Sponser By

Followers

Iklan

04 January 2013

Sifat Masyarakat kita salah satu penyebab terjadinya kes pembunuhan bayi

Hurmm..Rasanya semua dah maklum sejak beberapa tahun ni selalunya terjadi kes buang bayi, bunuh bayi, kelar bayi, dan macam-macam lagi perbuatan yang melibatkan kekejaman terhadap bayi yang suci ni. Sebenarnya aku tak suka la nak cakapkan benda macam ni.buat sakit hati je.orang lain yang buang dan bunuh anak, kadang kita pulak yang rasa sedih amat.Bukan apa sebenarnya.itu tandanya masih ramai lagi yang ada hati perut.betul tak? Bila terjadinya kes macam ni, ramai lah  yang sana sini bercakap.tak payah cakap yang offline lah.baca je komen2 kat harian metro tu, berlambak komen-komen dari makhluk yang tak suka akan perbuatan ibu-ibu yang bunuh anak ni. Cuma kadang-kadang aku rasa tak suka jugak bila ada yang mengaitkan kes ni dengan  pihak lain.Contohnya, ada yang menyalahkan PM kita. euwww..agak-agak lah nak libatkan PM dalam kes bunuh anak.Sebenarnya tu tentang akhlak individu la. Aku rasa lah kan, salah satu penyebab terbesar selalunya terjadi buang anak ni ialah dari sifat masyarakat kita sendiri.Tau tak apa sifat yang aku maksudkan? Haaa..Bijak...sebenarnya salah satu sebabnya ialah kerana sifat masyarakat kita yang hanya tahu menghukum.Menghukum menghukum dan menghukum. Apa salahnya kadang-kadang kita cuba untuk membantu mereka yang takde akal ni menjadi berakal.Kalau tak boleh bagi akal yang 100% sempurna pun bantulah diorang ni sampai ada akal tahap akal ayam. Ha, paling-paling pun, ayam pun masih sayangkan anak-anaknya kan. Hurrrmmmm.

2 comments:

  1. Satu je, jangan buat dah sambutan New Year, bagai bagai tu semuaaaaaa..... Takde semua tu, takde lah sumbang mahram terjadi. Itu adalah salah satu faktornyaaa.....

    ReplyDelete
  2. eida, betul tu.itu salah satu daripada faktornya.tapi xde sambautan bagai tu pun maksiat masih boleh berlaku lagi.faktor maksiat ada pelbagai contohnya, fb, blog, youtube dan laman sosial yg lain.tinggal kite dan ibu bapa je untuk memantau anak-anak muda ni.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.