Sponser By

Followers

Iklan

31 May 2013

Bantuan diperlukan

Assalamualaikum.. ^_^

Bismillahirahmanirahim.
Ima sebenarnya nak tanya , minta tolong dan nak minta cadangan dengan korang semua yang berada kat KL (kalau boleh area selangor dan kawasan berdekatan.)

Untuk pengetahuan korang, ima adalah orang sarawak. dan menetap di Lawas sarawak. Sebenarnya dah lama dah ima dan suami fikirkan.Kami cadang nak berhijrah ke KL. Nak cuba nasib kot2 ada rezeki lebih kat sana. Kat sini sijil dan kemahiran  tak berapa dipandang dan ada orang kata kat KL sijil dan kemahiran tu sangat laku. Betul ke?
Sijil yang kami ada bukan la sijil tinggi sangat. Ima just ada sijil kemahiran dalam bidang juruteknik sistem komputer tahap 2. Suami pulak sijil kemahiran juruteknik elektrik. SKM (sijil kemahiran malaysia) dari Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu

Masalah sekarang, kami tak punyai kenalan rapat dan tidak pernah kesana. Ima nak minta bantuan kalau ada sesiapa boleh bantu kami. Nak rekomen kerja ke. Nak suggestkan rumah sewa ke. (ada ke rumah sewa bawah rm400?) Berharap sangat kalau ada kawan-kawan blogger sudi bantu kami. Andai kami tak mampu balas budi, kami doakan agar yang DIATAS membalas segala kebaikan korang.

Kalau lah kami berdua je, mungkin kami beranikan diri je.Tapi kami ada seorang hero masih kecil ni. Kesian pulak kalau kami terpaksa merempat bila 1st time datang sana.

Kalau ada yang sudi bantu dengan ikhlas, minta tolong emailkan ke putri_malu89@hotmail.com.
Kalau ada sesiapa boleh tolong rekomen kerja kat husben pun ok.mula2 tak kisah kerja apa asal berpatutan bagi kami yang baru nak berhijrah.nanti boleh kami cari kerja lain sambil2 tu.  Dan kalau boleh tolong suggestkan rumah sewa yang rm400 ke bawah.

Nak share sikit pengalaman bekerja suami. Kat sini suami ima ada kerja  siang dan malam. siang hari kontrak wirering (bahagian elektrical) malam pulak kerja hotel. Kadang-kadang suami bekerja sebagai polis sukarelawan bila dipanggil..

Terima Kasih sudi luangkan masa :)

3 comments:

  1. di KL mmg byk peluang dan ruang untuk berjaya tetapi bergantung kpd usaha :)
    cadangan untuk ke KL mmg baik dengan sijil yang ada tetapi untuk terus berjaya perlu mendapat kenalan untuk mendapat kerja dan projek yng berkaitan. peluang banyak dan persaingan pun tinggi.
    Kos hidup di KL adalah tinggi. Jika kawasan KL, memang susah hendak dapat sewa rumah RM400. rumah flet 2 bilik pun RM550 ke atas. Mungkin luar KL atau selangor boleh dapat :)
    cadangan Sop, sebelum datang pastikan ada kerja yg sdang menunggu dan sedia dengan transport seperti motor. guna public transport ok tp terikat.
    apa kata suami datang dulu untuk cari keje dan rumah, bila dah ok baru bawa keuarga?

    ReplyDelete
  2. waalaikummussalam...

    sy bole beri pandangan dan cadangan je...nak tolong lebih tu,ima kena datang ke ipoh la...sbb sy orang perak...

    jauhnya ima tinggal *teringin nak kesana...berhijrah ke KL?wow...mmg KL banyak peluang pekerjaan tapi utk terima kerja yang betul2 best susah...sijil kemahiran?dapat bila dan dari mana?bukan kat KL je pandang sijil kemahiran ni...semua negeri di semenanjung utamakan pemilik sijil dan berkemahiran.

    takde kenalan di semenanjung?takpe,rakan2 bloggerkan ada...we are famili :D
    rumah RM400 kat KL mmg ada,tapi susah nak cari,sbb kos sara hidup di KL tinggi berbanding negeri lain.

    ad hero da?tahniah :D makin bertambahlah rezeki :D

    bantu?nak bantuan camne tu?tolong cari kerja?rumah sewa?sy akan email ima...

    welkem :D

    ReplyDelete
  3. slm...

    saya pun boleh bg cdgn utk sewa rumah jer...kalau area dekat dgn tmpt saya sewa dlm rm400. Dekat pj, rumah flet. Ada 2 bilik.


    Kalau kat Kerinchi, KL sewa dlm rm600. 3 bilik.

    :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.