Sponser By

Followers

Iklan

26 March 2013

Pihak Hospital Berjaya Menyambung Kemaluan

KUALA TERENGGANU: Mangsa yang kemaluannya dipotong oleh anaknya masih kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata, kemaluan mangsa berjaya disambung kelmarin namun lelaki berusia 67 tahun itu masih belum sedarkan diri.
Pihak hospital juga berjaya menyambung semula kemaluan suspek dan dia kini dilapor stabil serta ditempatkan di wad biasa di hospital sama, katanya kepada pemberita semalam.
Menurut Manoharan, polis masih menunggu laporan daripada hospital untuk mengetahui sama ada suspek mengalami gangguan mental atau sebaliknya.
“Pihak kami juga akan menahan suspek sebaik suspek pulih dari kecederaan dalam masa terdekat,” katanya.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin di FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, suspek yang berusia 40 tahun bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluan sendiri.
Suspek yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di ibu negara di percayai terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajarinya menerusi Internet.
Suspek sebelum itu dikatakan bertindak agresif dengan merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas berkenaan menangis untuk mengeluarkan “semangat Imam Nawawi” daripada badan bapanya.
Setelah gagal membuatkan bapanya menangis, suspek kemudian meminta sebilah pisau daripada abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan warga emas itu sebelum memotong kemaluan sendiri.
Dia juga turut memaksa abang iparnya berbuat demikian namun lelaki itu berjaya melarikan diri. — Bernama

P/s: Alahai.. Ajaran man lah yang diikutnya ni. Dah terang-terang menyakitkan tu nak buat jugak? Ceh, aku rasa mamat ni gila lah.Mesti tok guru mamat ni pun double triple gila.hahaha...MInta dijauhkanlah berlaku pada kita dan keluarga kita. Huh..macam-macam..

1 comment:

  1. Apa ke merepeknya la anak dia ni..
    Tu la taksub dengan benda2 syirik ni..
    Tu la padahnya.. Orang lain pulak yang jadi mangsa..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.