Sponser By

Followers

Iklan

30 November 2012

Jiwang Mode:: Diari seorang kekasih

awak ingat tak apa ayat pertama yang awak cakap kat saya mula-mula kite rapat dulu?Saya masih ingat dan akan sentiasa ingat walau kini dah 10 tahun berlalu. Saye rindu saat-saat itu..Awak tahu tak, sebelum awak suke kat saye, saye terlebih dahulu suke kat awak.Dulu, saye selalu tengok awak balik sekolah dengan makwe awak.[sekarang dah bekas.hihi] Tak tau lah kenapa saye cemburu melihat awak dan dia padahal kite belum saling mengenali apatahlagi bertegur walaupun kita bersekolah disekolah yang sama sejak sekolah rendah lagi.Pelik kan.Saat tu, awak terlalu istimewa buat saye.Tapi sebenarnya saye yang syok sendiri.hehe..
Jujur saye tak sangka akhir tahun tu kite boleh berkumpul dan awak tegur saye.Masa tu bulan puasa dan akhir tahun dah dekat nak cuti sekolah pun.Tak sangka juga kite jadi rapat.Saye tau, awak ada hati kat saye.Sebab awak selalu ambil hati dengan gurauan saye, awak suke kacau saye dan awak selalu dekat dengan saye..Tapi kenape awak tak terus terang dengan saye? Lama saye tunggu awak luahkan perasaan tau.Dekat 3 bulan kite rapat baru awak ajak saye berkawan.Berbunganye hati.hihi..wak tau tak, awak lelaki pertama yang buat saye jatuh hati dan buat saye tak keruan.Dalam bercinta, tak selalunya indah je.Selalu je kite gaduh dan saye selalu cemburu kat awak sebab awak ramai kawan perempuan.hurm..Saye dah tak boleh patah balik dah sebab dari awal saye memang tau awak ramai kawan perempuan yang sayang kat awak sampaikan diorang warning supaya bila kawan ngan awak mesti jaga awak baik2.Kalau diorang tak warning pun saye tau la.Sebab saye sayangkan awak.Mesti orang ingat cinta kite cinta monyet kan sebab kite budak sekolah lagi.Tapi tak bagi saye.bila saye dah sayangkan seseorang, insyallah saye akan sayang sampai bila-bila.Saye bahagia sangat saat tu.Awak kate, awak sayang saye lebih dari segalanya.

Tapi sayang, baru je 9 bulan berkawan, awak berubah 100%. Saye tak tau kenapa.Awak menjauh, saya cuba dekati.Tapi makin saye dekati, awak makin menjauh.Awak seolah-olah membenci saye.Saye tak tau apa salah saye.Dekat seminggu saye cuba ajak awak jumpa nak tanya apa salah saye.Akhirnya awak kata awak nak putus sebab nak tumpukan pada pelajaran.Saye terima dengan berat hati sebab saye tau awak dah dekat nak ambik SPM.Tak sampai seminggu awak putuskan saye, saye tengok awak dah jalan dengan perempuan lain.Lebih menyakitkan ialah, perempuan tu bekas awek awak dulu.wak tau tak, saye rasa tertipu sangat dan rasa sedih sangat.Sakit hati apatahlagi.

3bulan awak tinggalkan saye kerana dia...Lepastu awak datang pada saye dan minta maaf.Dengan mudah awak dapat masuk ke dalam hati saye lagi.Sebab ape? Sebab saye bodoh dan kalah pada pujuk rayu awak.Lepas tu, hubungan kite dah tak seindah dulu.Bayangkan bercinta dalam keadaan tiada kepercayaan dalam hati saye.Saye lah yang selalu memulakan masalah.Sebab apa? Sebab awak la.Fikir lah sendiri bak kata nabil.Tapi awak tabah dengan karenah saye dan buktikan awak betul-betul dah berubah.ok fine.

Habis awak SPM, saye juga yang masih berjuang untuk SPM saye pulak. Belum sempat pun luka hati saye ni sembuh, awak dipilih untuk  PLKN. 3 bulan tanpa berhubung, siksanya jiwa saye.Tapi saye tetap tunggu awak.Habis latihan PLKN, saye gembira dapat jumpa awak.Tak sampai sminggu pun, rupanye family awak dah isi borang sambung belajar untuk awak.Tinggallah saye lagi sendirian kat sini.

Apalah nasib saye ni.Asyik kena tinggal je.Saye dah jangka dah.Hubungan jarak jauh, boleh percaye ke?? Tapi awak yakinkan saye.Tapi saye tak yakin pun sebab saye ni manusia yang tak berape nak percaye kat orang lain.Akhirnya, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh jua ke tanah. Tuhan tu nak tunjuk juga kalau awak tu memag tak setia.Malas lah nak cerita panjang.awak sendiri tau kisahnye.Sekarang dah 10 tahun berlalu.



ada sesiapa tak nak tau kisah selanjutnya?? hehe..Kalau nak, sila lah klik sini.

p/s:diari budak-budak ni.sekadar rekaan.ye ke??hihi

27 November 2012

Nikah di usia kanak-kanak


“Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.
Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.

Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.
“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.

“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.

“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.
“Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.

Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.
Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.

Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.

“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.

“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.

Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.

Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.

“Hanya Allah tahu perasaan saya... walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.

“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.

Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.

“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya.

-sumber mymetro-

p/s:: bagi pendapat saya, 12tahun belum layak dikatakan muda tapi kanak-kanak.Namun begitu, saya tak la bermaksud  berkahwin diusia ini adalah salah.Saya sendiri pun berkahwin diusia 20.banyak benda yang harus saya sendiri belajar.Ini sekadar pesanan buat adik-adik ku..Walau berkahwin itu adalah perkara yang baik,menjadi seorang isteri bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin sebaiknya adik-adik berfikir sedalamnya..Enjoy ur self..Menyesal kemudian hari dah tak guna lgi dah.Diawal perkahwinan slalunya memang lah indah.Saya sendiri tak berani nak nafikan. namun selepas tu, ada banyak komitmen yang harus difikirkan.salah satunya ialah suami, anak dan juga keluarga. 3 benda ni sudah cukup membebankan bila kita sendiri belum bersedia dalam apa jua kemungkinan yang akan berlaku.Bukankah sayang diusia terlalu muda kita dibebankan dengan komitmen2 tersebut?itu belum lagi rangkain dibawah 3 komitmen tersebut.Serius saya kata.Menjadi seorang isteri bukan perkara yang mudah  dan tidak boleh dipandang ringan.Tapi andai adik-adaik dah bersedia, dan itu adalah takdir, sy tak berani nak kata apa la kan.Tak berani nak cakap panjang.nanti cik anon kata saya memandai pulak.hehe.apa pun,semoga Allah memberkati masjid yang kita semua bina walau diusia apa kita mendirikannya.Yang penting sebenarnya ialah niat dan kesediaan kita.:)

21 November 2012

Beza Wang Palsu dan Wang Betul

MELAKA: Polis Melaka menahan lapan individu termasuk empat warga asing yang dipercayai terlibat dalam penipuan wang palsu bernilai hampir RM10,000 di sekitar negeri itu antara Jan hingga awal Nov ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka Supt Soh Hock Sing berkata kesemua mereka yang berusia antara 22 hingga 26 tahun itu ditahan selepas dikesan pihak bank dan pasar raya.

"Kita berjaya merampas wang palsu bernilai RM9,970 dengan RM4,960 berjaya di kesan melalui bank sementara RM4,810 dikesan pihak pasar raya," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua wang palsu yang dirampas itu melibatkan 91 keping RM100, 17 keping RM50 dan dua keping RM10.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab dalam mengedarkan wang palsu tersebut terutama melibatkan wang kertas bernilai RM100 dan RM50, katanya.

Soh berkata mereka diminta segera membuat laporan polis sekiranya menyedari menerima wang palsu dalam usaha membantu polis membasmi jenayah tersebut yang bukan hanya merugikan malah menjejaskan ekonomi negara.


 - Bernama-

p/s: Waaaa..Kena berhati-hati la ni .Kalau kena, sah-sah dah rugi.hehe..Cuba lihat beza wang betul dengan wang palsu.



20 November 2012

Alahai Anonymous

Alahai Anonymous..hehehe..maaf la ye.tak tau nama dia siapa.dia tegur saya dalam entri ni. Tunjuk diri je.saya adalah seorang menerima teguran tanpa memakan sipenegur.hehe..Tak muat mulut saya ni nak makan orang.Kalau nak tegur pun , jagan la guna nama cik anon dan memanas kat blog saya ni. Apa yang saya tulis kat blog ni hanyalah pendapat peribadi saya sendiri.Seperti orang lain, saya juga ada hak nak nyatakan pendapat saya.Sila jagan salah faham.Saya bukan lah seorang yang anti boikot MCD. Saya ni orang kampung.Kat tempat sy takde MCD dan saya tak dapat pun burger free tu.Kalau nak pergi MCD pun paling dekat 4 jam perjalanan ke MCD  kota kinabalu dan 6 jam nak pergi MCD Miri sarawak.Jangan risau ye cik anon. Cumanya, saya sekadar menyatakan pendapat yang tak seberapa tu sebagai manusia yang tak seberapa.Namun cik anon takde hak nak kata saya "tega makan burger dan dah membunuh bayi kecil yang x berdosa." Alahai cik anon.ada ke cakap saya macam tu.takkan lah sehina dan sekejamnya saya sampai berfikir nak bunuh bayi tak berdosa.Saya pun ada perasaan kasihan pada mereka.Dan setulusnya setiap kali sebelum tidur saya juga tak lupa berdoa agar ALLAH sentiasa melindungi mereka yang tertindas dan mengekalkan keamanan yang ada di Malaysia.

Orang Malaysia adalah orang yang banyak pendapat dan bijak berkata-kata.Apatahlagi berdebat.Kalau semua menyatakan pendapat memang takkan habis.Setiap pendapat ada betul dan jahilnya.Cumanya itu lah.seperti yang saya katakan diatas.saya mengutarakan pendapat saya.Apa yang dalam fikiran saya.Saya ni taklah hebat dalam berkata2.mcm saya kata.saya orang kampung je.Tak hebat macam kamoo..huhu Maaflah andai entri itu menyinggung perasaan cik anon dan yang lain2nya.Maaf ye.Tajuk entri saya kot yang keterlaluan dan menimbulkan kemarahan.

p/s: apa pun, terima kasih sebab tegur saya..Kalau pendapat saya betul2 salah, maafkan saya.tapi secara jujur, saya tak pernah terniat atau terfikir pun nak bunuh bayi ke.apa ke macam tuduhan cik anon..saya pun macam orang lain juga.ada perasaan marah kpd yahudi.ada perasaan kasihan kepada saudara kita disana.cuma mungkin pendapat kita berbeza.namun kita tetap berdoa untuk mereka kepada TUHAN yang sama.

19 November 2012

Orang lain nak boikot, ko pun nak boikot.Tak fikir panjang

Alahaiii orang Malaysia.Sejak beberapa hari ni banyak sangat tengok orang update status kat fb nak boikot MCD. Tapi fb xde pulak yang nak boikot.Bukannye apa.Ima faham perasaan korang.Korang sedih, kesian dan pelbagai lagi perasaan bila tahu saudara islam kita disana tengah diserang.Ima pun macam tu juga.Tapi bagi pendapat peribadi ima pula, takde gunanya kita nak boikot MCD kat malaysia.Cuba fikir balik.Orang yang buka MCD kat malaysia ni ialah orang malaysia.staff pun ramai orang malaysia.Kalau kita boikot, macam mana dengan mereka yang mencari rezeki yang halal dalam MCD tu? Kesian la juga orang kita kan.Saudara ima pun ada juga bekerja mencari rezeki yang halal kat MCD.andailah boikot tu menjadi, macam mana mereka yang mecari rezeki dengan MCD ni nak bagi makan minum anak diorang? Tahu2 lah sekarang ni susah nak dapat kerja. Ima harap, korang2 semua bersabar lah ye.Kita sama2 berdoa untuk mereka dan juga untuk negara kita sendiri agar keamanan berkekalan dan sentiasa dilindungi Allah.Daripada kita seru orang ramai boikot MCD lebih baik kita minta oranng ramai jalankan solat hajat disetiap tempat untuk saudara islam kita yang dalam kesusahan sekarang.

Sila ke laman web Macdonalds .Berikut merupakan pernyataan yang dikeluarkan oleh McDonald Malaysia.

p/s: Daripada korang boikot MCD lebih baik boikot ROKOK buatan YAHUDI laknattullah..ada berani??hehe



17 November 2012

beribu urat yang putus akibat melahirkan menyebabkan aku hilang sedikit memori kepandaian

Ceaaaa.. Tahukah korang??

"Beribu-ribu urat dalam tubuh hilang selepas seorang wanita melahirkan ank akibat meneran.Dalam keadaan di mana anak terlalu besar atau saluran peranakan terlalu kecil dan tidak terbuka, ibu terpaksa meneran lebih lama. Lagi banyak wanita meneran lagi banyak urat-urat dalam tubuhnya terputus."

Adakah disebabkan beribu urat yang terputus ni yang menyebabkan aku hilang banyak kepandaian dalam it dan komputer?? Serius tau, aku adalah bekas pelajar IT [teknologi komputer ] sebelum ni dan sangat-sangat suka mengedit apatah lagi melibtkan diri dalam bidang it.Tapi sejak melahirkan anak, kepandaian mengedit dan juga kepandaian lain tu, tiba2 je tkde dalam diri aku.Rasa macam tak pernah tau tentang semua tu.. Nak ubah apa2 setting dalam laptop pun aku tak reti.seolah2 orang buta IT.nasib la masih mampu lagi berfb dan berblog..haduiii..uwaaa..rasa sayang lah.Adakah itu sebab urat-urat yang terputus atau memang aku dah tetttttt..

Keajaiban di peperangan Gaza

subhanallah..AllahuAkhbar......


Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!
 
[ YA ALLAH, SUNGGUH BESAR KUASAMU.. AKU RASA MALU DAN KERDIL DISISIMU BILA SEKADAR MEMBACA KEJADIAN INI WALAUPUN BUKAN MENGALAMINYA SENDIRI:'( ]

16 November 2012

Dapatkan starter pack Tune Talk percuma


Nak  starter pack tune talk percuma  macam ima dan husben tak??
weee..mudah je..Klik sini untuk lihat cara-cara untuk dapatkannya.
chop2..hehesebelum tu, korang kena lah ada akaun SAYS.
Kalau belum ada akaun SAYS, boleh daftar kat sini 
Cepat-cepat tau..sangat terhad .
Tak faham boleh inbox ima kat FB

15 November 2012

Jakim sahkan suami tak perlu minta izin isteri untuk poligami

 Woww..Serius?? suami tidak perlu minta izin kepada isteri untuk berpoligami? Jadi, dimana hak isteri?? Hurm, kalau aku tau, bagus kahwin ngan laki orang.mean, jadi isteri ke empat ke.Tak la sakit hati bila suami berpoligami.Orang lain yang sakit hati..hahaha..boleh ke macam tu??kehkehkeh..Pasti banyak keburukan bila ini terjadi kan..Kita nantikan.haha

3 Pembohongan yang slalu diharapkan oleh wanita

ima pernah terbaca status freind list kat fb.

"pembohongan yang selalu berlaku dalam berpasangan"

Orang Lelaki Selalu Luahkan Pembohongan Seperti Berikut:
  • Saya Sayang Awak
  • Saya Minta Maaf
  • Saya Janji Tak Buat Lagi 

Haa.Ni la pembohongan dari lelaki yang orang pompuan suka.Bagi ima sendiri, ima mempunyai pasangan yang sukar untuk menyebut perkataan diatas.sebelum ni terasa hati lah juga.Rasa tak dihargai pun ada.tapi bila difikir balik,Alhamdulillah kot.Sekurang-kurangnya tak la sidia tu selalu melakukan 3 pembohongan di atas..^_^

14 November 2012

Melayu Tu Bodoh??

Hadui2..jangan marah aku pulak.hehe..Maaf, tajuk agak keterlaluan.Ni, aku sempat printscreen perbualan dalam komen gambar kat fb.Adui..sakit hati betul dengan minah ni.sukahati je nak kata satu2 kaum tu bodoh.Kalau ye pun, jangan la sampai nampak brani sgt nak taip macam ni kat fb.Please la donk..Kat fb ni, pelbagai kaum dan agama yang baca tau.Ni boleh menimbulkan perkauman tauuu?? Moga satu hari nanti kebalikkan, dia sendiri kata bangsa dia yang bodoh.Malas aku nak padamkan nama dia.saje je.. 

Taman Bertemakan Tandas

euuuwww..Taman bertemakan tandas?? haha, Ya, inilah taman yang telah dibuka di salah satu bandar di korea.Terbaekkk lah..Baca selanjutnya disini





Gadis berwajah anime

Anastasiya Shpagina, 19 tahun, adalah seorang gadis yang menghidupkan dirinya seperti seorang gadis anime.Dia menggunakan pewarna rambut dan make-up yang berat untuk mengubah rupa beliau menjadi watak anime Jepun.Beliau telah membuat perbandingan dengan Valeria Lukyanova,iaitu gadis yang telah menghias dirinya serupa barbie doll sebenar.Walaupun persamaan mereka, kedua-dua gadis itu tidak melihat diri mereka sebagai pesaing. Malah, mereka telah pun menghabiskan masa bersama-sama kerana hobi yang sama.baca selanjutnya disini:--->klik







  waduh..serius sangat cantik.puji lah sebab superb sangat makeup budak ni.Tapi takde keje lain ke sanggup makeup bagai sampai macam ni.hehe..

06 November 2012

::apa dah jadi dengan produk AYAMAS??::



Kerajaan Sarawak baru-baru ini mengeluarkan larangan import produk berkenaan berkuatkuasa serta merta selepas satu ujian menemui antibiotik Chloramphenicol. Apa kata anda?? Faktau atau Mitos?? hehe..baca selanjutnya ----> http://bit.ly/RDfg2v

::CAT WITH SIX PACK::

03 November 2012

::So Simple Majlis akad Nikah Farid Kamil:::

Alhamdulillah..Dengan sekali lafaz, Farid & Diana sah bergelar suami isteri. Suka tengok majlis diorang sebab majlis pernikahan telah berlangsung dengan sederhana di Hotel Flamingo. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.Jom lihat beberapa  pic majlis mereka yang ima copy dari beautifulnara.






:::SOCKNAM STYLE:::


Aduiii..besar penangan oppa gangnam style ni sampai jadi ikutan seluruh dunia.jangankan haiwan, manusia, soket pun ikut gangnam style.haha..

 

::: Angry Bird::::

Bila kening bertemu kening, nampaklah seperti marah.jadilah angry bird.hahaha






:: Ads:: Angry Bird::