Sponser By

Followers

Iklan

09 May 2013

Program Koko Untuk Rakyat

Assalamualikum..^_^

Sebenarnya kan..ima cadang nak usahakan tanaman koko. Macam berminat pulak. sebenarnya dari tahun lepas dah fikir-fikir nak tanam pokok koko.Fikir punya fikir akhirnya keputusan diambil nak tanam koko.Hihi.. Kebetulan LKM (Lembaga Koko Malaysia) memang mengadakan program koko untuk rakyat.

"Dalam usaha menyokong perkembangan industri hiliran, Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah memperkenalkan program “Koko untuk Rakyat” sebagai salah satu pendekatan tambahan kepada program-program utama yang sedia ada bagi tujuan peluasan kawasan. Sepanjang tahun 2011 (Januari- Jun), Program Koko Untuk Rakyat telah diperluaskan di negeri Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sejumlah 11 982 pokok koko telah diagihkan kepada 402 orang. Pengagihan Koko Untuk Rakyat telah diagihkan atas permintaan dan juga semasa majlis atau pameran diadakan di beberapa negeri di Malaysia."


Program ini diadakan adalah bertujuan untuk :

  • Meningkatkan pengeluaran biji koko
  • Sumber pendapatan sampingan keluarga
  • Meningkatkan kesedaran tentang tanaman koko
  • Memaksimumkan penggunaan tanah dan sebagai tanaman landskap bagi menyahut seruan global terhadap kehijauan bumi (greening the earth).

Korang tau tak apa yang akan pihak LKM berikan untuk menjayakan program ni? Ini antara yang mereka berikan:
  • Perkhidmatan membersihkan kawasan tanah
  • Memberikan anak pokok koko.
  • Memberikan pokok pelindung
  • Memberikan baja dan racun serangga
  • Memberikan taklimat dan kursus
  • Memberikan Follow up dan sbgnya..

Dengan ini, demi menyahut seruan global terhadap kehijauan bumi, saya akan turut serta dalam program koko ini..Hihi..Ima dah isi borang permohonan dan dah call dah sebenarnya pihak pengurusan program ni.Ima minta pihak diorang datang ke tempat ima untuk membuat road show. Kata mereka, insyallah kalau takde halangan mereka akan buat roadshow lepas PRU.. Weeeee.. Tak sabar...

P/s: Doakan ima ye.Kot-kot boleh jadi usahawan koko yang termuda dan berjaya. (muda kah diriku?? haha) 

1 comment:

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.