Sponser By

Followers

Iklan

20 April 2013

Hoii apa Paksa orang klik iklan ni?

Assalamualaikum..^_^

Maaf tajuk agak kohaja.HiHi..Pernah tak korang paksa orang lain klik iklan churp churp atau says? Atau pernah tak dipaksa untuk klik iklan? Kalau 1 iklan ok lagi kan.Ni banyak sangat. Ima tengok sejak kebelakangan ni ramai sangat yang buat contest dan salah satu syaratnya ialah kena klik iklan diorang. Kalau satu ok je.ini banyak.pastu kena klik sampai habis loading pulak. dah kena klik iklan penganjur, kena klik iklan sponser pulak..adoii..

Maaf ye sebelumnya. Sebenarnya bagi pendapat ima, klik iklan tu tak perlu kot. Ia macam satu paksaan kot.sebab itu adalah syarat. Sebenarnya apa tujuan kita buat contest?? Fikir balik... semata-mata nak dapat duit iklan ke? Bukan ke tujuan kita buat contest nak dapatkan follower dan bertujuan agar lebih ramai yang mengenali blog kita. Tak salah sebenarnya nak tambah follower. Dulu-dulu, blogger terkenal masa ni pun buat contest juga. Ingat diorg berblog terus dikenali ke?? Tak ok. Banyak usaha mereka untuk ke arah itu.

Tapi dulu, blogger buat contest tak kenakan syarat yang susah macam sekarang.Sebab apa? sebab dulu buat contest tak perlukan sponser tau. Lagi satu, blogger otai dulu tak jadikan klik iklan sebagai syarat.
Ok, lepas ni mesti ada yang akan kata, kalau taknak klik iklan jangan la join. Ok ok.. betul kot. Tapi macam mana kalau orang yang dah buat entri separuh, last last syarat terakhir kena klik iklan. Nak taknak, kena jugak klik iklan  tu dan teruskan entri yang dah dibuat separuh tadi. Pastu dah klik kena tunggu habis loading pulak.Kena jugak tunggu habis loading sebab kita kena ikhlas, kena jujur.Dah join contest orang kan.kena la ikut betul-betul syaratnye.

Banyak masa yang diambil tau sebenarnya bila kena klik itu klik ini.Lagi-lagi bagi yang mempunyai line enternet macam siput babi.Mesti mood blogging atau membuat entri terganggu.Last-last satu hari atau satu malam tu, masa dihabiskan utk join 1 contest tu je.nak buat entri tak sempat.nak blogging tak sempat.masa dihabiskan dengan klik iklan je.Tak baik lah macam tu kan. Orang lain dah susah-susah buat entri contest tu dan disamping tu dah kenalkan blog kita pada rakan lain, jangan la minta klik iklan pulak. Takut-takut tak halal hasil duit iklan tu sebab orang klik sebab tak ikhlas dan terpaksa.

Satu lagi, ima rasa kalau nak buat contest tak perlu ambik sponser terlalu ramai. tiga hingga  empat orang dah cukup la. sebab bila terlalu ramai, banyak keburukannya. tapi lain kali pulak kita cerita apa keburukannya ye. Maaf andai ada yang terasa.Ini sekadar pandangan peribadi ima. Kalau tak setuju its ok. ^_^

5 comments:

  1. ya! betol! zizie pernah dijemput join satu contest ni.. bila bukak, telan air liur pun xlepas.. berderet button like bagai nak kena click.. pffftttt... terus surrender.. dan adios.. huhu...

    ReplyDelete
  2. Wan ada buat GA...tp takyah klik iklan. CUma kena buat entry jerk...hopefully tak nyusahkan yer. Hahaha...

    ANyway, wan pun akan ignore jns yg paksa2 klik iklan ni ha...siap pesan suruh tggu hbs loading lagi tuh....isk3.

    ReplyDelete
  3. Betul! Malas nak join GA yang kena klik banyak2 ni. Pening & ntah hape2. Nak join GA yang simple je. ^^

    ReplyDelete
  4. kalau kita tak ikhlas mcm tak berkat pulak kan..ahaha..sapa suruh paksa..fuh... bagus entri ni mohon mana2 tu terasa la.. hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.