Sponser By

Followers

Iklan

08 May 2013

Hilang Lapar Ku

Assalamualaikum.^_^

Pernah tak korang sibuk sampai x sempat makan.Then rasa lapar sangat dan pegi kedai makan. Dah sampai kedai makan, order kemain lama sampai.yang ada, air je. Ini yang berlaku bila aku dan husben pegi kedai makan kelmarin.Sebab dah rasa lapar sangat.Nak masak memang x sanggup tunggu dah.Konon nak cepat lah.Sampai kat kedai makan, pesan order. Dan pesan awal-awal dengan tukang ambik order tu."Jangan letak udang" sebab kami elergik. Tunggu-punya tunggu, dekat nak berjam-jam jugak tunggu.Perut pun dah macam merajuk dah. Akhirnya sampai jugak makanan yang dipesan.Baru 2 kali suap, rasa macam gatal je tekak.Kuis punya kuis, rupanya letak udang. Adoi.. Macam nak marah je rasa. Dah la lapar.Order lambat sampai pulak tu.Then di letaknya pantang kita. Adoii..
Nak tak nak, terpaksa panggil budak ambik order tadi suruh tapau je sebab si husben pun macam nak marah dah.

Aku pun kata la kat budak ambik order tadi. dik, tolong tapau je ye.Kenapa letak udang.Tadi kan dah cakap jangan letak udang.Aku saja menduga kot-kot dia tak faham dengan pesanan aku tadi. So dia jawab.Ye tau. Hahhh?? aku dah tak terkata. Bukan nak minta maaf, muka slumber, dia jawab ye je dan buat muka tak puas ati sebab aku tegur. Dari jauh aku nampak dia seolah2 kata aku ni mengada dengan buat liuk badan dia.Adoi..ini bukan kes mengade ok.memag x leh la makan benda alah tu. Kalau dia cakap terlupa atau x faham tadi ok lagi.Ni tak.Slumber je muka tak bersalah. Ikutkan hasutan iblis, memang aku hempuk budak tu depan2 orang ramai.Nasib masih ada iman di dada.

Lapar pun hilang terus.. Betul-betul aku rasa macam nak hempuk je budak tu tau.sabar je lah aku. Last-last, balik rumah je dan masak sendiri.Kenyang minum air je lah penahan lapar sekejap..

3 comments:

  1. huhu..betul ..pernah juga terkena..agaknya lepas ni nak order tulis kat kertas besar2..kalau cakap tak paham bahasa..

    ReplyDelete
  2. HAhaha...sabor jelah.
    Ni mmg salah satu masalah bila di kedai makan. Sengal kan...dh la tunggu lama, walhal customer tak ramai pun...makanan pny la lmbt siap. Bila dah smp, prob plak lg. Wan penah rs mcm tuh. Tp apa leh buat...hilang lah selera kita. Padahal sblm smp kedai td lapar tak hengat.

    ReplyDelete
  3. Memang selalu macam ni.. pnah order makanan n dh siap pesan xnak pedas sbb budak2 kecik yg nak makan, tapi bila sampai je, diletaknya jugak sambal.. sbb katanya tak sedap kalau xpedas... ntah apa2 punya perangai..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.