Sponser By

Followers

Iklan

28 May 2013

Pengalaman merancang dan mengandung

Assalamualaikum.. ^_^

Weee.. tak lama lagi (1 Jun 2013) adalah ulangtahun pernikahan aku dan husben yang ke 4 tahun. Wah sedar tak sedar, dah 4 tahun aku bergelar seorang isteri. Tapi macam belum banyak sangat lah yang aku harungi sebagai seorang isteri. Awal lagi.hihi..Masih belajar merangkak2 lagi. Belum berapa teguh nak berdiri kiranya. Bila kenang-kenangkan kenangan zaman remaja, rindu pulak. Tapi sekarang keadaan dah berubah.Masa tak banyak lagi macam dulu-dulu.masing-masing bekerja mencari rezeki. Hihi.. Tapi bukan tu yang aku nak kongsikan sebenarnya..

Tapiii, tentang (30 Jun 2013) ni genaplah 3 tahun umur hero aku Muhamad Irfan Dhani Akim. Wah dah besar anak aku ni rupanya. Siapa sangka di umur aku 23 tahun ni dah ada anak berumur 3 tahun.Kejap je rasa.Rasa macam anak ni macam kawan lah pulak. Sejak c hero aku ni lahir memang bermacam dugaan aku hadapi.Memang terbaek lah. Menguji minda dan kesabaran.Haha.. sebenarnya bukan sejak lahir.Tapi sejak kat dalam perut lagi. Haaaa. sape suruh beranak.kahkah.. takde la.best ape..

Sebenarnya aku dan husben rancang nak dapat baby lepas setahun berkahwin.konon nak enjoy dan honeymoon la dulu puas2. Tapi sejak berkahwin tu ade je yang tanya.Bila nak buat baby.bila nak ada baby? Dah ada ke. Hahaha.. Macam best je bila orang tanya. Kami pun terfikir. Nak ke taknak ni.Last2, ubah fikiran dan ubah rancangan. Nak baby lah jugak. wakaka.. Then lepas 4 bulan berkahwin, x puas lagi pun sebenarnya enjoy.. tunggu punya tunggu, jeng3x.nape tak piriod ni. Adakah??? aku pun pegi check terus gi klinik. Apa aku dapat?? aku pragnent...  Hah?? Happy pun ada. Takut pun ada. nak nangis pun ada. uwaaaaaaaaaaaaa.. aku pragnent.Tapi masih awal la.perut tak nampak lagi. Husben pun tak terkata apa. Rasa happy bercampur baur. Boleh ke kami ni?

Disini bermulanya dugaan yang aku hadapi. 3 bulan pertama aku morning sickness. Bagi aku, ni bukan morning sickness, pagi petang siang malam kot. adoiii..nak ingat balik pun macam x rela. Asyik muntah je. makan muntah, makan muntah.minum 1 gelas, 1 gelas gak muntah. makan roti secubit, secubit gak keluar.Memang macam tak sanggup je rasa masa tu sampai terpaksa berenti kerja. Tu belum lagi kira tercium bau masakan.macam cium bau apa je.Rasa nak marah je bila orang rumah masak.Asyik baring je sebab badan terlalu lemah dan kepala sangat2 sakit tak tertahan. Bayangkan 3 bulan macam tu.

Lepas berlalu hari-hari penuh dugaan tu, ok la sikit. yang tak terurus pun dah boleh urus dah.Sebelum tu, nak mandi pun rasa malas sangat2.jangankan berhias. memang takde lah nak hias2 bagai.Punya teruk perempuan keluar rumah tak berhias.Sedar akan ketidakrapian diri ini, aku hanya keluar rumah masa nak gi klinik.bulan yang ke 7 aku dah rasa ok.Nak berhias sikit2 tu boleh la jugak.Kena memang aku jenis yang tak tahan duduk rumah, aku pun cari kerja. Minta dengan bos yang sama.Tapi dia bagi aku kerja sebagai juruwang kat restaurant. Haaa, ngade je kan aku.Tengah sarat pun nak gi kerja. Husben pun takleh kata apa.sebab bila aku duduk rumah memang aku akan marah-marah.serius.aku tak tahan duduk rumah.Nak gila je rasa. Tapi tak lama. sebulan je aku tahan. sebab nak kena duduk je. dah nama kerja takkan nak baring. wakaka..padan muka aku tak dengar cakap. Nak ke taknak ke, terpaksa lah aku duduk rumah je

Sepanjang pragnent tu aku memang ada masalah kurang darah. Misi suruh makan hati ayam lah.makan bayam lah.Ubat pun berbakul-bakul dia bagi.Memang tak bleh tahan la nak makan ubat yang banyak tu. Tak cukup dengan susu. yg euwww.. tak sedap.Kadang-kadang aku terlupa dan buat-buat lupa makan ubat tu.aku rasa macam sengsara pulak kena makan ubat tiap ari. ueekk..

Waktu malam pulak,kaki aku selalu je kejang. Memang besttt wooo i bagitau uuu..haha..Memang sedap rasanya. Kena pulak husben kerja malam.Memang nangis la aku sorang-sorang.1 je cara aku nak hilangkan kejang tu.aku letak dan tekap kaki kat dinding sampai hilang rasa tu. Begitulah hari-hari aku lalui tiap malam.

aih.. panjangnye.nanti korang tak baca pulak.penat je aku share pengalaman aku. Nantikan sambungan pengalaman aku melahirkan.

9 comments:

  1. samalah kita kurang darah jugak.nasib baik morning sickness sebulan je masa preggy twin.preggy yg paling bongsu..sorang je..pun sama jugak sebulan je morning sickness.


    mmg letih tiap kali nak jumpa doktor,bbrpa hari sebelum tu mmg makan hati,bayam,kerang.pil2 doktor bagi mmg tak lalu so saya telan obimin je :)

    ReplyDelete
  2. sbb tu besar pengorbanan seorang ibu :)) <3 mama :) n ayah jugak ^__^

    ReplyDelete
  3. tahniah .....dah 4 tahun...... pejam celik..pejam celik...... kan... dapat pulak anak penyeri rumah tangge..... mmg besttttt.....walopon tanggungjawab bertambah

    ReplyDelete
  4. wah..akak kahwin muda yea.. :)
    huhu..soalan cepumas tu selalu ditanya kepda sesiapa yg dh married.hehe..

    huhu.. pengalaman mcm takut ja sya tgk haha.. erk..kuatnya kak pregnant still mahu kerja..hehe

    ReplyDelete
  5. Kak aleasara: wah best laa.. ada baby twin?? nak jugak :'(

    Aisya Lieza: sangat besar.. Dah tau dah macam mana pengorbanan tu mcm mn. sndiri rasa baru tau. hihi


    D-08: Hihi..a'ah..pejam celik je. tau2 dah 4 taun.dapat pulak hero sorang.

    Nana Liena: Hahaha. kawen muda la nampaknye..hihi.. 1st time dulu bila ada soalan cepumas, rasa bergegar jiwa.skrg dah tak dah.abaikan je. ekeke..

    ReplyDelete
  6. besarnya pengorbanan seorang ibu. Tahniah semoga bahagia bersama suami dan anak :)

    ReplyDelete
  7. tahniah ima..semoga perkahwinan akan kekal ke akhir hayat & dikurniakan anak2 yang soleh / solehah..insya Allah ;-)

    ReplyDelete
  8. banyaknya dugaan untuk ibu yang tengah mengandung ni ya.. sebab tu syurga terletak di tapak kaki ibu.. tak pernah lagi merasai pengalaman tu..

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum.

    Ima.. jangan ambil hati tau kita panggil awk kakak walaupun awk muda,hahaha

    I do respect woman yang dah berkahwin, tambah lagi ada anak. Ia martabat yang tinggi, pengalaman yg mungkin tak semua org boleh lalui.. ^_^

    Tiap kali baca pengalaman org pregnant ni ima, meremang bulu roma jugak la,hahaha, ada yg langsg tak rasa pa2, ada yg mcm mcm ima, muntah saja..huhu.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.