Sponser By

Followers

Iklan

13 April 2013

Resepi Waffle

Assalamualaikum..^_^
Tercari-cari menu apa nak masak untuk anak-anak atau adik? Jom kita try resepi waffle ni. Ima copy 100% dari web Pa&Ma.HiHI..



Waffle
Masa: 20 minit
Hidangan: 4
Bahan-bahan
* 1/2  cawan tepung gandum
*  75 ml susu segar
*  2 biji telur ( saiz C) asingkan putihnya
*  1/2 sudu teh baking powder
*  1 sudu teh minyak masak
*  1 sudu teh gula halus
*   secubit garam


Cara membuatnya:
1.      Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan gebu. Ketepikan.
2.     Dalam bekas berasingan, gaul rata telur kuning, tepung (ayak bersama baking powder terlebih dahulu , susu, garam, minyak masak.  Masukkan adunan ini ke dalam telur putih tadi. Gaul rata.
3.     Panaskan snack maker, sapukan sedikit marjerin ke atas dulang waffle. Masukkan adunan dan bakar kira-kira dua minit. Sedap di makan dengan jem,kaya,aiskrim atau madu berserta buah strawberi.
4.     Boleh juga dimasak dalam kuali. Walaupun rupa tak serupa, rasanya tetap sama.



Nak Beli Waffle Maker?? Jom ke Ima Collection

1 comment:

  1. Sedap ni makan waffle panas...dengan secawan minuman koko panas juga!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.