Sponser By

Followers

Iklan

18 April 2013

Perkara yang isteri tidak suka

Assalamualaikum..^_^

Tau tak wahai para suami, ada beberapa perkara yang isteri tak suka suami lakukan. Take noted ye. Biar ima senaraikan secara ringkas lagi padat.Lepas baca boleh leh elakkan.Kalau dah tau jangan buat tak tau pulak tau.



1. Merokok didepan isteri dan anak-anak. Kalau boleh, belakang pun kurangkan supaya nafas tak berbau.

2. Malas mandi dan malas menjaga ketrampilan diri contohnya berpakaian selekeh bila keluar rumah.Tapi jangan la terlampau bergaya lebih-lebih nanti isteri curiga.HIHI..

3. Malas membantu isteri. Contohnya langsung sedikit pun tidak membantu isteri membuat kerja rumah.Kalau tak bantu pun sekurangnya jangan main campak je pakaian kotor diluar bakul. satu lagi, suka menlengahkan sesuatu bila isteri meminta bantuan.

4. Suka berbual lama bila terserempak dengan rakan-rakan bila keluar bersama isteri.

5. Melebihkan adik beradik daripada isteri.Contohnya kalau isteri dan adik beradik perlukan batuan, suami dahulukan adik beradik.

6. Langsung tidak ambil tahu urusan dirumah dan tidak tahu menahu masalah isteri

7. Terlampau berkira dengan isteri tetapi tidak berkira bila membazir ke tujuan lain contohnya membeli aksesori kereta.

8. Tidak menjamah walau sedikit hidangan yang isteri sediakan. Kalau kenyang atau dah terlambat pu, jamahlah walau sedikit.

9. Suka meninggikan suara pada anak-anak dan isteri dan terlalu tinggi ego. Ni yang palinggg isteri tak suka

10. Terlalu rapat dengan perempuan lain,Haa..ini sangat-sangat bahaya. Boleh menimbulkan cemburu isteri..Jage-jage..

11. Sukar meminta maaf dan mengucapkan sekdit pujian pada isteri

12. Suka menceritakan masalah rumahtangga kepada kawan perempuan.

13.Selau mencari kesalahan isteri dan anak-anak.


P/s: Para isteri, ada tambahan tak? hihi..Tapi jangan salah faham pulak ye tentang entri ni.Bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau mencari salah para suami.Just nak saling mengingati.Kot-kot lah ada isteri yang tak berani nak bagitau suami dia tak suka benda tu tapi bila sisuami baca ni,kot-kot dia akan cakap. oh baru tahu.mcm tu.HiHi.. Bukan ima nak kata para isteri takde kekurangan. Nanti apa yang suami tak suka isteri buat, para lelaki pulak yang buat entri. Baru lah sesuai dan betul Ye tak? Sharing kan maksudnya caring..^_^

7 comments:

  1. Bagus entri ni...
    Lelaki mana nak amik pusing sangat perkara macam ni kan..

    ReplyDelete
  2. salam =)

    bgus lau para suami bce ni..heee
    nk tmbh pe ye...err lum kawen lor,xtau nk tmbh pe..ngeeee ;p

    ReplyDelete
  3. taknak tambah dah..cukuplah...kita wanita/isteri pun banyak kekurangannya...bersamalah kita saling melengkapi bukan menunding jari cari yg salah..lelaki egonya tinggi,..mana yang kita tak suka dia buat,..pelan2 cakap..moga dia makin memahami kita...In Shaa Allah aman rumahtangga... dan jangan lupa,..kita pun kena tanya suami juga,..apa yg suami tak suka isteri buat !!!,..kan

    ReplyDelete
  4. panduan untuk lelaki yang bergelar suami dan bakal suami...

    ReplyDelete
  5. kak izan, maaf ye.entri ni bukan bertujuan untuk menuding jari cari salah lelaki.Tapi just sharing apa yang kaum wanita x suka. Tak semua para isteri berani nak bagitau terang-terang apa yang dia tak suka.Kan lelaki egonya tinggi.Semakin ditegur semakin d buat.Tapi kalau2 para suami baca ni, terdetik dihati nak berubah.
    Nanti apa yang para suami tak suka isteri buat, para suami pulak yang share.^_^

    ReplyDelete
  6. Dengan lelaki ni kita tak boleh tegur secara terang-terang tau. Mesti dengan saiko sikit.Baru lah tak tercabar keegoan diorg tu. HiHi..

    ReplyDelete
  7. Salam akak ima, Ops maafla Am nak tambah skit.. Isteri tak suka kalau laki blogging/facebook sampai lewat subuh... hahaha... dah laa tido lambat..nak bangun mesti penat then tubuh pun jadi malas + emosi cepat panas baran..muahahaha

    Perempuan Memang Selalu Macam Tu kan, Ke Aku Jer?

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.