Sponser By

Followers

Iklan

26 April 2013

Tikam dart ke kepala akibat terlanggar bahu

Assalamualaikumm..





LIMBANG: Seorang pela­jar yang bakal mendudu­ki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sebuah sekolah menengah di sini dipercayai menikam kepala seorang lagi pela­jar sekolah sama meng­gunakan buah dart dalam satu pergaduhan, awal pagi semalam.

Akibat kejadian pada jam 6.30 pagi itu, mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga terpaksa dirujuk ke Hospital Miri dengan keadaan buah dart yang masih tercacak lebih seinci di kepalanya.
Kejadian menggemparkan itu menyebabkan mangsa yang pada mulanya dihantar ke Hospital Limbang terpaksa menahan azab kesakitan selama tiga jam sepanjang perjalanan menggunakan ambulans ke Hospital Miri, pagi semalam.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa secara tidak sengaja terlanggar bahu dengan sus­pek menyebabkan suspek tidak puas hati sehingga men­cetuskan pergaduhan.
Ketua Polis Daerah Lim­bang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika di­hubungi Utusan Borneo se­malam mengesahkan kejadian terbabit dan berkata mangsa diserang tiga pelajar lain se­lepas perhimpunan sekolah pagi semalam.

“Laporan dibuat oleh pihak sekolah sekitar jam 8.30 pagi dan kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menda­tangkan kecederaan meng­gunakan senjata,” katanya.

BACA BERITA PENUH----> [ SINI ]


P/s: Elok sangat lah tu.Gara-gara terlanggar bahu, tikam orang guna dart. Hairan, pelik dan rasa ajaib.Macam mana lah pelajar sekolah boleh bawa dart ke sekolah?? Semua nak jadi samseng ye??


2 comments:

  1. alahai..baru terlanggar bahu..bukan jatuh berdebuk pun..sampai kena macam tu sekali.dahsyat budak2 sekarang kan..kalau dulu2 terlanggar tsipu2 malu kata sya minta maaf aja kot..huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.