Sponser By

Followers

Iklan

03 May 2013

Cepatlah masa berlalu

Assalamualaikum..^_^

Arghhhh.. dah lama tak update. Kesibukan melanda. Apapun, terima kasih pada yang sudi singgah kesini.. Koranglah pembakar semangat. cewah.. Hari mengundi semakin dekat. Selamat mengundi pada yang mengundi. Macam tak sabar-sabar nak mengundi.cepat-cepat lah berlalu demam PRU ni.. semak wall fb dengan politik kotor.Bukan dari pemimpin.tapi dari penyokong-penyokong tegar. Kesian dan malu dengan rakyat Malaysia ni terutamanya melayu.Aku tengok, melayu lah paling banyak merepek dan saling menyumpah. Dari mana-mana prnyokong parti pun sama je.Tak boleh ke bila berbicara tentang politik, tak perlu menyumpah dan mengeluarkan kata-kata kesat. Aku malu tau.

Kawan non muslim aku cakap kat aku.Kenapa melayu suka gaduh-gaduh lepas tu cakap benda yang tak logik. Pastu ada pulak budak-budak yang masih top up, barang makeup pun mak bapak yang belikan tapi kemain lagi cakap pasal politik.kalau tak melampau ok lagi. Ni tak.Dari anak, ke bapa anak, mak anak, nenek, datuk sama je. Bila lah negara kita nak aman. katanya ingin perubahan.Tapi sikap masing-masing tak ubah-ubah. FULLSTOP!! Aku pun dah jadi sebahagian dari mereka-mereka ni dah. Huh...


Minta cepat-cepat demam PRU ni berlalu dan hentikan pertelingkahan sesama kita. Kita lalui hidup seperti sediakala, pagi-pagi minum milo dan  malam-malam minum kopi .hahaha.. merepek.

P/s: Jemput singgah Blogshop ima collection ^_^

2 comments:

  1. hehe..tak apa kak minggu depan senyap la perlahan2..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.