Sponser By

Followers

Iklan

10 April 2013

Zaman Dolu-Dolu

Wah.. Ha Ha Ha.. Zaman dolu-dolu?? Banyak perbezaan zaman dolu dengan sekarang ni. Maksud aku, remaja dulu dan remaja zaman aku dulu. Antaranya ialah:

Kalau sekarang ni, jangan kan remaja, kanak-kanak pun dah ada facebook, ada twitter, ada we chat, ada watsapp, ada blog dan sebagainya.
Kalau zaman aku dulu, benda pertama yang aku kenal bila menghadap komputer ialah mirc chat. Sape tau apa itu mirc? Kalau korang sebaya aku mesti tau apa itu kan.hihi. mirc chat adalah laman chat yang popular dulu kala.Kat sana boleh chat tapi takde gambar.Nak tau jantina dari nick name je.Kalau kena tipu jantina kira nasib lah kan. Pastu bila nak mula chat mesti org akan cakap "ASL please" mula-mula aku tak tau apa benda yg ASL. pastu tanya kat kawan .oh. rupanya org tu nak tau Age, Sex dan Live. Haha..  so dengan lurus bendulnya aku pun jawab. 14, perempuan dan Sarawak. pastu org tu cakap OIC. apa benda lah lagi ni nak minta no ic. tanya punya tanya. Rupanya maksud dia, "oh i see"..kwang3x.. Lucu jugak kalau di ingat zaman tu. Lepas tu baru berjinak-jinak ke YM, friendster, Tagged dan yang kekal sekarang ni facebook. Banyak lagi laman sembang dan laman sosial tapi aku malas lah nak sign up ni.

Lagi satu, remaja sekarang ni online kat rumah je.semua dah ada wifi masing-masing kat rumah. ada broadband, ada kampung tanpa wayar. Kalau zaman aku dulu, Nak online kena pergi CC (cyber cafe). Itupun seminggu atau 3 minggu sekali iaitu pada hujung minggu. Dah tu, satu Pc kena kong si sampai 3 sampai 6 orang sebab kongsi-koingsi bayar pc untuk 1 jam. Haha.walaupun terpaksa kongsi dengan kawan-kawan, zaman tu dah kira berbaloi dan brtuah dapat pegang pc tau.


 Haa. ini lah rupa mirc chat tu.. ingat tak ingat tak?? hihi

6 comments:

  1. Mcm2kan laman sembang dan sosial skrgkan....

    ReplyDelete
  2. Hehhehehe..
    Ingat sangat...
    Femes ni...

    ReplyDelete
  3. ni zaman cerita sembilu ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. oo.. xtau pulak pasal ASL tu.. sebab zizie start masa zaman fb .. hehehe..

    ReplyDelete
  5. nostalgia sungguh zaman mirc dolu2 hihi.

    ReplyDelete
  6. zaman yg berjam jam depan pc..huhuh..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.