Sponser By

Followers

Iklan

30 March 2013

Najib & Anwar minum semeja


ALHAMDULILLAH.. itu lah yang aku ucapkan tatkala ternampak gambar ni. Tak kira lah gambar ni edit ke betul. Serius tika terpandang gambar ni hati aku tiba-tiba rasa tenang semacam. Aku doakan semoga perkara ni betul-betul terjadi satu hari nanti. Sejak kebelakangan ni, kat mana-mana, media, laman sosial, blog semua cerita pasal politik.Semua saling kutuk mengutuk.Saling membuka aib, saling bertikam kata. Aku rasa lemas dan sakit hati lah sebenarnya tengok keadaan macam ni.Aku tengok semakin anyak manusia yang pandai berkata-kata. Berkata-kata seakan-akan dia saja yang betul Seperti sangat yakin dengan apa yang akan berlaku seterusnya. Aku betul-betul rimas dan rasa marah dengan manusia yang seakan-akan pandai berkata-kata tapi sebenarnya sekadar di atas keyboard atau sekadar ucapan. Semoga Malaysia sentiasa dilindungi dan manusia yang berada dimuka bumi Malaysia ni diberikan hidayah dan jalan yang diredhai.

2 comments:

  1. saya sokong kak! tapi benda yang jelas lagi nyata, jangan kita butakan mata :)

    ReplyDelete
  2. Kalau ini realitinya ALhamdulillah...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.