Sponser By

Followers

Iklan

10 April 2013

Resepi Ikan Masak Asam Pedas Maggie

Assalamualaikum..^_^

Kali ni ima nak kongsikan resepi yang mudah. iaitu ikan masak ikan pedas Maggie. Ha'ah. ima memang suka masak benda-benda yang simple tapi sedap. haha.Padahal takterer masak.sebab tu masak simple simple je. Ok lah tu yang penting suami dan anak suka makan masakan kita.

Bahan-Bahan:
1. 500-700gm Ikan [Terpulang la nak guna ikan apa.Ikut selera masing-masing]
2. 2 atau 3 biji Tomato dipotong-potong
3. Kacang Bendi dipotong-potong [ Dicuci hingga kurang lendir]
4. Paste Asam Pedas Maggie
5. Sedikit garam & Ajinamoto
6. Sedikit gula
7. Sedikit asam jawa
8. Bawang putih, Merah di tumbuk
9. Sedikit minyak untuk menumis.
10. Air secukupnya

Cara-cara.
1. Panas kan kuali dan minyak.
2. Tumiskan bawang sehingga naik bau.
3. Masukkan Paste Asam Pedas sehingga pecah minyak.
4. Masukkan asam jawa
5. Masukkan ikan dan gaul hingga sebati.
6. Kemudian masukkan tomato dan kacang bendi dan seterusnya garam, gula dan ajinamoto.
7. Tambah air secukupnya
8. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga kuah pekat.
9.Sedia dihidangkan dan jangan lupa air minum sebab Asam pedas ni memang betul-betul pedas berapi. Tapi yang penting buat anda menambah nasi.hihi


Ada lagi adik-adik yang tak tau apa itu kacang bendi dan paste Asam Pedas Maggie? Nah sila kenali.

P/s: walaupun kat kulit paste tu just suruh tambah asam jawa dan ikan je, sebaiknya tambah perisa supaya lagi sedap. ^_^ 




1 comment:

  1. salam..
    wuuuu..asm pedas..nyummy..cedap ni lau dpt masak..hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.