Sponser By

Followers

Iklan

17 February 2013

Budak ditemui dalam longkang

SIBU: Seorang budak diper­cayai berumur dalam ling­kungan empat hingga lima tahun ditemui berada dalam longkang oleh sepasang suami isteri semasa mereka dalam per­jalanan menunggang motosikal di Jalan Lai Chee, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian pada jam 6 pagi itu, pasangan suami isteri berumur dalam lingkungan 40-an terkejut apabila ter­nampak seorang budak kecil berada dalam longkang.


Menurut mereka, paras air longkang tersebut sudah mencecah leher kanak-kanak tersebut menyebabkan pas­angan tersebut tergesa-gesa menyelamatkannya daripada kejadian yang tidak diingin berlaku.
Selepas mengeluarkan kanak-kanak tersebut, mere­ka berhasrat untuk membawa kanak-kanak itu pulang ke rumah dan memandikan­nya.
Mereka juga telah memberi pakaian bersih dan makanan kepada kanak-kanak tersebut sebelum mengambil kepu­tusan untuk menghantar kanak-kanak itu ke Balai Polis Sentral untuk tindakan selanjutnya.


Keadaan kanak-kanak tersebut kelihatan sihat dan cergas dan enggan bercakap menyebabkan pegawai polis sukar untuk mengenal pasti nama, umur dan ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Difahamkan wajah kanak-kanak tersebut dipercayai peranakan Cina, namun be­lum dapat disahkan.


Sesiapa yang mempunyai kanak-kanak yang hilang dikehendaki pergi ke Balai Polis Sentral dengan segera untuk mengenal pasti kanak-kanak tersebut.

Sumber: Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.