Sponser By

Followers

Iklan

30 December 2012

Resepi Crepe Coklat

Bahan-bahan:
250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan/ susu segar dutchlady
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna coklat  

Untuk filling:
Butter secukupnya
Serbuk Milo
[adun kedua-dua bahan]

Cara-caranya :
-Blenderkan atau mixerkan bahan-bahan tadi. Masuk tepung, tuang santan dan air. 
-Pastu masuk telur, garam, dan pewarna. Pastu kacau je bagi sebati.[tapiskan supaya adunan tak menggerutu]
-Panaskan non-stick pan dengan api yangperlahan/kecil. 
-Oleskan sedikit butter pada pan,pastu boleh letak adunan tadi. macam buat lempeng.Kalau bleh buat la nipis-nipis.
-Selepas crepe tadi  siap, letakkan atas plastik burger atau pinggan.
-Letakkan butter dan serbuk milo yang telah dicampurkan di atas crepe
-Lipat crepe tadi menjadi 4 segi.
Siap dimakan... :)


IKLAN TEKS:

29 December 2012

15 benda yang aku benci & tak suka

1.Benci bila orang menipu ima
2.Benci bila orang tak setia kat pasangan
3.Benci bila orang rampas hak ima.tak kira la apa bendanya.
4.Tak suka orang masuk campur hal ima
5.Tak suka bila orang tu dah tau ima tak suka tapi tetap juga buat kat ima
5. Benci bila orang tak cuba memahami ima
6.Benci bila orang hina keluarga ima
7.Tak suka bila orang cuba memandai-mandai nak atur ima
8.Benci bila bercakap dengan orang yang serius sangat.
9.Benci bila orang minta tolong dengan ima lepas tu marah-marah.
10.Benci bila orang tu hipokrit sangat.
11.Benci bila tengok orang yang mengada-ngada
12.Tak suka bila orang tak menepati masa.
13.Tak suka bila orang masuk bilik ima.
14.Tak suka bila disindir
15.Tak suka bila  orang ganggu masa ima bersama suami dan anak.please la..

28 December 2012

Marah Yang Amat

Pernah tak korang rasa kecewa, sedih dan marah yang amat, sangat dan terlalu?? itulah yang ima rasa sekarang ni. Rasa kecewa yang teramat sangat.sakit hati, sedih dan marah bila bersatu, merana badan. Tak tau la nak cakap macam mana.Ima rasa marah sangat dengan seseorang tu sampai airmata ni mengalir. Tapi ima berniat dan dah ucapkan pun kata maaf. entah la.mungkin ima tak ikhlas kot. Rasa taknak marah dia.taknak la rasa dendam atau kecewa.Tapi perasaan tu semakin menebal. Sudahnya sakit sendiri. Sejak kebelakangan ni ima suka sangat marah. Kadang marah dengan diri sendiri.kadang ima menangis sendiri.Ima tak tau apa sebenarnya yang ima nak. arghhhhhhhhhh.

25 December 2012

chocolate homemade untuk majlis bertunang

Wah wah wah..bukan main lama ima rest buat coklat homemade.semalam kembali pada hobi lama memandangkan irfan dhani dah besar.Itupun sebab dah takde idea nak bagi gift apa kat kawan bertunang, tu yang keluar idea nak buat coklat homemade ni.



15 December 2012

Christmas Giveaway




#SHARE
#MENANG

13 December 2012

Lebih 4 juta ekor nyamuk ditangkap





wah wah...banyak banget nyamuknya.haha.dulu kecik-kecik suka tangkap nyamuk guna botol asam tapi tak la sebanyak ni.Baca selanjutnya kat SINI.

11 December 2012

cucur durian

Resepi cucur durian

Bahan:
Durian putih atau kuning/oren dengan biji sekali [jangan pulak sertakan kulit.hihi]
Tepung gandum
Sedikit gula
Air secukupnya
Minyak masak

Cara-cara:

Panaskan kuali dan minyak.
Gaulkan tepung, gula, air dan sedikit minyak.Adunan jangan samapi keras dan jangan terlampau cair.
Setelah sebati, masukkan durian.
Goreng sehingga garing dengan api yang perlahan.

Siappppppp..hihihi..Ima tau semua orang reti buat ni.Tapi kot-kot ada yang tak pernah buat atau makan cucur durian ni boleh la try untuk sarapan pagi dan minum petang bersama segelas teh, milo atau nescafe.hihi..

Jemput Makan.

06 December 2012

Fakta tentang soya

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita telah dipali
ngkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Antara keburukan kacang soya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Artikel ini sedikit sebanyak telah membuka mata kita tentang kacang soya yang sering digembar-gemburkan sebagai bahan kekacang yang berkhasiat. Fikirkan :)

05 December 2012

Harga durian serendah 50sen


Haaa..Ni betul-betul punya harga tau.kat tempat ima iaitu di LAWAS, SARAWAK. Jangan terkejut.Tahun ni durian betul-betul takde harga kat tempat ima.harga serendah 50sen bagi durian putih.Durian kuning pula serendah rm5 seikat.Satu lagi, ni durian jatuh tau.bukan durian peram.Serius, tahun ni sangat banyak buah durian sampai keluarga ima sendiri nak jual pun malas sebab harga rendah.Nak makan tak mampu pulak nak habiskan.So, sesiapa  nak pajak durian, jom la datang Lawas.Boleh la buat durian creepe..kehkehkeh..