Sponser By

Followers

Iklan

03 June 2013

Mampu kah aku??

Assalamualaikum..^_^

Akhirnya tanpa fikir panjang, ima dan suami dah putuskan nak berhijrah ke KL. Ima dah tempah tiket dah guna tiket promosi kat air asia. Maka 27 oktober 2013 ni bermula lah perjalanan hidup baru kami.Tapi ima masih survey-survey rumah sewa di area sentosa,bukit tinggi,bayu perdana, chi liung, atau bandar botanik. Ima kena cari bahagian sana sebab ada kawan kat sana.Tapi kawan tu bukan asal orang sana.  Kalau korang ada info tentang rumah sewa bajet rm500 kebawah bgtau ima ye.

Tapi persoalan sekarang, mampu ke ima mulakan hidup baru kat tempat orang? Jauh dari keluarga yang lain.Tanpa kereta, tanpa motosikal, tanpa tilam empuk, tanpa mesin basuh, Tanpa segalanya yang ima ada sekarang. Tak mampu nak bawa semua tu naik flight.hihi.. Dari sarawak ima terbang ke KL demi menambah pengalaman hidup.Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan.
Tapi demi nak mencuba nasib mencari rezeki di tempat orang dan teringin nak berdikari tanpa keluarga. Nak try hanya kami bertiga. ima, husben dan hero cilik kami. Ima dan duami buat keputusan ni.

Apa pendapat kawan-kawan ? Doakan kami ye.semoga kami tabah untuk hadapi apa jua ujian untuk mulakan hidup baru ditempat baru. ^_^

9 comments:

  1. insyaAllah boleh :) xpe la.. slow2, nnti leh beli kan :)) smga smuanya berjalan lancar :)

    ReplyDelete
  2. In Shaa Allah Ima n suami boleh mulakan hidup baru..terinagt pulak zaman akak dulu2 masa mula2 duk p.klang ni..mula2 menumpang kat umah kakak..:)

    ReplyDelete
  3. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  4. kak lea dah pernah alami tu semua..tapi tak jaulah sangat dari family..dalam lembah klang je..

    owh kak lea yakin dengan berhijrah,hidup sis sekeluarga akan lebih positif..percayalah.all the best.

    ReplyDelete
  5. In shaa Allah boleh kak ima :) Usaha itu tangga kejayaan . Semoga kak ima dan suami tabah menghadapi semua ujian Nya . And , welcome to KL akak :D walaupun sy tak stay KL . hehe .

    ReplyDelete
  6. Semoga di permudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah. Semoga semuanya akan dipermudahkan dan diberkati. Jaga diri :)

    ReplyDelete
  8. Lana nak menjawab soalan ima dishoutbox, pasal cari rumah sewa bawah RM400 tu..ingt lagi? :)

    Jujurnya la kan ima.. agak sukar sebenarnya nak cari rumah sewa pada kadar yg ima tnya.. mungkin ada, tpi susah nak jumpa. Sebab kos sara hidup disana agak tinggi. Lana mmg asal dari kuala lumpur, paling murah pun dalam 450, itu tak termasuk bil2 lain. Tgk juga kawasannya dimana.

    Actually, lana nak membantu lana tak tahu mcmna.. takda link, dan tak kenal org2 berkaitan. Pengalaman lana duk umah sewa pun, masa study diuitm s.alam. Ini dah kawsn slgr, tpi nak kekuala lumpur, tak susah, takda jauh mana. Cuma, terpaksa berdepan dgn jem jelah. Masa lana menyewa, sebulan dalam RM500+, kami 6 org serumah.

    Kalau ima nak cuba cari, cubalah juga area s.alam, sbb sini bnyk rumah flat berkos rendah, area seksyen 2 dan 7, sebab s.alam ni tempat belajar (banyak pusat pengajian), so banyak student, dan banyak rumah sewa. Cuma perlu kudrat mencari jela.

    Cuba belek website mudah, dan cari rumah sewa area danau kota (setapak,kl), area wangsa maju dan Taman Sri Rampai.

    Itu je lah maklumat yg lana bleh kongsi..area2 itu, area yg lana pernah duduk dulu.

    So, semoga berjaya buat ima sekeluarga. Tabahkan diri, banyakkan bersabar. Banyakkan berbincang juga sblm buat keputusan. Lana doakan ima,suami dan anak berjaya dan dipermudahkan urusan ya.. ^_^

    ReplyDelete
  9. insyaALLAH boleh punya. sikit upgrade brg rumah. hihi. lagipon public transport bnyk, insyaALLAH smooth je perjalanan & jimat. cuma jam jela :P

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.