Sponser By

Followers

Iklan

15 March 2013

RESEPI French Toast Milo

Assalamualaikum & Selamat Pagi  ^_^

Ucapkan rasa syukur kerana hari n i masih boleh melihat dunia dan berblogwalking. Sarfapan apa hari ni? Ambil lah sarapan.Kan sarapan tu penting untuk memberi kita tenaga dan memudahkan kita melakukan tugasan harian dengan baik.Tak tau nak sarapan apa ek?? Mari ima kongsikan 1 resepi mudah dan simple ni.


Bahan-bahan

  •  Gula kastor, (jika mahu)
  • Telur Ayam, dipukul
  • ½ sudu kecil Esen Vanilla
  • 2 keping Roti putih
  • 50 ml Susu Sejat
  • 1 sudu besar Minyak Masak
  • 4 sudu besar Serbuk MILO
 

Langkah-Langkah Memasak

  1. Panaskan susu sambil masukkan serbuk MILO dan kacau. Matikan api dan terus mengacau sambil masukkan telur yang telah dipukul.
  2. Buang kerak roti dan potong roti menjadi segitiga.
  3. Celup roti yang telah dipotong ke dalam campuran MILO tadi dan goreng di dalam kuali leper dengan sedikit minyak sehingga masak.
  4. Angkat roti yang telah masak dan taburkan gula kastor, jika mahu.
  5. Hidangkan panas-panas.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.