Sponser By

Followers

Iklan

26 August 2013

Idea dan cadangan untuk bajet 2014

Assalamualaikum.. Alhamdulillah kami rakyat Malaysia diberi peluang untuk memberi idea untuk bajet 2014.Semoga idea yang kami berikan sedikit sebanyak memberi inspirasi. Saya sebagai seorang ibu  dan isteri sangat berharap sekiranya bajet 2014 ada untuk golongan ibu .
Kalau boleh, bajet 2014 diberikan sedikit kepada golongan ibu dan isteri untuk memberi kursus dan pinjaman modal permulaan untuk berniaga secara online. Ini bagi mewujudkan para ibu dan isteri mempunyai pendapatan walaupun hanya bekerja dari rumah.

Inilah apa yang ingin saya kupaskan disini..Bagaimana bajet 2014 ni dapat membantu kami para ibu..

Memandangkan di abad kini zaman serba manggunakan wang, kebanyakkan pendapatan para suami tidak cukup untuk menanpung perbelanjaan keluarga. Antara sedar atau tidak, ramai para isteri yang terpaksa keluar bekerja untuk membantu para suami.Namun dalam usaha murni membantu para suami, ramai yang terpaksa berkorban terpaksa mebenarkan orang luar untuk menjaga anak-anak. Walaupun sudah semua maklum.kini banyak kes anak-anak di dera oleh pengasuh tetapi para pasangan terpaksa dengan berat hati meninggalkan anak-anak demi mencari nafkah. Bukan kah sepatutnya seorang isteri itu berada di rumah sedangkan para suami yang keluar mencari nafkah?

Apa kata  bantu kami para isteri agar dapat memulakan perniagaan dari rumah sambil menjalankan tanggungjawab menjaga anak-anak tanpa risau anak diasuh oleh orang luar. Tanpa kami keluar rumah.Sambil mempunyai pendapatan dari rumah, para isteri dan ibu masih mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini mampu memberi seribu kebaikan kepada para ibu dan isteri di Malaysia ini.

Ini adalah idea ima  untuk bajet 2014..Kalau korang ada idea yang bernas, korang pun boleh terus ke laman web 1 Malaysia ini.

1 comment:

  1. setuju..setuju..sambil jadi suri rumah.. dapat berniaga.. tambah pendapatan.. boleh bekerja dirumah dan anak-anak pun tak terabai..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.