Sponser By

Followers

Iklan

24 April 2013

Wajibkah dia disembahyangkan dan dikuburkan cara islam

Assalamualaikum..




Astaghfirullahalazim.. Saya tak berani nak komen lebih. Tapi saya rasa mereka takde hak nak tentukan orang lain layak atau tidak disembahyangkan dan dikuburkan secara islam.Kita tak tau pengakhir hidup orang lain.Siapa tahu mereka yang kita sangka akan meninggal dengan penuh dosa akan meninggal dengan tenang kerana sempat bertaubat.

[Kisah seorang abid (ahli ibadat) dihumban ke neraka manakala seorang fasiq dimasukkan ke syurga]

"Ada dua orang laki-laki dari bani Isra'il yang saling bersaudara; salah seorang dari mereka suka berbuat dosa sementara yang lain giat dalam beribadah. Orang yang giat dalam beribdah itu selalu melihat saudaranya berbuat dosa hingga ia berkata, "Berhentilah." Lalu pada suatu hari ia kembali mendapati suadaranya berbuat dosa, ia berkata lagi, "Berhentilah." Orang yang suka berbuat dosa itu berkata, "Biarkan aku bersama Tuhanku, apakah engkau diutus untuk selalu mengawasiku!" Ahli ibadah itu berkata, "Demi Allah, sungguh Allah tidak akan mengampunimu, atau tidak akan memasukkanmu ke dalam surga." Allah kemudian mencabut nyawa keduanya, sehingga keduanya berkumpul di sisi Rabb semesta alam. Allah kemudian bertanya kepada ahli ibadah: "Apakah kamu lebih tahu dari-Ku? Atau, apakah kamu mampu melakukan apa yang ada dalam kekuasaan-Ku?" Allah lalu berkata kepada pelaku dosa: "Pergi dan masuklah kamu ke dalam surga dengan rahmat-Ku." Dan berkata kepada ahli ibadah: "Pergilah kamu ke dalam neraka." Abu Hurairah berkata, "Demi Dzat yang jiwaku ada dalam tangan-Nya, sungguh ia telah mengucapkan satu ucapan yang mampu merusak dunia dan akhiratnya."

كَانَ رَجُلَانِ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ مُتَوَاخِيَيْنِ فَكَانَ أَحَدُهُمَا يُذْنِبُ وَالْآخَرُ مُجْتَهِدٌ فِي الْعِبَادَةِ فَكَانَ لَا يَزَالُ الْمُجْتَهِدُ يَرَى الْآخَرَ عَلَى الذَّنْبِ فَيَقُولُ أَقْصِرْ فَوَجَدَهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ فَقَالَ لَهُ أَقْصِرْ فَقَالَ خَلِّنِي وَرَبِّي أَبُعِثْتَ عَلَيَّ رَقِيبًا فَقَالَ وَاللَّهِ لَا يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ أَوْ لَا يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ فَقَبَضَ أَرْوَاحَهُمَا فَاجْتَمَعَا عِنْدَ رَبِّ الْعَالَمِينَ فَقَالَ لِهَذَا الْمُجْتَهِدِ أَكُنْتَ بِي عَالِمًا أَوْ كُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا وَقَالَ لِلْمُذْنِبِ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي وَقَالَ لِلْآخَرِ اذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ أَوْبَقَتْ دُنْيَاهُ وَآخِرَتَهُ

H.R Abu Dawud dari Abu Hurairah, no. 4255, Kitab Adab Bab: Larangan bersikap melampaui batas.

P/s: Tidak kira kamu parti apa.Jika kamu benar-benar islam sila report PAGE ini. Kita bukan siapa-siapa untuk menghukum. Biarlah Allah yang menentukan.

8 comments:

  1. Nauzubillah....tiada hak untuk kita menenentukan baik/buruk akhir hidup seseorang.Allah tidak suka orang yang melampui batasan.


    http://groovyfashionshop.blogspot.com/2013/04/sayangnya-allah-pada-hawa.html

    ReplyDelete
  2. hanya Allah yang layak tempatkan umat manusia sama ada di neraka atau syurga..kita tak ada kuasa.. sbb apa2 yang orang tu buat hanya Allah yang maha mengetahui

    ReplyDelete
  3. Nauzubillah...
    Kenapa nak tanya isu macam ni....
    Allah swt dah tentukan segala, kita sebagai manusia tak boleh judge atau tentukan......
    Sedihnya bila baca macam ni....
    Kita sendiri tak tau macam mana kan.....

    ReplyDelete
  4. Ingat tak seorang artis tanah air yang meninggal dunia ketika sujud di makam Ibrahim....?

    Dosa pahala manusia...Allah je yang tau. Orang yang sibuk nak fikir camne nak kebumikan Tun M tu belum tentu penghabisannya macammana....

    ReplyDelete
  5. =/ isu isu macam ni selalu berbangkit bila musim PRU..

    Perlu ke Free Education di Malaysia?

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/free-education-do-we-really-need-it.html

    ReplyDelete
  6. salam =)

    xtau pula pasal ni..jadi xdpt nk bg komen..xtau nk ckap pe..huu (xphm citer)

    ReplyDelete
  7. sampai begini mentaliti mereka yg taksub dgn politik...Hanya Allah yang tahu dimana kedudukan kita disisiNya...terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.