Sponser By

Followers

Iklan

19 February 2013

Bayi didera pembantu rumah?Apa anda lakukan bila berlaku pada diri anda?

Sakit rasa hati ni bila tengok rakanman bayi lelaki berusia empat bulan yang menjadi mangsa dera pembantu rumah indon tu.Rasa sakit hati yang tak tertahan. Turun naik nafas ima tengok. Terasa betul-betul benda tu dilakukan pada anak sendiri.Rasa marah yang amat sangat. Tak dapat ima gambarkan rasa marah ni.Kalau lah benda tu berlaku pada anak ima, ima rasa iman ima pun boleh hilang 100%. Mungkin ima sendiri yang cacatkan amah betina tu.Moga dijauhkan dari keluarga ima. Sayu hati tengok gambar bayi tu sekarang.Sekarang bayi tu tak aktif dan kurang bergerak kan.YA Allah.Moga kau berikan semula kesihatan bayi itu dan berilah balasan cash yang setimpal pada amah betina tu..Dengan kuasa MU jua Ya allah, tabahkan lah hati keluarga bayi ni.
selalu dengar berita macam ni ima memang taknak tengok.entah kenapa semalam terbuka hati ima nak tengok video tu sampai habis.



Perkara macam ni lah yang membuatkan ima sanggup berhenti kerja demi menjaga anak ima sendiri. Walaupun ima tau pendapatan suami ima cukup-cukup makan, pakai dan keperluan je.Tapi bagi ima, anak adalah lebih penting.Rezeki tu pasti ada.Ima berniat akan bekerja kembali bila anak ima dah besar dan dah pandai bagitau apa-apa hal. Bukan apa, ima memang jenis yang tak harapkan orang lain untuk jaga anak kecil.Jangankan orang luar, amah indon?? maaf lah ye.keluarga sendiri pun ima tak harap nak jaga anak ima.Cuma seorang je yang ima boleh percaya untuk jaga anak ima iaitu mumy ima sendiri.Itupun ima akan sms setiap masa untuk bertanya keadaan anak ima.Tapi buat masa ni biarlah tak kerja, ima masih mampu cari rezeki melalui bisness online.Takpe income tak banyak.Yang penting ada dan anak ada depan mata. Bukan ima tak percaya pada mumy tapi anak ima ni jenis susah nak makan.So kena rajin setiap masa bagi makan dan masak mcm2 jenis masakan.so dari susah hati masa bekerja lebih baik jaga sendiri.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.