Sponser By

Followers

Iklan

27 December 2013

Karyaku bakal diterbitkan dalam bentuk buku

Assalamualaikum

Ingat lagi tak ima ada join contest Fair & Lovely hari tu? Kalau lupa, jom klik sini--> [......] Alhamdulillah. Karya yang ima pertaruhkan untuk contest tu terpilih diantara 100 karya yang akan dibukukan oleh ilham.karangkraf.com
Tak sabar rasanya karya sendiri dibukukan dan akan dapat senaskah sebagai hadiah..hihi.


"Rezeki itu datang dari pelbagai bentuk"

24 December 2013

IBU PUTIH STRAWBERRY

Assalamualaikum..


1. Boleh di pakai d siang dan mlm hari sbb ibu putih Strawberry ada perlindungan UV
2. Selesa di pkai kerana meresap ke kulit dan tidak melekit.
3. Pakai sedikit sahaja sudah memadai utk dptkan muka pinkish.
4.Mengecilkan pori2.. Tiada lagi bintik2 hitam.
5.Dgn campuran extrac Strawberry membekalkan vit c pada kulit (vit c pada buah strawberry sgt byk cuma kita je yg xtau ingat oren jer yg paling byk)
6. Terdapat cmpuran Pati Gluta utk mempercepatkan pemutihan kulit anda.
7.Tidak mengandungi bahan merbahaya krn home made 100% tanpa bahan merkuri atau hydroquinone
8. Dpt melihat perbezaan kulit dlm masa 2 mggu (nmpk skit perubahan dlm kurang smggu penggunaan)
9. Boleh pkai di badan spt lotion. Bau yang wangi menyebabkan kita selesa memakainya tnpa mencampur gan lotion lain.
10. Menghilangkan jeragat n jerawat. (boleh nmpk kesan if pakai 1 set)

CARA PAKAI KRIM IBU PUTIH STRAWBERRY????

* Sama sahaj dgn Ibu putih biasa... cuma krim nie lau xcmpur dgn krim lain pun hasil ttp power... kulit glowing gitu..
*boleh d pkai ketika mlm dan siang... siang sblum pkai apa2 bedak or bb cream.
*boleh sapu d celah paha dan underarm utk dpt kulit yg whitening..

SOALAN YG LAZIM DI TANYA

1. Qtion : Ibu putih nie sama x dgn ibu putih yg kaler Putih itu??
Answ : Tidak sama syg.. sbb bahan2 tidak sama.

2. Qtion : Mana lagi bagus ibu putih biasa ke or ibu putih strwberry
Answ: Smua sama fungsinya.... cuma yg ibu putih Strawberry ada 10 kelebihan.

3. Qtion :Boleh x cmpur gan krim lain??
Answ : Mestilah boleh... kan ini sama gan ibu putih biasa.. cuma nie lagi power..

4.Qtion : Mcm mana bau Ibu putih strawberry nie???
Answ : Sgt wangi uollss.... bau strawberry.. ramai yg yg komen mcm nak mkn.. eh jgn mkn tau.

5. Qtion : Ada yg fake tak??
Answ : Hah!!! sekarang ni semua je ada yang fake. hati2 ya... skrg ada yg fake dah.....Tapi jangan pulak memandai2 mention produk org lain fake gara-gara nak lakukan produk sendiri..hehe



****************************************************************


SEKIRANYA BERMINAT NAK TRY BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT Ima Collection

UPDATE:
sekiranya sms atau whatsapp tidak berbalas sila tunggu sehingga jam9 malam. sekarang tengah busy sikit terima kasih :) 


 

Penafian Ibu putih fake

Assalamualaikum..

KECEWA... itulah yang aku boleh katakan bila dalam dunia bisness ni wujudnya manusia atau saller atau peniaga yang suka promote produk yang mereka jual dengan cara memburukkan produk orang, manusia atau saller lain. Suka menutup periuk nasi orang lain.  Kecewa dan geram.

"Fake item ibu putih saiz 10g
Original ibu putih tiada bersaiz 10g dan tiada berstiker seperti di dalam gambar..hati2.."

Ini adalah kenyataan dan status dari D'wholesale  Team. Aku tak tahu apa niat dia kelurakan kenyataan macam tu.Nak  lakukan produk dia atau dia nak jatuhkan team kami yang jual produk ni.
Take noted ye kawan2.. Ibu putih yang kami jual asalnya adalah dalam kilo seperti gambar dibawah.


Dan team kami telah repack dan relabel sendiri kepada 10g, 15g dan 20g seperti gambar dibawah.

Sila jangan mudah percaya dengan saller macam ni.Berniaga dengan memburuk-burukkan produk orang lain.suka hati copy pic produk dan cakap produk orang lain fake.. Produk dia je ori.
Bukan kami sahaja yg repack dan relabel ibu putih.ramai lg saller lain yg repack dan relabel produk ibu putih yang asli.sama seperti bedak thanaka. ada original myanmar dan rebrand nora danish. tetapi ia tetap asli.
So kepada D'Wholesale Team. Nak berniaga tak perlu nak buruk2kn produk org lain.. Sila tarik kenyataan anda atau kami boleh ambil tindakan.TQ


More about Ibu Putih Fake--> Ibu Putih fake ke ori??

23 December 2013

Sabun Double Gluta

Assalamualaikum..

FUNGSI :
~ Memutihkan kulit
~ Melembut & melicinkan kulit
~ Merawat kulit berminyak, berjerawat serta tona kulit tak sekata
~ Sesuai digunakan utk muka & badan
~ Boleh merawat masalah jerawat badan
~ Sesuai utk semua jenis kulit
~ Selain memutih, sabun ni dapat merawat kulit
~ Kesan seawal 7 hari ( sekali guna pun dah nampak kesan )
~ Tak semua kulit peeling walaupun tak peeling tetap akan dapat kulit yg putih
~ Tak merbahaya & sakit bila peeling sbb sabun ni bertindak membuang sel kulit mati &
gantikan sel kulit yg lebih cantik & sihat
~ Bau yang wangi

CARA-CARA MENGGUNAKAN SABUN DOUBLE GLUTA

~ UTK badan guna spt sabun mandi biasa ( biarkan 15-20 min & bilas)
~ Untuk muka, buihkan sabun dan biarkan 1-5 min & bilas
~ Kulit akan berasa sedikit gatal diawal penggunaan sabun ni
~ Gunakan losyen bila kulit peeling utk elakkan kulit kering
~ Gunakan sunblock di siang hari untuk memelihara kulit yang terdedah dan untuk
menjaga kulit ( selepas mengelupas)
~ Menjadikan kulit lebih putih


 *******************************************************************


SEKIRANYA BERMINAT NAK TRY BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT Ima Collection

UPDATE:
sekiranya sms atau whatsapp tidak berbalas sila tunggu sehingga jam9 malam. sekarang tengah busy sikit terima kasih :)

21 December 2013

Terima Kasih

Assalamualaikum..

Di entri yang lepas ima ada buat entri mohon kutipan derma dari rakan-rakan blogger untuk biaya nenek ima ke doktor pakar kan.Alhamdulillah.Walaupun kurang rezeki bantuan dari segi kewangan, ramai rakan-rakan blogger yang memanjangkan dan sharekan entri ima tu.Dan juga ima takkan lupa pada rakan-rakan yang mendoakan kesihatan nenek ima. Tapi mungkin belum rezeki untuk ima hantar nenek berjumpa pakar kerana wang yang terkumpul termasuk wang yang ima ada pun belum cukup untuk hantar nenek ke doktor pakar.

Dengan itu,  sekiranya dalam masa seminggu ni ima tak dapat kumpul duit secukupnya, ima mohon izin kepada rakan-rakan yang telah menyumbang derma hari tu, untuk ima serahkan bantuan kalian untuk nenek membuat rawatan di klinik swasta sebab ima dah tak sanggup tunggu lagi.. Hati ima tak keruan.Ima nak tanya kepada korang sorang-sorang tapi ima tak tahu siapa yang mendermakan. Terima Kasih sekali lagi kerana korang sudi membantu tanpa memberitahu.Allah sahaja yang dapat membalas jasa korang.Semoga Allah murahkan dan tambahkan rezeki korang semua.

Ada seorang rakan blogger (akak) sarankan ima untuk jual apa-apa aset yang berharga sementara mendapat kutipan derma. Bukan ima taknak jual kak..Masalahnya ima takde apa-apa aset yang berharga untuk dijual buat masa ni.Ima datang semenanjung ni pun cukup-cukup pakaian je.Datang sini, masuk rumah sewa yang kosong.Jangankan yang berharga, mesin basuh dan katil pun ima tak mampu beli lagi.Tapi itu bukanlah masalah.Alang-alang ima datang dari jauh, ima kena teruskan juga kehidupan. Alhamdulillah kami masing-masing dah dapat kerja sekarang.Semoga pintu rezeki makin terbuka dan jika ada rezeki lebih nanti ima akan balik jeguk nenek di sarawak.

Disamping tu ima akan terus sahut cabaran dari Bro Framestone. Yeee bro.. mungkin ima tak dapat sahut cabaran tu dengan masa sebulan yang bro bagi.banyak sebab dan terlalu panjang untuk ima terangkan. Tapi insyallah, ima akan buktikan juga dan ima akan sahut cabaran bro berhabis-habisan..Tapi dengan cara perlahan.Insyallah kalau ada rezeki nanti.hihi..

Sekali lagi ima mohon korang doakan nenek cepat sembuh. Doakan jugak agar ima sentiasa tabah dalam menjalanai kehidupan di negeri orang. Terima kasih rakan-rakan semua..
Sebelum lupa jugak, ima minta maaf sebab inbox rakan2 blogger pasal hal ni. Ada yang memberi respon.ada yang langsung takde respon.mungkin diorang rasa ia tak penting,dan dari  sini ima dapat pelbagai pengalaman.Bukan ima nak serkap jarang atau memaksa.Ima tak paksa kalau taknak derma.Itu bukan persoalannya.tapi sekurangnya bila ada org lain yang memerlukan bantuan seperti ima nanti paling kurangpun jangan tunjukkan anda seorang  yang sombong. Dan dari kejadian ni, ima dah tau.lagi ramai yang memberi respon bila kita cakap nak sponser GA berbanding kita inbox mohon sekelumit bantuan.. :'(

P/s: Thankz Bro Famestone, Feroz Othman, Zaza, Syara, Najihah , Blooggers Dot Com , dan juga rakan-rakan blogger yang lain yang tak ima sebutkan.Kalian sudi membantu walupun kita hanya sekadar rakan/kenalan alam maya.

17 December 2013

Pengawal Keselamatan Mydin Yang Kurang Ajar!!

Assalamualaikum..

Ini cerita ahad lalu.. Hujung minggu..Macam biasa.. Kelur jalan-jalan dengan mak, abah, adik2 suami dan anak.. Tak kemana pun. Jalan cari barang dapur di pekan Klang. Dan macam biasa, irfan pelbagai ragam. Semua tak kena. Jalan pun taknak. Nak juga kena dukung. Dengan kepala yang berat, sakit, cuaca panas, timbul sedikit kemarahan yang tak boleh blah. Aku sabarkan hati. Last-last takut hilang sabar kat tempat umum tu, aku ajak diorang balik dan sebelum tu mak cakap nak beli barang sikit kat Mydin. Bila je sampai kat tangga tu tak sampai 10 saat pun kami berdiri terus pengawal keselamatan wanita india tengking kami. "Hei jangan berdiri kat sana!!Turun2!!" Weh ini bukan tegur yang biasa-biasa tau. Ini luar biasa. Luar biasa yang boleh buat darah menyirap. Ko bayangkan. Ko baru sampai dan berdiri tak sampai berapa saat sambil  berfikir2 nak ikut jalan mana tiba-tiba ko kena tengking dengan wanita yang kurang adab. Haihh..angin 1 badan aku dibuatnya.

Serius. Makcik tu salah timing kot jerit kat aku di khalayak ramai tu. Sebenarnya bukan aku sorang yang dia tengking Tapi semua orang yang ada kat situ dia tengking. Betul-betul takde adab!
Dengan hati membara aku keluarkan Handphone cikai aku tu dan snap pic makcik tu. (eh2..macam janggal pulak nak panggil perempuan tua macam tu makcik)

"Kat tangga tu la kami berenti sekejap datang dari belakang terus kena jerit"

Pastu dia pun marah. Apasal u ambik gambar saya?
Aku: Suka hati i la. u punya mulut banyak kurang ajar.Tak boleh ke cakap bagus-bagus??
Dia: U buat i marah ye.
Aku: U tau marah u je. marah i u tak tau lagi. U jerit-jerit apa pasal?? U tak boleh cakap bagus-bagus  meh? U kalau takmua keja jangan keja.sana duduk rumah jaga anak. Mana u punya majikan i nak jumpa!

Pastu ntah apa dia cakap lagi. Aku dah takde rasa malu dah walaupun masa tu ramai orang tengok aku marah-marah makcik tu. Serius aku tak boleh kawal. Pastu ramai la yang suruh aku sabar. ada satu makcik tu cakap sabar dik. dia memang macam tu.mulut kurang ajar.

Haiyooo.. mana boleh itu macam lo. Tak semua orang boleh terima cara dia tegur. Itu bukan tegur tapi banyak kurang ajar lo.. Nasib la aku yang menyirap hari tu. Kalau lelaki2 yang dia jerit tu hilang sabar macam mana? Haih.. Menggigil tangan aku tau masa tu.Rasa aku nak tuang je air cola anak aku yang aku pegang tu .Tuang atas kepala dia. Nasib mak aku tarik aku pergi dari situ.

Tu pun aku masih tak puas hati sebab aku tak sempat pun jumpa majikan dia. Hurm, tak boleh la macam itu makcik.. Kita nak tegur orang boleh.mungkin itu arahan dari atasan.Tapi bukan itu macam lo.Cakap je bagus-bagus.Insyallah aku blah dr tempat tu dengan senyuman. Harap-harap aku tak jumpa la pengawal yang macam ni.Kalau hari-hari jumpa yang macam ni, boleh tinggi darah aku jadinya.



14 December 2013

Saya rakyat malaysia dan ada ic

Assalamualaikum.


"Jata Negeri Sarawak"
"Burung Kenyalang"

Haha..Poyo tak tajuk? Yeah.. Dengan bangganya aku mengaku aku adalah rakyat malaysia yang sah disisi undang-undang dan halal.Tulen lagi asli. hahaha.. Aku tak tahu dan apa maknanya.. Entri kali ni bukan bertujuan untuk menimbulkan perbalahan.Cuma ingin mengubah pemikiran beberapa gelintir masyarakat semenanjung.  Maaf lagi sekali ye. Ini bukan pertama kali terjadi tau sebenarnya. sebelum ni dengar dari orang lain. Tapi bila aku sendiri berada di bumi semenanjung ni, aku sering ditanya dengan dua soalan ni bila aku cakap aku orang sarawak. Soalan tu bukan sekali atau dua kali ditanya tau. Tapi hampir setiap kali aku menyatakan aku orang sarawak..

  • Awak ada ic ke?
  • Kenapa jauh-jauh datang dari Sarawak datang Malaysia??
 "Bendera Negeri Sarawak"
Hah?? Sentap aku bila orang tanya macam tu. Ke diorang tengok muka aku macam orang korea? ke macam bangla?? huh.. Kalau masih ada yang tak tahu, Sarawak adalah sebuah negeri.Negeri yang berada di MALAYSIA. Dan kami warga sarawak adalah Original masih bernegarakan MALAYSIA. Kenapa anggapan sesetengah orang semenanjung kata sarawak bukan Malaysia?? arghhh.. Tak suka sangat-sangat.. Aku sarankan agar pihak-pihak tertentu lebih mengenalkan lagi sarawak kepada umum. Kesian diorang yang masih tak tahu apa itu sarawak dan apa yang ada di Sarawak. Jangan hanya tahu ambil hasil bumi Sarawak je tapi tak kenalkan Sarawak pada umum..

Mode: Sentap bila orang seolah-olah kata akau bukan rakyat Malaysia.. hurmm


12 December 2013

Rindu Sahabat

Assalamualaikum..

Hari ni masuk hari ke tiga menempuh kembali ke alam pekerjaan setelah hampir beberapa tahun aku bercuti.. Yep..ditempat baru, suasana baru, perasaan baru.. Perasaan? Bosan, Tensyen,Takde kawan, takde teman takde yang dikenali. Hari pertama ok. hari kedua ok. hari ketiga hari ni, bergenangan airmata teringat 2 orang sahabat yang jauh nun disana. Kalau lah diorang ada kan best.Tak la aku sunyi.Tak la aku membisu sambil tekun membuat kerja tanpa memperduli alam sekeliling.Padahal hati bergelora.Kalau mereka ada, boleh  la aku buat kerja sambil nyanyi lagu tegar..Huhu.. Tiba-tiba terasa rindu menyapa pada diorang. Last-last aku masuk toilet, ambik tisyu, buka air paip then nangis teresak2 sambil sms  2 orang sahabat yang ku rindui..

Bila berjauhan terasa bermakna saat2 bersama.Wehhhhh..aku rindu korang!! Lantak la orang lain  nak kata aku budak kecik.kecik tak kecik, aku betul-betul takleh tahan.. Susahnya nak dapat kawan.Sebab aku ni tak mesra alam. hurmmm... :'(

Harap-harap esok akan lebih baik.

Hampir 10 tahun persahabatan.

Perla Coffee

Assalamualaikum..

 Perla Coffee adalah salah satu kopi untuk mencerahkan kulit dan seluruh tubuh badan dengan cepat dan efektif. Proses pemutihan berlangsung di kepala hingga ke kaki yang bermakna anda akan mendapat warna kulit yang putih/cerah yang sekata di seluruh tubuh anda.

Perla coffee juga membantu merawat kulit bermasalah seperti kulit berjerawat, jeragat, parut -parut lama dan juga masalh kulit yang menghantui anda. Hasil dapat dilihat selepas seminggu mengamalkan Perla Coffee.

Antara kebaikan Perla Coffee

Melembut dan menghaluskan tekstur kulit.
Kulit kelihatan lebih gebu, bersinar dan sempurna tanpa cela (flawless)
Meningkatkan kecerahan warna kulit dengan ketara dalam masa 1- 2 minggu.
Memulihkan kulit berparut dan bermasalah
Menjadikan kulit lebih anjal serta lembap.
mengurangkan kedutan dan garis halus.
mengecilkan liang pori
meningkatkan sistem imunisasi badan.
mengatasi masalh jerawat dan jeragat.

Bahan- bahan utama dalam Perla Coffee.

Serbuk Mutiara, Glutathione , Asid Hyaluronik

Serbuk Mutiara

MUTIARA dipercayai berkhasiat untuk kecantikan sejak ribuan tahun lalu. Para Maharani China menggunakan dan meminum serbuk mutiara sementara Ratu Cleopatra memanjakan diri dengan mandi susu yang dicampur serbuk mutiara. Kelebihan serbuk mutiara ialah melembap, mencerah serta menghaluskan kulit.

Glutathione

GLUTATHIONE sudah terbukti secara saintifik oleh ahli perubatan dapat mencerahkan kulit sekiranya diambil secara berterusan. Pengambilan glutathione secara berterusan akan membuatkan kulit semakin cerah dan putih. Ianya juga dapat membuatkan anda kelihatan 5 hingga 10 tahun lebih muda dari usia sebenar. Glutathione juga merupakan agen pembuang toksin yang paling berkesan.

Asid Hyaluronik

ASID HYALURONIK adalah salah satu rahsia penjagaan muka selebriti di dunia hiburan, ianya diperlukan untuk menentang kedutan atas kulit muka. Asid Hyaluronik memainkan peranan penting ke atas kulit kerana ianya akan mula hilang bermula umur 25 tahun yang menyebabkan kelembapan kulit juga berkurangan. Asid Hyaluronik membantu menganjalkan kulit serta menghalang penuaan. Kandungan Asid Hyaluronik dalam badan harus dikekalkan dengan mengamalkan Perla Coffee.



************************************************************************** 

SEKIRANYA BERMINAT NAK TRY BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT Ima Collection

11 December 2013

Realisasikan Impian bersama Dumex

Assalamualaikum..

Pamerkan gambar Anak 5 Power Anda di Facebook Dumex Dugro dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik! Reka gambar muka depan dengan gambar si manja anda. Sertai sekarang di page fb Dumex. Klik sini



08 December 2013

Outing dan karok

Assalamualaikum..

Selamat pagi. Selamat berhujung minggu..Yeah..ini cerita semalam..malam minggu yang dinanti.enjoy rehatkan minda bersama suami dan  rakan-rakan... cewah.. 

 Yeaay..ini adalah outing ibu-ibu, isteri-isteri dan suami-suami.. Irfan dhani pun tak ketinggalan. Siap ajak pegi karaoke lagi tengah-tengah malam dia nak nyanyi lagu tegar.haha.




Burger Bakar Abang Burn. Sedap memang sedap. Sedap lagi harganya..haha.. Tapi tak mengapa. sekali sekala.



07 December 2013

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

Assalamualaikum..


Top Referal
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan Comel , Marqis Careno dan Iluvtour

Mat Salleh nyanyi lagu melayu

Assalamualaikum.

Siapa kata mat salleh tak suka dan tak pandai nyanyi lagu melayu. Diorang nyanyi sedap tau.. Jom Enjoy.. Bangga weh bila orang luar nyanyi lagu orang kita..hihi.Mereka memang terbaekk..




06 December 2013

Sekadar Luahan Manusia Biasa

Assalamualaikum..

Tak tau la apa yg d busykan sangat pos laju kita call tak pandai dapat bercakap dengan perunding perkhidmatannya. habis topup rm10 tunggu diorg layan!!pun xda jua kena layan.. sana lah juga costumer x pandai sabar.. sabar boleh ka?? barang dah pos.tunggu la. kalau brg dh d tangan pos laju, tu smua d luar bidang kuasaku utk membantu melainkan tlg call.tu pun dah habis untung call pos laju.tunggu perunding perkhidmatannya jawab. Tolonglah ‪#‎Poslaju‬!!!!

sistem kami: payment hari ni pos keesokan hari. so tunggu 2-3 hari bagi semenanjung dan 3-4 hari bagi sabah sarawak..tolong lah..tolongg sangat2..mohonn pengertian anda semua untuk kali ini.

adeh..tolongla jangan suruh aku bersabar..memang pun aku cuba bersabar dan dah cukup sabar. Tapi terhad sudah.banyak lagi benda lain kan difikirkan..bukan aku menipu pun..
MODE: TENSYEN!!

bukan aku xmau sabar. sabar tu boleh..dh faham dh mcm mn pos laju.tp bila cust seakan2 ckp kita ni menipu, kita call berhabis kredit x jua d layan jadi hilang sabar.hurm, tolonglah pada cust yg ku sayang..kita sama2 manusia.saller pun ada perasaan.. :'(

50 UV dalam 1 kongsian

Assalamualaikum..

Wow wow wow.. terkejut sekali lihat akaun 8share. Baru sekali share je dah dapat 50 UV.. Baru je share semalam.Hari ni tengok dah dapat 50 UV. dapatlah rm10..hihi

psssttt.. Jom tambah duit poket dengan 8share-->  8Share





04 December 2013

PERCUMA CALENDAR 2014 BERGAMBAR SENDIRI

Assalamualaikum..

http://syazwani30.blogspot.com/2013/11/percuma-calendar-2014-bergambar-sendiri.html


Tertarik dengan contest ni. Sebab hadiahnya adalah kalender 2014 boleh letak gambar sendiri dan tulis mesej..hihi.. Tahun 2014 pun tinggal beberapa hari je lagi.Dapat kalender percuma ok juga.
Syaratnya pun sangat mudah.Tak perlu nak like sana like sini sampai tangan kebas. Kejap je dah boleh join dan tak buang masa kena buat entri sampai berjam-jam sambil tunggu loading untuk like dan follow sponser yang ramai. Jom kita ramai-ramai join. Klik banner kat atas untuk join dan baca terma dan syarat. Contest dianjurkan oleh blog Syazwani Mazlan. Gud luck for me dan gud luck for u all. :P

Tips kekel segar ketika haid

Assalamualaikum..
Sumber dari majalah wanita

Perubahan hormon yang terjadi sewaktu kedatangan haid acap kali dijadikan alasan bagi wanita untuk bersikap sensetif dan selalu bad mood. Ini adalah kerana ketidakselesaan, penat dan kesakitan.

Antara tips yang boleh dicuba ilah:

  • Gunakan Pakaian Longgar
Bagi kebanyakkan wanita,  ramai yang suka memakai pakaian ketat untuk kelihatan bergaya. Menggayakan pakaian yang ketat sewaktu haid hanya akan menyebabkan tubuh tidak selesa kerana  tubuh memerlukan ruang yang cukup untuk bernafas dengan selesa setelah kehilangan banyak darah dalam proses haid. Anda perlu belajar untuk memakai pakaian yang longgar sedikit.

  • Tidur waktu siang
Cubalah tidur pada siang hari sewaktu haid. Pada waktu berkenaan, tubuh berada dalam keadaan yang penat dan lemas kerana kehilangan banyak zat besi dalam darah sewaktu proses haid. Oleh itu, tubuh memerlukan rehat yang selesa dan cukup bagi mengembalikan tenaga.

  • Mandi air panas
Segarkan tubuh yang keletihan dengan mandi menggunakan air panas. Selain memberikan rasa selesa, tubuh juga menjadi segar dan  bersih.

  • Kurangkan garam dalam makanan
Kebanyakan orang ,gemar menikamati makanan yang mempunyai garam yang berlebihan. Walaupun menyedari akan bahaya dalam kesihatan. Oleh sebab itu, pengambilan garam yang berlebihan harus dikurangkan terutama sewaktu kitaran haid kerana dikatakan garam juga bole menyebabkan kembung perut pada waktu itu..

  • Jauhi daging merah.
Daging mereh juga salah satu makanan yang boleh menambahkan rasa sakit ketika proses haid. Malah pasa masa yang sama boleh mengakibatkan pengeluaran darah yang banyak. Oleh itu ia perlu dielakkan ketika haid.Ambillah makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran bagi mennyegarkan dan memberi tubuh tenaga.

  • Lakukan senaman
Seringlah melakukan senaman dengan konsisten bagi menyihatkan tubuh yang sakit ketika haid.

03 December 2013

Demi pengalaman pertama

Assalamualaikum..


Demi pengalaman pertama aku menghadiri event sebagai blogger hari ni. Di event ambi pur @ LG berjaya time square. Alhamdulillah. Seawal jam 9pagi aku dah tunggu bas dari taman pendamar untuk ke klang. Sebenarnya tak awal sebab aku ketinggalan bas.Berpeluh kejar bas tapi tak sempat.ok itu pertama kali dan agak lucu bagiku. Nak tak nak terpaksa tunggu next bas.Tunggu punya tunggu sampai jam 10.30 baru ada bas ke klang. Jangan tanya kenapa aku tak naik teksi je. Saje nak jimat sebab naik teksi nak telan rm20 hingga rm25 jugak almaklumlah, pemandu teksi kat malaysia ni sungguh bijak.Bila tengok je dan dengar cakap kami bukan macam orang sini, pepandai je bintih nak minta berapa dan meter serta merta ditutup.Bila cakap mahal, diorang suruh naik bas. huhu

Sampai klang, tukar bas ke KL sentral pulak.  tunggu punya tunggu, lambat jugak nak gerak.ditambah dengan jem.lihat jam kat tangan dah pukul 12.30. Punya lama rasa nak sampai KL sentral.Bila sampai je terus luaskan langkah yang tak seberapa nak luas ni untuk menuju ke LRT. Sejujurnya tak tau pun jalan ke berjaya time square tu.tak tau macam mana nak pegi.nasib ingat semalam tengok alamat ada kat jalan imbi. Pegi beli token terus beli untuk ke imbi. Rupa-rupanya salah turun.huh malas nak cerita.turun naik turun naik.last jumpa jugak LRT pegi Imbi tapi jam dah menunjukkan jam 1lebih.event pulak mula jam 1.Nak taknak, terpaksa juga call blogger Farid Laham  tanya kalau-kalau masih boleh join .Nasib boleh.

Sampai sana, daftar nama dan....aku agak kaku. Pertama kali join event dan pertama kali datang sana. Ya Allah, perasaan masa tu Tuhan je tau.Aku tak tahu nak tegur siapa.Aju try2 tanyaorang kat sebelah, samaada dia blogger ke tak.dia cakap dia dari metro. huh segannya.. Kat event tu ada Dj Haniff, Hani, Ray and Hafiz sebagai pemeriah majlis. Nak ambik gambar dengan diorang segan pulak. Alahai.spoil betul rasanya..Ishh malas la aku nak cerita panjang.segan masih terasa.Asing bagi diriku.Tapi sedapkan hati.Takpe.untuk kali pertama.. huhu..










30 November 2013

Car Sticker Malaysia

Assalamualaikum..

Adakah anda sedang mencari syarikat atau kedai online yang memberikan perkhidmatan mencetak alat-alat pemasaran seperti car sticker, label,bisnes kad, road tax sticker, icon sticker, bunting dan alat-alat pemasaran lain? Disini saya ingin perkenalkan sebuah syarikat dan memperkenalkan serba sedikit tentang syarikat ini.


Car Sticker Malaysia merupakan salah satu cabang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Betta Creative Solution.

Betta Creative Solution adalah merupakan sebuah syarikat pengiklanan yang menawarkan servis kreatif seperti merekabentuk, mencetak, membangun, memberi konsultasi dan menyediakan alat - alat pemasaran yang biasanya hanya dibuka kepada pemilik - pemilik perniagaan bagi tujuan promosi syarikat mereka.

Namun dengan wujudnya laman Web Car Sticker Malaysia ini, Betta Creative Solution ingin membuka peluang kepada orang awam untuk menempah atau membeli alat - alat pemasaran dari kami dengan tempahan minima dan tempahan khas ( custom made ). 

Antara contoh sticker dan alatan yang mereka sediakan adalah seperti di bawah.





























Selain sticker yang sedia ada, anda juga boleh request design (custom made)



Harga item juga amat berpatutan dan anda boleh pilih postal method samaada mahu diposkan melalui ,atau



Betta Creative Solution
8-1B Jalan Suria Setapak
Taman Suria Setapak
53000 Kuala Lumpur

Phone    : 03 4023 2767
Hphone  : 010 22 55 485 / 012 69 53 385

emel :carstickersmalaysia@yahoo.com
page fb: https://www.facebook.com/CarStickersMalaysia
website :www.carstickersmalaysia.com

Crayon Burger

Assalamualaikum!!



Unik!! itu perkataan yang aku ungkapkan bila ternampak iklan restoran Crayon Burger ni. Kenapa aku cakap unik? Sebab burger yang ada di restoran ni berwarna warni. Tidak seperti kebiasaan burger yang kita lihat dan makan. Burger mereka berwarna hitam, pink, hijaut, merah, kuning dan oren kalau tak salah.

Walaupun aku sendiri tak pernah pergi restoran tu aku dapat rasakan burger tu mesti sedap dan berbaloi. Takkan cakap je kan.Jom kita ramai-ramai buat event makan burger tu nak tak dan kita buat review ramai-ramai..Insyallah nanti kita buat kalau ada sesiapa nak join bagitau la.


Pelbagai nama unik yang diberikan untuk burger di crayon burger ni. Antaranya pink mild res yis, yellow bun with mustard, red bun red yis dan yang paling buat aku tertarik adalah burger zombi yang warna hitam tu.

Harga DItawarkan: Rm12- Rm18
Waktu operasi: 11.00 a.m-10.00p.m
Lokasi: 38, Jalan SS15/4, Subang Jaya 45200 Petaling Jaya, Malaysia










Macam mana?  teringin nak cuba tak? Jom cuba sama-sama.






29 November 2013

Nuffnang CPUV on going

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Ada 5 kempen sedang on going kat blog aku. 
Antaranya DIGI EASY PREPAID, GUESS JEANS X ANTM, MAH SING SOUTHVILLE DISCOVERY, TAYLOR COLLEGE dan LIBRESSE.
So kalau nampak iklan tu klik-klik la sebarang 2 klik..