Sponser By

Followers

Iklan

14 February 2013

Daging Kuda

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bekerjasama rapat dengan Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi memastikan skandal daging kuda di
Eropah tidak merebak ke Malaysia.
Timbalan Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata kerjasama itu penting
agar daging yang dibekalkan di pasaran tempatan termasuk produk sejuk beku di
pasar raya besar adalah daging lembu dan bukan daging kuda.
Rohani berkata walaupun pasar raya besar terletak di bawah KPDNKK, namun
sebarang produk daging atau tenusu yang dijual mesti melepasi pemeriksaan MOA
terlebih dahulu.
"Apa-apa produk berasaskan daging dan tenusu kena melalui MOA walaupun ia
jenama pasar raya besar.
"Kita nak jaga pengguna jadi kita bekerjasama rapat dengan MOA untuk membuat
sebarang pengesahan," katanya kepada Bernama.
-- LAGI
ROHANI-KUDA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Rohani berkata demikian sebagai mengulas skandal daging kuda yang tercetus
di Eropah sejak minggu lepas setelah produk daging yang dilabel sebagai 100
peratus lembu di pasaran Sweden, Perancis dan Britain sebenarnya daging kuda.
Antara produk terlibat ialah "lasagne" dan "spaghetti bolognese" yang
dipasarkan di beberapa pasar raya besar termasuk di Tesco dan Carrefour.
Sementara itu, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) menegaskan
semua produk daging yang dijual di rangkaian pasar rayanya tidak diperoleh dari
negara Eropah, sebaliknya menggunakan lembu tempatan atau diimport dari India
dan Australia.
Jurucakap Tesco Malaysia berkata rangkaian pasar raya itu tidak menjual
sebarang produk daripada pengeluar terlibat.
"Keselamatan dan kualiti makanan (dijual) kami merupakan perkara paling
penting kepada Tesco dan pelanggan kami berhak untuk menjangkakan makanan yang
mereka beli dikeluarkan mengikut standard terbaik.
"Kami tidak akan bertolak ansur terhadap kualiti makanan yang kami jual,"
katanya.
-- BERNAMA

"Wahhh..kena berhati-hati lah kita agar tak termakan daging kuda .eee.. geli pulak. Inilah akibat bila perniaga hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkann pengguna.Langsung tak bertanggungjawab."

1 comment:

  1. rasenya boleh beza daging kuda dgn lembu.. kuda rasa dia hamis.. tahu tak hamis tu cemana? :p

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.