Sponser By

Followers

Iklan

03 April 2013

Alahai Pos Laju

Alahai pos laju.Ku sangkakan kau benar-benar laju. Rupa-rupanya tak la laju mana pun. Iklan tak seindah iklan.Sampai depan rumah konon. Hurm.. Keluhan demi keluhan keluar dari mulut peniaga online seperti diriku. Tak habis dengan maki hamun dari pelanggan, tensyen pulak aku dengan budak pejabat pos tu. Ini cerita kat tempat aku ye. Kalau dulu, aku takde masalah dengan budak pejabat pos tu sebab diorang dah kenal dengan muka aku yang tiap hari ada kat pejabat pos. pos barang, terima barang. Rutin harian. Ye lah. Kat sini bukan macam tempat lain yang pos laju yang tak berapa nak laju tu dihantar sampai depan rumah. Tapi kat sini?? No no no. Selagi kau tak follow up, selagi tu kau tak dapat parcel kau.Kalau kau tak rajin nak datang pejabat pos ambik parcel alamatnya memang kau takkan dapatlah parcel tu sampai bila-bila. Hurm, sebenarnya itu bukan lah masalah bagi aku. Aku ok je nak tiap hari pergi pejabat pos. Kalau budak pejabat pos tu nak boring tengok aku pun lantak kau lah.

Tapiiiiiiiii. Sejak budak pejabat pos tu dah tukar orang baru, ni yang buat aku bengang tak habis. Hari tu aku minta brother tu check tracking no parcel aku. Tau dia cakap apa? sy tak pandai lah. Okeh budak baru, takpe lah. Dihari lain dengan manusia yang sama. Boleh tolong cari nama sy tak? sebab check tracking no, barang dah sampai dah. punya lama aku tunggu, boleh dia cakap tak jumpa nama aku. So dia kata nantikalau jumpa dia akan call. Ok lah. terima lagi walaupun hampa.Dah lah costumer tengah tunggu barang ni. Sampai esok nya tengahari, tak de sebarang call pun dari pejabta pos. Nak taknak, datang lagi tanya. ada tak barang sy ni? "ada2" jawabnya. hah?? pesal tak call? "Terlupa". dalam hati, ko ni memag nak minta sumpah mam*** lah.

Dan now, 2 parcel aku sengaja tak pergi tuntut. saje nak uji ada ke diornag call bagitau parcel sampai. HARAM. call pun takde. Siap lah kau esok. Sakit hati ni tau!!! marah ni marah!!


1 comment:

  1. Susahlah kalau ada yang buat keje sambil lewa je.......
    Tapi macam tu la nasib peniaga online...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.