Sponser By

Followers

Iklan

10 February 2013

Pahala Ziarah Lebih Besar Dari Ibadah Lain

Assalamualaikum korang semua. Ima nak kongsi sikit ni dari apa yang ima dengar tadi di radio.Ustaz tu punya topik ialah pahala & ziarah. Korang tau tak menziarahi orang lebih besar pahala daripada pahala ibadah lain seperti membaca al-Quran dan berzikir. Walaupun menziarahi orang ni nampak macam takde apa-apa.Just ziarah je kan tapi sebenarnya amat besar pahalanya.Contohnya ialah ziarah orang sakit. Bukan setakat ziarah orang sakit je.ziarah rakan-rakan, jiran, saudara mara dan juga ibu bapa di kampung pun ziarah juga dan dapat pahala. Satu lagi ustaz tu kata, ziarah mertua pun besar pahalanya. Contoh hari raya. Kita balik rumah mertua, pahala kita besar so jangan lah muka monyok kalau turn balik raya rumah mertua.hihi..Tengok tu. Dengan sekadar ziarah je kita dah dapat pahala yang amat besar dari Allah S.W.T.. Mudah kan untuk mendapat pahala, antara lain cara untuk dapat pahala ialah, bersedekah,tak kira lah sepuluhsen pun sedekah juga.senyum pun sedekah juga.pastu berniat yang baik-baik.baru niat kita pasang, kita dah dapat pahala dah. Lagi salah satunya, kita hadiri majlis-majlis ilmu pun dapat pahala.Dengar je apa yang disampaikan dalam majlis ilmu, dapat pahala dah.Menyampaikan ilmu walaupun sedikit pun pahala juga.Mudah kan. So apa kata kita amalkan sikit2 cara untuk dapat pahala ni.LAma-lama banyak lagi perkara baik yang automatik kita lakukan dan dapat pahala kan. Maaf lah kalau cara penyampaian ima ni salah.hihi. Semoga dapat sedikit ilmu dari apa yang ima kongsikan ni. ;)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.