Sponser By

Followers

Iklan

31 May 2013

Pengalaman Berpantang dan menjaga baby

Assalamualaikum..^_^

Kita sambung lagi ye.Entri yang lepas aku kongsi pengalaman mengandung dan pengalaman melahirkan.Kali ni pengalaman berpantang dan menjaga baby pulak. Masa aku berpantang masa tu musim bola.asyik dengar lagu stamina-mina eey..wakawaka eey.. ala..lagu shakira tu. hihihi..

Aku berpantang kat rumah mumy aku. Aku dijaga bak puteri. semua mumy yang masak. makan mumy yang seidakan..Tinggal nak suap je lagi Masa tu kuning baby tak berapa tinggi. Alhamdulillah.Baby pun senang nak diurus.Tak nangis-nangis.Pokoknya memang senang la.Just aku ada masalah dengan jahitan aku je. Memang sakit.Lagi-lagi bila nak buang air besar.sangat-sangat sakit sebab misi praktikal tu gunting sampai tempat buang air besar tu.HuHu.. Jalan pun serupa pengguin. Pingu pingu~~.. sampailah aku habis berpantang, aku masih jalan macam pengguin.Buang air besar pun aku nak nangis.sebab sakit. Mumy suruh aku pergi klinik tapi aku malu la nak bagi misi tengok lagi.hishhh. Geram. Nak taknak kena pergi jugak sebab dah lama.jahitan masih tak kering.Then misi ka klinik tu cakap, jahitan tak kemas. dia bagi ubat krim suruh sapu kat jahitan tu.


Lama jugak la nak sembuh.sampai sekarang pun aku masih rasa sakit kalau buang air besar.Maka lama lah aku berada di tandas kalau aku membuang.hihi.. Dalam menjaga baby pulak aku takde masalah.sebab memang senang nak urus.Sebab aku dah biasa jaga anak aunty aku.hihi.. Aku cadang nak bagi baby BF sampai umur 6 bulan.Dan aku berjaya BF baby aku sampai umur dia sekarang ni dekat 3 tahun, Bukan main susah nak hentikan.Geram pun ada.hihi.. Aku terlalu ikut cakap misi. mumy aku sebenarnya awal-awal lagi dah bagi makan anak-anak dia.Tapi aku taknak sebab misi pesan jangan bagi makan atau susu formula sehingga 6 bulan. Ternyata lepas umur 6 bulan anak aku x nak minum susu formula. Aku ok lagi sebab berat dia naik.


Lepas 1 tahun, bekas boss aku call aku dan tawarkan kerja sebagai kerani kat syarikat dia. Aku pun fikir-fikir anak dah 1 tahun.Ok kot kalau aku kerja.Mumy pulak setuju nak jaga si baby ni.Aku pun terima tawaran. Tapi malang. Baby asyik demam je.Aku kerja pun tak tenang.asyik cuti je.rasa segan sebab selalu ambik cuti sebab x ckup tido.baby demam dekat 2 kali sebulan. Tak lama aku kerja. 3 bulan je kot terpaksa berhenti demi anak .

Kali ke 3 aku berhenti kerja dengan bos yang sama demi anak aku. masa bulan pertama menagandung, masa mengandung dan masa anak dah 1 tahun lebih.Mana nak dapat bos sebaik bos aku tu?? Tapi tak sanggup dah. berat dia pun dah tak naik2 dah lah susu pun memilih. Anak aku nak susu perisa coklat je. Vitamin pun dah pelbagai aku bagi.jangankan supplement. Sampai Umur nak 3 tahun berat masih 10kg. Risau sangat-sangat. Aku tak tau apa punca tak naik berat badan. Padahal dia masih BF kat aku. Aku masih tertekan sebab anak aku tak nak makan. Aku dah try dari susu murah hingga susu mahal.Tapi tak la aku sampai beli susu yang mahal gilerrr giler. Tak mampu la.

Lepas tu sampai umur 2 tahun lebih, tak serik-serik lagi aku ni.Aku cari satu kedai kecil untuk buka bisness.Aku jual tudung, pakaian, aksesori dan lain-lain. Aku try hantar anak aku kat taska yang menerima kanak-kanak seawal 3 bulan. Baru sehari aku tinggal kat taska tu, aku sendiri yang menangis sebab tak berapa nak harap orang lain jaga anak aku tu. Hahaha.. Memang tak boleh la aku rasanya. HAri-hari aku bawa anak kau pegi kedai sampai satu tahap tengok kedai tu pun dia dah bosan.Asyik nanngis je. Akhirnya aku redha.Aku ditakdirkan duk rumah je jaga anak. Sambil-sambil tu aku buat income dari rumah je. Niaga online katanya. Yang penting ada laptop, ada wifi.senang kerja aku. Sape kata aku tak kerja? aku kerja dari rumah okey..hahaha

Dugaan kot jaga anak. mula-mula masa baby kemain senang nak jaga. Dah memebesar, aku yang menangis jaga. Haha.. Tapi apapun, itulah segala pengorbanan dan cabaran yang pernah mumy aku rasa dulu.Dah tau dah rasanya macam mana perasaan menjadi seorang ibu. Saat anak aku asyik demam je tu saat paling mencabar sebab bia demam, dia memang taknak kat orang lain termasuk kat ayahnya. Dia nak kat aku je.then satu lagi, kalau demam anak aku nak tido dalam kereta yang bergerak. so x pasal-pasal lah ayahnye pandu kereta tengah2 malam sampai tengah pagi sampai si baby tido.


Rasanya belum berakhir kot cabaran menjaga anak. Dan kami tak merancang lagi nak tambah sebab nak beri sepenuh perhatian pada Muhamad Irfan Dhani Akim ni. Kalau orang tanya bila nak tambah aku dah tak tergugat dah. aku suh orang yang tanya tu je beranak kalau nak. aku lain kali je.hahaha..

4 comments:

  1. mama sy guna debu manjakani utk cept kering jahitan tu.. akk sy pun masa bersalin, mama suh letakkan debu manjakani.. cepat je kering..insyaAllah... ^__^

    ReplyDelete
  2. bnyk dugaan jga 1st bby ni kan..
    umm.hrp yaya nti dpt hadapinya..huuu
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. alahai ! susah jugak ya...tapi kalau dah anak sendiri susah mcm mana pun tetap melaksanakan tugas sebagai mummy ! dugaan..tapi percaya lah mesti ada kemanisan di hujung nya...amin !

    ReplyDelete
  4. ngeri je baca bila part lepas bersalin tu. nak tempoh pengalaman tu lambat lagi entah tak tau bila la. Anyway, selamat membesar ye Irfan :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.