Sponser By

Followers

Iklan

10 June 2013

Kenduri Kahwin

Assalamualaikum..

Kelmarin kan, (9/6/13 ) ima dan husben pegi kenduri kahwin kawan kat sabah. ambik masa 5 jam juga sampai ke rumah pengantin termasuk jalan jem.hihi. Alhamdulillah.sampai jugak hajat nak tengok majlis kawan walaupun tak lama berada kat situ. Berangkat pagi,dalam jam 11 macam tu baru sampai.Sepatutnya awal lagi dah sampai. Mualanya ima bawak irfan sekali. Tapi sampai setengah jam perjalanan, irfan muntah pulak.Habis semua pakaian kotor. Nak tak nak kena patah balik tukar baju.Masa tu terfikir dah.nak cencel je kot perjalanan ni.lagi-lagi irfan macam tak sihat. Tapi mumy cakap pegi je lah.dah bersiap pun dah.Irfan takpe.biar mumy jaga. Memang bercelaru masa tu.Tak sampai hati nak tinggalkan.Lagipun dah lewat dah. Tapi fikir-fikir balik, dah lama rancang perjalanan ni.dan dah janji dah dengan kawan-kawan lain nak datang. Last-last pergi jugak.

Sepanjang perjalanan asyik teringat je kat irfan. balik-balik call mumy tanya keadaan irfan.Alhamdulillah. mumy kata irfan baik-baik sahaja.cuma ada mengadu sakit perut je. Ntah apa lah yang tersalah bagi makan sampai sakit perut dan muntah.Tapi muntah sekali je.Semoga baik-baik saja.

Sempat bergambar dengan pengantin dengan salinan pakaian yang kedua. salinan baju yang pertama dan seterusnya x sempat pulak sebab kami datang lambat dan awal balik.hihi.
Semoga berkekalan & bahagia hingga 100 keturunan. ^_^





 

3 comments:

  1. kesian irafn.. dah ok ke?? :) yela, dh jnji an ngn kawan2 :) nnti dorang mengharap lak :)

    ReplyDelete
  2. get well soon irfan. :) unik sungguh baju pengantin tu. tema ape tu?

    ReplyDelete
  3. wah uniknya baju pengantin....^__^

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.