Sponser By

Followers

Iklan

07 April 2013

Susunan gigi susu dan gigi kekal

Assalamualaikum..^_^

Khamis lepas irfan ada appoiment jumpa nurse.Biasa la. Timbang berat.hihi.. Hari tu ada doktor datang bagi sedikit penerangan kepada ibu-bapa yang ada tentang kepentingan menjaga gigi anak-anak sejak awal lagi. Walaupun tak banyak yang diterangkan, rasa nak kongsi lah juga pada sesiapa yang belum tau. Sharing kan caring. :p

Tau tak? pembentukan rahang dan gigi mula terbentuk pada usia bayi dalam kandungan iaitu seawal 3 bulan.Gigi susu pulak mula tumbuh apabila bayi berusia 6-7 bulan. Oleh itu, ibu harus menjaga gigi bayi sejak dalam kandungan lagi.contohnya mengambil vitamin atau susu yang disarankan oleh doktor. Apabila bayi berusia 6 bulan pulak kita harus rajin membersihkan gigi susu dan gusi bayi.

Nampak tak gambar kat atas tu? Nak tak nak, geli  tak geli, inilah hakikat susunan gigi kita. Hanya ada dua jenis yang setiap manusia ada iaitu gigi susu dan gigi kekal. Gigi susu sepatutnya tercabut pada kanak-kanak usia 7-8 tahun. Seandainya gigi susu tanggal terlalu awal, gigi akan menjadi tidak tersusun dan tidak cantik. Gigi susu patah takpe.ada gigi kedua iaitu gigi kekal.Sebab tu kita kena jaga.Kalau gigi kekal dah tercabut, tiada ganti lagi.maka roboh lah pagar-pagar cinta melainkan guna gigi palsu.hihi.

Tau tak, gigi sebenarnya sangat penting. pertama, mesti lah untuk mengunyah makanan. Kedua, gigi sangat penting untuk keyakinan diri. So ibu-ibu, bapa-bapa, sila jaga gigi anak-anak sejak kecil lagi.

p/s: wah, pandai tak ima buat karangan? haha..^_^ harap faham dengan apa yang diterangkan.:)

3 comments:

  1. kita patut mula jaga gigi anak2 kita sejak baby lagi..

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak bezakan antara gigi susu dengan gigi kekal?

    Thanks :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.