Sponser By

Followers

Iklan

17 February 2013

Ahad

Wehuuuuu...dah berapa hari ima tak update blog.takde idea nak update sebab busy jalankan bisness Sophie. hihi. Alhamdulillah semakin ramai yang berminat bersama ima dalam bisness sophie ni. Tak sangka sambutan pun ok.Sebelum ni pernah jugak ima down sebab macam takde sambutan je.Orang pun macam kedekut je nak bayar yuran rm15/rm16.50 tu.Ima faham.orang sebenarnya dah muak join bisnes macam ni.Mula-mula ima pun sama lah fikir macam tu.Tapi bisness kali ni ima rasa ok lah.Sebab sophie ni produk dia adalah produk fesyen.semua orang suka berfesyen, so bila dah kenal dengan syarikat, dah tau apa sophie jual, orang pun dengan sendiri mencari, mengkaji dan seterusnya menyertai.ahahaha.Korang nak tau lebih lanjut tentang sophie? boleh la inbox ima kat fb ni. Ahahahaha.sebenarnya ima update ni bukan nak cerita pasal sophie.tapi dah tertaip panjang ni, korang baca je lah ye.mana lah tau terbuka hati korang nak join ima sama-sama.hihi

sebenarnya tujuan asal nak update ni ima nak kongsi sesuatu.tentang zaman bercinta dan zaman remaja ima dulu-dulu.hihi.tiba-tiba je kan.Bukan apa.Tengah berkemas tadi, ima terjumpa la surat-surat lama zaman bercinta zaman sekolah dulu.tersenyum, mengalir air mata dan termenung sejenak bila ingatkan kisah cinta dulu-dulu.Bercinta memang indah.tapi saat ada masalah, pelajaran habis terabai. Tapi setiap apa yang berlaku bukan lah untuk dikesali tapi dijadikan pengalaman dan pengajaran. Ima pernah merasa  terluka dalam bercinta. mesti orang lain pun pernah terluka juga kan. Bagi adik-adik yang tengah masih muda dan bercinta bagai nak rak ima nak pesan.cinta bukanlah segalanya disaat umur kita masih muda.betul,best memang best.hati selalu berbunga.Tapi kesan buruk lebih banyak bila kita meningkat dewasa.Menangis lah korang bagai nak putus nyawa sekarang ni.Nanti bila dah fikiran matang, mesti korang menyesal giler-giler ingat semua tu.Takde makna pun sebenarnya.Hanya mainan perasaan.Cara paling baik untu korang kurangkan rasa kecewa dan terluka dalam bercinta, pertama memohon kepadaNYA agar diberi ketenangan hati dan seterusnya, cuba cari dan listkan sebanyak mungkin keburukan dan kesalahan yang dah pernah pasangan korang lakukan.Lepas tu korang baca dan fikirkan.Berbaloi ke aku menangis untuk dia dengan sebegini banyak keburukan dan kesalahan yang dilakukan dengan aku?? hewhewhew. ok. ima dah mula merepek. Takpe la.just share sesuatu yang mungkin berguna untuk sesetengah orang. ;)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.