. tapi kakak acik guna cara dengan tetapkan waktu makan dia dan tegas.. biasalah budak fikirannya asyik nak bermain dengan kawan2 saje ..sampai makan pun tak mahu.. memang kena paksa sikit... tak pelah kak, akak lebih faham anak akak.. acik tahu tahu rasanya masa tengok akak acik sendiri risau anaknya x mahu makan langsung

    ReplyDelete
  3. huish. nak menegur tu elok2 la sikit kan. ish2. takkan la jd nurse baru jumpa satu mslh ni. huhu. sabar yee. semoga anak bertambah selera makan. kena buat corak2 kot. yg mcm tv tuu. huhu

    ReplyDelete
  4. wina, kalau dia bg tips dan tegur cara elok, ok la. ni sgt2 mengguris perasaan.huhu

    ReplyDelete
  5. acik, haaa, memang kena tegas.tapi budak ni sbnrnya x boleh dipaksa sebab bila dia lapar dia pandai lah minta.

    ReplyDelete
  6. sha, ntah la.nak kata bru pnh jumpa, agak mustahil kan.ke memang anak kite je yg x naik berat badan..hoho

    ReplyDelete
  7. Masa aina kecik2 pun tak suka sangat makan. Everynight mama paksa suruh minum susu tp aina tak suka. Now, tak payah paksa, semua lahap je. Badan pun semangat heheh :3

    ReplyDelete
  8. mak aih biar betul nurse,tu?kak lea dulu pun macam tu jugak,ima.sampai malas betul nak bawa si kembar pergi klinik.kita dah usaha bagi makanan yang seimbang,ada vitamin bagai.alah janji anak kita sihat,aktif dan cerdik,kan :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.