Sponser By

Followers

Iklan

12 April 2013

Maut Tertusuk Buluh Bendera Parti

Assalamualaikum. Astaghfirullahalazim. Pagi-pagi lagi dah terbaca berita lelaki maut akibat tertusuk buluh bendera parti. Tidak kira mana-mana parti, seharusnya beringat-ingat ketika memasang bendera parti haruslah utamakan keselamatan sendiri dan orang lain.Dan sebaiknya bendera parti itu tidak seharusnya dipasang terlalu banyak di tepi-tepi jalan sehingga boleh memudaratkan orang lain. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat Mangsa.

“Saya baru hendak tidur, kemudian dikejutkan sepupu yang memberitahu suami pulang dalam keadaan berlumuran darah dan mengerang kesakitan.
“Saya terus melulu ke arah suami dan membalut lehernya dengan tuala, tetapi darah masih keluar menyebabkan saya terpaksa meminta bantuan orang kampung menghantarnya ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nor Fatihah, suaminya itu tidak banyak bercakap selain hanya mampu beristighfar dan mengucap sepanjang perjalanan menaiki bot ke klinik kesihatan itu.

“Dalam keadaan hujan, saya gagahkan diri meminta bantuan orang kampung untuk menghantar suami ke klinik kesihatan agar dia dapat dirawat segera memandangkan darah di leher mengalir semakin banyak,” katanya.

Nor Fatihah berkata, bagaimanapun, suaminya diarah untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Mersing memandangkan kecederaan yang dialaminya serius.

“Hanya doa saja yang dapat saya lakukan ketika itu, selain berharap supaya suami kembali sembuh, apatah lagi melihat keadaannya yang tidak bermaya seolah-olah seperti ayam baru kena sembelih,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia reda apabila doktor mengesahkan suaminya tidak dapat diselamatkan selepas mengalami pendarahan yang teruk.

“Saya terima ketentuan Ilahi kerana ajalnya sudah tiba. Saya hanya mampu berdoa dan berusaha, kerana semua itu atas kehendak-Nya,” katanya.

“Saya pun rasa pelik, kerana arwah tidak banyak bercakap dan suka menyendiri, mungkin itu tanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Jenazah Sofian Iskandar dituntut keluarganya untuk dibawa ke Pulau Tioman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Salang, selepas Isyak.

2 comments:

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.