Sponser By

Followers

Iklan

11 February 2013

Tawarkan wasiat harta untuk calon isteri

Kajang: “Kalau semua anak dah tak peduli lagi, pak cik nak cari calon isteri. Tak kiralah umur berapa, wanita tempatan atau Indonesia, asalkan dia benar-benar ikhlas nak jaga pak cik, cukuplah. Jika sanggup (berkahwin), pak cik akan wasiatkan semua harta, termasuk sebuah banglo di Taman Keramat, kepada bakal isteri.”
Itulah tawaran dibuat Ibrahim Othman, 83, yang bercadang menamatkan zaman dudanya jika menemui calon isteri sesuai yang dapat menjaga makan minumnya.
Nilai tanah dan banglo berkenaan kini dianggarkan antara RM1.5 juta hingga RM1.8 juta.

Ibrahim, bekas pelakon drama radio pada 1970-an hingga 1980-an yang terkenal dengan watak Seman dalam Kebun Pak Awang, menjadi penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, di sini, sejak tiga bulan lalu, selepas menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah saraf dan trauma.
Disebabkan tiada seorang pun daripada tujuh anak kandungnya datang menjemput selepas dia dibenarkan keluar dari wad, pengurusan hospital mengambil keputusan menghantarnya ke pusat jagaan itu selepas mendapat persetujuannya. "

Sampainya hati ketujuh-tujuh anak beliau sampai taknak ambil peduli tentang beliau.Tapi ima rasa cara pakcik ni salah lah sebab dia nak cari calon isteri yang ikhlas menjaga dia, so tak payah lah dia  tawarkan nak bagi kesemua harta dia.semua tu boleh dilakukan setelah mendapat isteri yang ikhlas menjaganya.Kalau tak pun, susah susah dah banyak harta, gaji je amah untuk menjaga makan minum beliau.Taku-takut dengan kenyataan beliau yang menawarkan mewariskan harta tu ramaiorang yang akan ambil kesempatan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.