Sponser By

Followers

Iklan

10 March 2013

Mati Sia-Sia

Assalamualaikum..^_^

(sambil mengeluh panjang) Penat dengan sandiwara penceroboh yang berada di negara Malaysia ni. Tak serik-serik. Tak pandai jera. Sakit hati ni tau.Nak tolong tak mampu.Hanya mampu doakan pejuang kita sahaja. Serius aku betul-betul merasa sakit hati bila penceroboh ni degil nak mampos. Sakit hati bila ada pejuang kita yang terkorban.Sakit hati bila ada wanita , anak-anak dan ibu bapa yang terpaksa kehilangan orang yang tersayang kerana penceroboh bodoh tu. Lagi-lagi aku sakit hati bila ahli politik jadikan hal ini sebagai sandiwara.Saling menyalahkan.Saling nak menang. Adoooiiii..

"Ya Allah, berilah jalan penyelesaian, terangilah hati setiap dari kami, lindungilah bumi ini dan hentikanlah pertumpahan darah ini.Sesungguhnya masih ramai lagi kami yang tidak rela semua ni berlaku.Sesungguhnya KAU maha pengasih dan maha mengetahui. Ampunkanlah dosa setiap kami yang berada di muka bumi ini."

Wahai penceroboh, sadar lah, buka hati kalian, fikir sebaiknya, minta lah kepada Allah agar diampunkan kesalahan kalian.Nyah lah kalian dari sini.Jangan pernah ganggu kami.Kami adalah satu. Kami pasti akan bersatu dengan apa jua cara untuk memerangi kalian. Kau lihat lah. Seorang pejuang kami terkorban, 10 diantara kalian yang terkorban sebagai balasan. SESUNGGUHNYA KEMATIAN KALIAN DISINI ADALAH SIA-SIA BELAKA. Pergi dari sini..Shhhuuuuuhhh!! Kami tidak rela bumi Malaysia ini dikotori oleh darah kalian.Menyerah lah.Kini bila kalian kian pupus, kanak-kanak dan wanita kalian jadikan taruhan.Lepas ni apa lagi?? Orang tua tak berdaya? Wanita mengandung?? Please Stop It!!!

Luahan hati ku sebagai warga negara Malaysia.^_^

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.