Sponser By

Followers

Iklan

30 May 2013

Pengalaman melahirkan anak kembar Pulak

Assalamualaikum..^_^

Hihi.kita sambung cerita hari tu.ala cerita yang ni. ---> [pengalaman merancang dan pragnent]

Dekat-dekat nak melahirkan tu aku kena tahan 2 hari kat hospital sebab doktor kata anak aku songsang.Sikit lagi nak kena potong.nasib tak jadi. So masa diorang scan, doktor dan nurse kata tak berapa  jelas.Dan mereka sahkan dalam perut aku ada 2 orang baby.bukan main happy aku dengar.Ya Allah.penuh pengharapan aku masa tu.Tak puas dengan kenyataan tu, aku pergi ke klinik swasta untuk scan.Sebenarnya aku just nak tau betul ke ada 2 baby dalam perut.Tapi hampa sebab doktor tu kata tak nampak dengan jelas.So aku pun tanya.Kalau nak scan jantina boleh tak. Sacan punya scan, doktor tu cakap, pelik lah sebab tak jelas laki ke pempuan. Aku pun tak mengharap sangat lah.So aku kata takpe lah. biar jadi suprise nanti. Balik rumah aku masih tak puas ati. katanye nak suprise.haha..

Aku pun minta tolong mak carikan bidan yang pandai urut untuk tengok baby aku ni kembar ke tak. Tapi aku tak cerita pasal aku scan tu.aku just cakap dah dekat hari nak melahirkan dan nak minta tolong urut sikit-sikit. Then urut punya urut.dia betulkan saraf apa ntah. Dia cakap, macam 2 orang je dalam perut ni.Sebab ada 2 bahagian keras bila di urut.mungkin kepala baby kot. Memang serius ku rasa happy masa tu.So aku pun penuh pengharapan dapat baby kembar.Takut pun ada.So apa pun , kena tunggu dan lihat je lah.

Malam tu aku tido kat rumah aunty aku. Aku tak rasa sakit tapi ada terasa air mengalir.Aku pun kata, aku terkencing ke apa ni? Tapi tiba-tiba je aku rasa sejuk dan menggigil. Aku tengok ada air meleleh tapi aku yakin aku bukan terkencing.Dengan tenang aku kejutkan aunty aku bagitau.Then dia cakap, sakit tak? aku kata tak tapi aku menggigil kesejukan. Macam org nak terkencing tu. Dia cakap, kalau tak sakit jangan ke hospital dulu.nanti kena tahan kat hospital lama-lamo ko jugak yang tak tahan.Tapi aku berkeras nak ke hospital jugak sebab aku takut terberanak di rumah.Hahaha.. Habis kejutkan semua ornag kat rumah, then call husben yang kerja. zuppp sampai hospital, aku kena interview oleh misi.

Umur berapa? Ni lahirkan ank ke berapa? Ntah apa lagi aku pun lupa.Lepas tu disuruhnya aku tukar baju pink tu.baju pesakit.haha.Then misi tu check bukaan masih sangat kecil.air ketuban pun tak pecah lagi.Habis yang mengalir tu apa.Ntah la. haha..ikut je seperti yang disuruh.Serius aku berdebar. Aku duduk kat katil dan family dan husben disuruh balik. aku tengah berdebar dan mula rasa sakit ni misi tu suruh aku tidur simpan tenaga. Adoi..mana nak tidur masa saat-saat macam ni.

Aku ada bagitau nurse tu, aku rasa sakit. asal aku bagitau sakit je dia suruh aku masuk 1 bilik tu dan suruh aku kangkang sebab nak check bukaan. malu dan sakit ok. Then aunty aku ada sms aku. Dia kata "jangan selalu sangat bagitau misi sakit.kalau selalu bagitau selalu lah dia check dan masukkan benda alah tu." Kalau betul2 sakit tak tahan baru bagitau. Aku pun owh..macam tu.aku pun tahan la.memang tak boleh lelap lah. Tapi aku tahan je taknak kena check berulang-ulang. sampai lah pagi jam 6 masih jugak belum cukup bukaan tu.Tiba masa melawat, family, mak, husben dan yang lain2 sampai.lega rasanya.Masa tu aku rasa dah sakit sangat-sangat. sambil sakit-sakit tu aku boleh tertidur duduk.Kejap nangis.kejap tertidur. Sambil-sambil tu berdoa semoga selamat. bila ada husben dan family mula lah cengeng dan nangis sebab sakit sangat.


Lepas tu aku memang dah tak tahan sangat dengan kesakitan tu.Aku suruh husben  bagitau misi yang aku memang dah tak tahan dah.Tapi misi tu slumber je kata belum tiba masanya. bagitau lagi, dia cakap belum tiba masanya. Macam nak marah je aku masa tu.Macam la dia tau dah tiba masa ke belum.aku yang sakit okey.bukan ko. LAst-last tu memng aku dah tak tahan lagi dan misi suruh aku ke bilik bersalin.Tapi aku memang dah tak boleh jalan lagi.Rasa sakit yang amat.atau aku memang cengeng.haha. Sebab aku tak boleh nak jalan terpaksa lah aku naik di kerusi roda untuk ke bilik bersalin. Rasa malu pun dah takde dah.

Sampai dalam bilik tu, memang aku cemas sangat-sangat.Nurse tu suruh kangkang dan teran. Then aku dengar kat luar tu semua suara family aku dan family husben dah ada. Diorang siap gelak ketawa lagi dan sempat jugak misi tu cakap. "Buat kenduri ke apa diorang ni" huh.nasib aku tengah sakit,kalau tak, memang aku tampo je misi yang tak jaga hati orang ni. ekeke.. sorry.. misi suruh teran dan aku mula-mula tak pandai dan aku sampai cakap, potong je. sebab aku dah tak tahan dan takut sangat-sangat.Diorng cakap, potong lagi sakit.Tak lama kemudian, aku cuba jugak teran.teran punya teran.rasa sesuatu yang panas terkeluar dari ehem ehem. then aku dengar bunyi sesuatu di gunting. krekkkk.. owh rupanya aku digunting. then lahirlah seorang baby  yang comel seberat 2.7kg. misi tunjukkan baby tu.tanya aku.boy ke girl.aku jawab boy. hah? sorang je aku cakap.ha'ah sorang je misi tu cakap.Hampa.. tapi sekelip mata lupa pasal kembar tu bila tengok baby boy aku tu.Rasa nak nangis pun ada. Sempat misi tu cakap.aik? baby belum keluar, nangis.dah kelaur pun nangis.dah jadi mak mana boleh nangis. Weh. aku nangis sebab happy la.

Lepas tu baby dibawa untuk dibersihkan.Tapi aku belum selesai lagi sebab nak kena jahit kesan guntingan tadi.Mula-mula tak rasa sakit sebab kena bius.Tapi lama-lama dah terasa sakit sebab bius dah habis.Aku cakap kat misi tu.boleh bagi bius lagi tak.dia cakap x boleh. huh..serius sakit.akhirnya selesai jugak. last-last baru aku tau misi tu misi praktikal.patut la dia gunting walaupun aku teran tak lama sangat.Nak jadikan aku bahan praktikal rupanya. Tak adillllllll.. sakit tauuuu. Hampir 2 bulan jugak jahitan aku tak kering sebab jahitan tak kemas. Jalan pun macam penguin. Hampehhh..



Gambar hari pertama baby irfan melihat dunia.
Ni rupanya budak yang selalu tendang-tendang kat perut  aku.

P/s: nanti kita sambung lagi ek.. ^_^

19 comments:

  1. Pengalaman berharga...... awok sambut anak kedua mase kat hospital dulu..... mmg menginsafkan...... tengok wife awok bersusah payah meneran...... tapi yang keluo nye awok dulu.....sbb pening bau darah......

    ReplyDelete
  2. bestnya boleh tgk isteri melahirkan.kat sini suami tak dibenarkan masuk.kalau tak, boleh la dia tau macam mana sakitnya melahirkan.

    ReplyDelete
  3. 2.7 dah sakit, mcm manelah mak sy lahirkan saya 4.0 secara normal,
    farahin singgah di blog sis ^_^

    ReplyDelete
  4. wah samalah kita ye anak kembar,kak lea dulu tanda nak bersalin cuma pertu je tegang semalaman,nak tidur susah,nak baring susah,makan pun terpaksa berdiri satu hari tu sebab rasa senak ulu hati kalau duduk.

    datang je hosp esoknya,dah terbuka 3cm,then tunggu dalam 3 jam sebab kak lea baru bfast..kejap je masa berjalan dah operate(sebab songsang).

    seronok,kan kongsi pengalaman bersalin.ni.kak lea masa lahirkan si bongsu pulak doktor suruh normal.pun tanda nak bersalin perut tegang.sakit jugaklah kena jahit perinium tu..tapi bersalin normal senang tak susah jaga :)

    ReplyDelete
  5. Farahin Izzati: Tak kira la berat mana pun baby yg keluar, walau 1kg pun, nama beranak memang sakit .hihi

    Kak Aleasara: hihi.mana ada kembar. ni mesti kak tak baca sampai habis kan. ehehehe...

    ReplyDelete
  6. hahahaha ima sori tulah baca time bos ada,tangkap some words je adeihh...sori tau ngeee.ni busy,balik rumah sambung lagi blogwalking...

    ReplyDelete
  7. hehe..terkonfius kejap..baby xkembar kann..hehe..ingatkan sambungan nanti tup2 kluar lagi sorang..hehehe..apa2 pun..tahniah eh..comelnya baby irfan.. =)

    ReplyDelete
  8. Kak aleasara: hahaha.. xpe kak. faham sgt2. curi2 BW. dah kira ok kak sudi singgah dan komen :p

    Mama ila: ahehehe.. tak kembar pun. saje je tajuk nak gempak.. hihi

    Kak Noor Mala Shahar: indah dan tak pernah dibayangkan sebelum ni :P

    Aisya Lieza: ala jangan la takut. tu pengalaman masing2 la. ade je kawan akak yg lepas beranak boleh lagi langkah besar2. jangan takut tau..

    ReplyDelete
  9. bestnyer baca pengalaman ima menjadi seorang ibu :)

    ReplyDelete
  10. btul..xperlu rase tkut..smua wnita yg suda bkwen akn melaluinya..jika dberi rezki..huuu
    comei plak tgok pic bby tu ^^

    ReplyDelete
  11. kenapa lana rasa tak macam pengalaman bersalin,hahahaha

    asyik ketawa je,hahaha, tang perenggan, "buat kenduri ke apa diorg ni" hehe, kelako. Adoi, takut la ima. Seyes takut bila baca n dengo pengalaman org nak beranak. Dgn tahan sakitnya, pastu gunting2 lgi. Nak tunggu luka sembuh lgi, huwarghhh, ak duk pi imagine plak, lagi gelabah dibuatnya,hahaha

    ReplyDelete
  12. Lana: Alolo.jangan la takut. lain orang lain pengalamannya. nanti bila tgk anak lahir, kurang la sakitnya. lagipun mumy cakap, sy je yang cengeng. Tu yang cerita nampak menakutkan tu. ekekeke..

    ReplyDelete
  13. oo so bukan twin la eh?

    sokey, as long as baby and awaks elamat kan :)

    ReplyDelete
  14. saja bw kat sni.. tringin nak anak.. bila lah masanya akan tiba ye

    ReplyDelete
  15. teringin jugak nak anak kembar! mcm boleh faham je perasaan tu bila misi cakap sorang je^^^

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.