Sponser By

Followers

Iklan

16 April 2013

Suami cari amah Indon Kerana Payudara Tak Menarik

KUALA LUMPUR : Remuk hati seorang isteri apabila suami yang dikahwini lebih 20 tahun lalu mengeji payudaranya sudah tidak menarik sebelum meninggalkannya untuk menjalin hubungan cinta dengan pembantu rumah warga Indonesia.

Isteri malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 43, mendakwa suaminya yang berusia 45 tahun mengabaikan dia dan anak-anak sejak tiga bulan lalu hingga langsung tidak menghulurkan nafkah.
“Hati saya bertambah sakit apabila suami tanpa segan silu memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu tahun depan.

“Paling menyedihkan apabila bentuk fizikal saya yang tidak lagi menarik selain payudara saya yang sudah kendur dijadikan bahan sindiran untuk menghina dan mencaci saya di depan anak.
“Dia sering bersungut kononnya saya malas menjaga badan menyebabkan dia hilang selera setiap kali bersama saya. Maruah saya dihina hingga saya malu apatah lagi bila dia sengaja bercakap dengan suara tinggi hingga didengar jiran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gombak.

Faridah mendakwa, suaminya juga sering membandingkan dirinya dengan amah Indonesia itu yang didakwa berkulit tegang dan gebu kerana mengamalkan pemakanan jamu selain petua awet muda.
Faridah yang mendirikan rumah tangga pada 1990 berkata, keadaan kekurangan fizikal dialami banyak berpunca dari faktor genetik selain terpaksa menyusukan semua enam anaknya ketika mereka kecil. Kini anaknya berusia antara lima hingga 20 tahun.

“Akibat kesempitan hidup, saya tidak mampu membelikan susu tepung dan terpaksa memberi susu badan kepada semua anak. Ada antaranya yang menghisap susu badan sehingga berusia lima tahun. Mungkin faktor itu menyebabkan payudara saya tidak lagi menarik,” katanya.

Dia yang bergantung hidup dengan menjual kuih dan nasi lemak memberitahu kesibukannya berniaga selain menguruskan anak-anak serta rumah tangga menyebabkan keadaan dirinya sering kali tidak terurus.

“Saya sedih diperlakukan seolah-olah saya tiada harga diri. Di matanya, saya cukup jijik hingga makanan yang saya hidangkan sering kali tidak dijamah,” katanya.

Kata Faridah, sebelum ini dia banyak berkorban untuk keluarga kerana menyedari pendapatan suaminya yang kecil selain perlu menanggung kos sewa rumah, persekolahan dan makan minum keluarga.
“Namun apa yang saya lakukan ini langsung tidak dihargai apabila dia kemaruk bermain cinta dengan gadis Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah.

----> [SUMBER]

P/s: Inilah yang dikatakan jantan. Bila isteri cantik, ada yang cemburu buta sampai keluar rumah pun tak boleh.Bila isteri tak menarik, sibuk nak cari betina lain. Nak isteri menarik, gebu, cantik, motok, bagi la sikit modal untuk isteri nampak menarik.Kalau dah tak mampu jangan lah dihina-hina. Lebih-lebih lagi isteri yang banyak berkorban membantu mencari nafkah. Cermin la diri tu sikit wahai jantan kalau nak isteri yang menarik. Ko ingat cantik, gebu montok tu berkekalan kot.Ke tiap kali dah tak menarik ko nak cari lain?? Dasar Jantan lah kan.

Jangan ingat wanita ni selemah-lemah manusia tau.jangan ingat wanita ni sebodoh-bodoh manusia. Wanita adalah satu anugerah. Kalian boleh ternganga bila wanita tunjuk kemampuan wanita sebenarnya.

14 comments:

  1. ayoo..kesiannya la isteri tu..huhu..kalau nak kahwin tu jangan la sebab paras rupa.memang la akan kendur bnda tu sbb dah umur makin meningkat..huhu..

    ReplyDelete
  2. alahai~ laki tu pentingkn kecantikan rupanya.. makna nya dia da amik madu sepah dibuang la tu .. sungguh ntahpape jantan ntah.. pantang nmpk pompuan cantik dahi licin.. yg si amah tu goda laki dia ke ? payah klau amik amah yg cantik msti suami terpikat..

    ReplyDelete
  3. Nana Lieana, kesian kan.Jantan mcm tu memang x boleh pakai la dear.

    ReplyDelete
  4. syahirah, amah tu bukan amah diorang.amah tu amah orang lain. Kalau terkena kita msti sakit hati.sanggup dia cari amah indon hanya kerana isteri tak menarik.Isteri tak menarik kerana apa? sebab bekerja keras juga membantu suami yg kecik p0endapatan.memang x kenang budi la.

    ReplyDelete
  5. Sedih bila membaca hal-hal macam ni. Wanita sebenarnya nakkan kecantikan...tak dinafikan. Semua wanita nak cantik. Tapi atas kesempitan, mereka sanggup lupakan itu semua. Demi keluarga dengan harapan laki2 aka suami tuh paham. CUma bila laki2 tu bg alasan mcm tuh rs macam nk tumbuk muka dia pun ada. KEluarga tak mau jaga...isteri xmau bagi duit utk cantik..lps tuh cari yg lain atas alasan mcm tuh. B***H punya laki.

    ReplyDelete
  6. As salam
    Kesian si isteri...tgh angau semua ekcited & semua indah....tapi ingat KARMA...what u give u get back!

    Salam kenal
    Do follow http://groovyfashionshop.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. betul tu ridzwan. mana ada wanita yg x nak cantik. Tapi tgklah juga latarblakang khdupan. dh ckup brsyukur dah isteri sedar dia x mmpu nak mcm org lain dan abaikan smua tu demi mmbntu suami dn demi ssuap nasi utk anak2.

    ReplyDelete
  8. betul shaza.. tgh angau smuanya indah. samai lupa sgala tanggungjawab

    ReplyDelete
  9. Ini masa dia...masa kita belum tentu, contoh dah ada dpn mata, pompan kene jaga kesihatan n ketampilan diri...lelaki plk buka mata buka minda.. jgn cari alasan, renung dalam2 mata isteri terutama anak2.. fikir baik2 adakah diri sendiri juga sudah cukup atau masih sempurna untuk isteri anda ...

    ReplyDelete
  10. lelaki apalah begitu buruk perangai..

    ReplyDelete
  11. betul tu Bunda.perempuan memang kena jaga badan.pasti smua juga impikan kecantikan.Tapi dalam situasi ni suami mesti faham kenapa isterinya jadi mcm tu.ini adalah kerana kekangan hidup dan mmg dia x mmpu.

    ReplyDelete
  12. Siannya nasib isteri .....moga akan sedar jugak akhirnya nanti!

    ReplyDelete
  13. bila isteri bergetah bukan main dipuji,bila isteri dah tak bergetah bukan main dikeji.jadikan faktor fizikal alasan nak cari perempuan lain.nie lah lelaki yg bertuhankan nafsu semata2...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.