Sponser By

Followers

Iklan

15 March 2013

HIV & AIDS

Assalamualaiku..^_^
Nak share sedikit tentang HIV & AIDS. Sila ambil tahu ye.Mungkin Soalan-soalan dibawah tidak pernah korang ketahui jawapannya dan tak pernah ambil tahu.So apa salahnya luangkan sedikit masa untuk mengetahuinya.Tak rugi pun.

 
Ramai orang seperti anda bertanya Apakah itu HIV?
HIV adalah human immunodeficiency virus. Ianya merupakan virus yang menyebabkan AIDS. HIV menjangkiti sel-sel manusia dan menggunakan tenaga dan khasiat yang dibekalkan oleh sel-sel tersebut untuk membesar dan membiak.

Jangkitan HIV mungkin menyebabkan AIDS. (Apakah itu AIDS?)

AIDS adalah Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit. Ianya adalah suatu sindrom di mana sistem imunisasi badan jatuh dan tidak mampu untuk melawan jangkitan dan penyakit-penyakit lain yang mengambil kesempatan di atas kelemahan system imun badan.
     
Bagaimanakah HIV menular?

Seseorang yang ada HIV membawa virus tersebut di dalam sesetengah cecair badan termasuklah darah, air mani, cecair vagina serta susu ibu. Selalunya HIV menular melalui cara-cara yang berikut:

    * Hubungan seks tanpa perlindungan (sama ada vagina atau dubur) dengan seseorang yang ada HIV.
    * Berkongsi jarum suntikan dadah dan lain-lain peralatan untuk menindik dengan seseorang yang ada HIV.
    * Daripada ibu yang HIV positif kepada bayinya ketika kehamilan dan menyusukan bayi (jangkitan ibu kepada anak).
    * Menerima darah dan produk-produk darah yang tercemar semasa pemindahan darah atau organ.
     
Bagaimana cara HIV tidak menjangkiti?

HIV merupakan satu virus yang sukar untuk berpindah dari seorang ke seorang yang lain. Ianya tidak berjangkit melalui makanan atau udara (contohnya melaui batuk atau bersin). Tidak pernah ada kes di mana seseorang itu dijangkiti melalui sentuhan seharian atau kasual seperti berkongsi peralatan makanan atau kolam renang serta kemudahan bilik mandi atau melalui pelukan serta ciuman. Peluh, air mata, muntahan, najis serta air kencing ada mengandungi HIV tetapi tidak pernah dilaporkan jangkitan. Nyamuk, kutu dan lain-lain serangga juga tidak menyebarkan HIV.

Bagaimana saya boleh mengurangkan risiko untuk dijangkiti HIV melalui hubungan seks?


Abstinence atau berpantang daripada seks adalah pilihan yang terbaik. Akan tetapi, jika anda aktif dari segi seksual, anda boleh melindungi diri anda daripada HIV dengan melakukan seks yang lebih selamat. Setiap kali anda melakukan hubunga seks, gunakan kondom. Apabila digunakan dengan betul dan konsisten, kondom amat efektif dalam mencegah HIV.

Adakah sesetengah orang lebih berisiko akan jangkitan HIV berbanding dengan orang lain? (HIV tidak mendiskriminasi)

HIV boleh menjangkiti sesiapa sahaja, mahupun lelaki atau wanita, tua atau muda. Ianya tiada kaitan dengan siapa diri anda yang menentukan sama ada anda boleh dijangkiti dengan HIV. Nota untuk anda bahawa kadar jangkitan tertinggi boleh didapati pada golongan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki (MSM), terdiri daripada 53 peratus daripada yang baru dijangkiti dengan HIV pada tahun 2006; satu pertiga daripada lelaki tersebut adalah mungkin seperti anda, berumur di bawah 30 tahun.

Adakah rawatan bagi HIV/AIDS?


Terdapat beberapa ubat yang sedia ada untuk merawat jangkitan HIV. Yang lainnya adalah untuk merawat jangkitan-jangkitan oportunistik. Akan tetapi masih tiada lagi penawar atau vaksin untuk AIDS.
     
Bolehkah anda mengenalpasti bahawa seseorang itu ada HIV atau AIDS?


Anda tidak boleh mengenalpasti bahawa seseorang itu telah dijangkiti dengan HIV atau AIDS hanya dengan melihat dengan mata kasar. Seseorang yang telah dijangkiti boleh kelihatan sihat sepenuhnya. Tetapi sesiapa sahaja yang dijangkiti dengan HIV boleh menjangkiti orang lain walaupun dia tidak mempunyai simptom.

Bagaimana saya tahu yang saya telah dijangkiti?


Hanya satu cara sahaja untuk mengetahui status HIV anda iaitu dengan melakukan ujian antibodi HIV. Ianya tidak secara langsung mengenalpasti virus HIV tetapi ianya mengukur antibodi yang dihasilkan untuk menentangnya.

Ianya mengambil masa 3 ke 6 bulan untuk antibodi HIV dikesan di dalam darah. Ini dipanggil tempoh jendela. Seseorang mungkin menjangkiti orang lain dengan HIV semasa tempoh ini tanpa pengetahuannnya. Jika anda fikir yang anda mungkin telah terdedah kepada HIV, anda haruslah menjalani ujian. Anda boleh melakukan ujian di klinik-klinik swasta, klinik kerajaan tempatan atau di hospital.

Ingatlah bahawa ianya adalah penting bagi anda untuk melindungi diri anda daripada HIV dengan merendahkan risiko jangkitan anda pada setiap masa. Ini boleh dilakukan dengan cara Pencegahan HIV ABCDE:

A-   bermaksud Abstinence atau berpantang daripada melakukan hubungan seks dengan orang lain
B-   bermaksud Setia atau mengekalkan hubungan monogamy (melukan hubungan seks dengan satu pasangan sahaja)
C-   untuk penggunaan kondom yang betul dan konsisten
D-   bermaksud Jangan berkongsi jarum atau perkakas-perkakas untuk menindik yang lain dengan sesiapa sahaja, dan
E-    bermaksud didiklah diri anda.

1 comment:

  1. penyakit ni sampai sekarang masih tiada penawarnya kan..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.