Sponser By

Followers

Iklan

18 February 2013

Isteri Curang ditimpa Bala

SIBU: Gara-gara curang terhadap suami, seorang wanita menerima padah setelah ditipu sebanyak RM3,500 oleh seorang kenalannya melalui laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Mangsa yang berusia 46 tahun dan bekerja sebagai kerani dikatakan berkenalan dengan seorang lelaki warga England sehingga jatuh hati tanpa diketahui oleh suaminya.
Lelaki terbabit difahamkan berjanji akan mengirimkannya beberapa hadiah berupa telefon, iPad, barang kemas, kamera digital, bunga dan coklat sebagai bukti menyayanginya sempena Hari Kekasih yang lalu.
Bagaimanapun, hadiah yang ditunggu-tunggu oleh mangsa itu telah sampai dan ditempatkan oleh Jabatan Kastam di Lapangan Terbang Sibu setelah tiba dari England.

Mangsa mengetahui hadiah itu sudah sampai apabila menerima panggilan daripada pihak yang mengakui dirinya sebagai kakitangan kastam dan memintanya membayar sejumlah RM3,500 untuk proses penghantaran.

Disebabkan terlalu ghairah dan berasa gembira menerima hadiah itu, mangsa tidak berfikir panjang lalu terus mendepositkan wang ke dalam akaun yang diberikan oleh kakitangan kastam terbabit.
Apabila telah mendepositkan wang terbabit, mangsa kemudian menghubungi kakitangan kastam terbabit namun disuruh pula mendepositkan lagi wang sebanyak RM4,000 bagi memenuhi syarat-syarat tertentu.
Selepas itu, baharulah mangsa sedar dia telah ditipu.
Mangsa kemudian membuat laporan polis.

Sumber: Utusan Borneo
Punya lah pintar perempuan ni.Memalukan kaum isteri je.Memang padan muka lah.Boleh -boleh je dia jatuh cinta kat facebook disaat bergelar seorang isteri?? Kalau wanita bujang mungkin boleh je aku terima.Cinta Muka Buku katanya..Ni seorang isteri.Kalau aku, memang aku malu lah.Dah la curang, kena tipu lagi.Pastu ada hati nak lapor kat polis.Tak ke kena sendiri tu? Nasib rm3,500 je.Kalau 3 juta??Ambik kau.Sila lah ambil sebagai pengajaran ye.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.