Sponser By

Followers

Iklan

31 October 2012

Penerima BR1M Yang Bertukar Alamat Harus Daftar Semula


Okeh.Just nak ingatkan korang yang layak terima BR1M..Sharing is Caring Right.hehe
Ima petik dari Sinar Harian:

#Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata mereka yang terlibat serta pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0 apabila pendaftaran dibuka 1 Nov nanti.

# Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun depan.
#Bagaimanapun, penerima BR1M sedia ada yang lain tidak perlu mendaftar semula.



Baca Selanjutnya Disini


Ads:jom saksikan finding nemo 3D

25 October 2012

Usaha Tangkap Sang Buaya Gagal

 Utusan Borneo:
KUCHING: Seekor buaya yang dipercayai membaham lima ekor kucing berjaya melepas-kan diri daripada kepungan penduduk selepas terperang-kap selama empat jam di dalam sebuah parit sebuah taman perumahan di sini, malam kelmarin.
Insiden berlaku di Samariang Aman, Bandar Baru Samariang selepas buaya sepanjang tujuh kaki itu dilihat membaham se-ekor kucing di belakang sebuah rumah sekitar jam 9 malam.
Penduduk yang dimaklumkan mengenai insiden itu bergegas ke lokasi kejadian, menyebabkan buaya itu memasuki sebuah parit untuk menyelamatkan diri.
“Kami terkejut selepas dimaklumkan mengenai buaya itu. Kami segera ke tempat kejadian untuk cuba menangkapnya, namun ia berjaya melarikan diri dengan memasuki parit berdekatan.
“Melihat keadaan itu, kami segera meletakkan pagar di hujung parit tersebut untuk menghalang buaya itu daripada terlepas ke sungai,” kata seorang penduduk.
Kawasan perumahan Sama-riang Aman terletak di tebing Sungai Beradek, salah satu cabang Batang Salak.
Tambahnya lagi, keadaan bertambah sukar berikutan air pasang dan mereka terpaksa meminta bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Bagaimanapun, katanya, selepas menunggu air surut selama kira-kira empat jam, beberapa anggota JPAM dengan bantuan penduduk cuba menjejaki buaya tersebut namun tidak berjaya dan percaya ia telah terlepas ber- ikutan terdapat kesan bengkok pada pagar yang diletakkan di hujung parit itu.
“Usaha menangkap buaya tersebut terjejas selepas air mula pasang. Parit kemudiannya di-penuhi air dan menyukarkan kami menangkapnya menyebabkan kami mendapatkan bantuan JPAM.
“Selepas beberapa jam menunggu air surut, beberapa anggota JPAM meninjau keadaan di dalam parit tersebut, namun buaya itu tidak lagi kelihatan dipercayai berjaya melepaskan diri dengan merempuh pagar yang diletakkan di hujung parit ber-kenaan,” katanya lagi.



[uishhh..takotnye..sejak kebelakangan ni, kehadiran buaya dimana2 terutama disabah sarawak semakin menjadi2..bahayanye..]

24 October 2012

Akibat malas bersihkan kulit muka


 
Yuckkkk..korang nampak tak apa kat dalam gambar atas ni? Ni gambar yang ima copy dari fb. ada yang kata ni gambar hidung yang dipenuhi white head.Agaknya orang ni malas cuci muka.Betul kot kan.Mungkin ini yang akan terjadi bila liat sangat nak cuci muka.Bila muka berminyak, berhabuk kotor, ni la jadinya. So rakan-rakan terutamanya rakan lelaki, sila la rajinkan diri cuci muka ye.. ^_^

Ads: Berminat Nak Jadi Sebahagian Dari Krew Kami dan buat bisness handbag??

19 October 2012

Tak Tahu nama isteri?? erkkk






Haha.Siapa la agaknya kat sini lupa nama isteri ek.Ni betul-betul berlaku tau. Pagi tadi husben ima pegi temuduga terbuka konstabel sukarelawan. Pastu ada la salah seorang lelaki dalam anggaran umur 30an mcam tu.Pegawai penemuduga tu tanya.siapa nama isteri dia.sebab dalam borang permohonan tu ada minta nama pasangan. pastu lelaki tu jawab la.Tak tau la.Yang saya tau, nama dia siti je. pegawai tu pun ketawa la.Takkan tak tau nama isteri. Lelaki tu pun jawab.Ye, saya tak tau.slalu saya panggil sayang je.erk???? asben ima pun tahan2 senyum je.Bila dia cerita kat ima, ima punya tak dapat tahan ketawa.ada ke boleh suami tak tau nama isteri.Nak kata dia tak bercinta sebelum kahwin boleh tak? tapi kalau bercinta lepas kahwin pun sekurangnya tau nama isteri. ishh..macam-macam la.Ataupun lelaki tu tengah berdebar nak ditemuduga.haha.sabo je lah dapat suami macam lelaki tu.kehkeh..

Dulu syarat nak loan kereta diketatkan untuk mengurangkan belia yang muflis.Sekarang ada pula PERODUA tawar kereta murah pada pelajar IPT

Ciss..dulu masa ima ngan husben nak loan kereta, punya la banyak syarat dan syarat diperkatatkan bagi mengelakkan belia muflis menanggung hutang.Sekarang dengar pulak, PERODUA menawarkan tawaran hebat pada pelajar IPTA untuk mendapat loan kereta dengan harga murah. tak aci la macam ni.kehkehkeh..
ape pun, murah, murah juga.hutang tetap kena bayar.hehe

18 October 2012

Temuduga Terbuka




1. Jawatan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis Lelaki /Wanita Rujukan: KPN 140/3.
2. Elaun Penugasan - RM 6.00 Sejam.

3. Syarat Skim Perkhidmatan
3.1. Warganegara Malaysia.
3.2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun
pada tarikh temuduga.
3.3. Kelayakan:

3.3.1 Lulus SRP/PMR.
3.3.2 Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
3.3.3 Bersih daripada sebarang tapisan rekod keselamatan.
3.3.4 Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
3.3.5 Pengawal Keselamatan/Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/Badan Berkanun tidak layak memohon.
3.3.6 Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan/Sijil Kelahiran, Sijil Akademik, Sijil Berhenti Sekolah/Tamat Sekolah dan kad pengenalan ibubapa/Sijil Warganegara ibubapa.
3.3.7 Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/peraturan/kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

4. KELAYAKAN FIZIKAL
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

4.1 Tinggi sekurang-kurangnya Lelaki :162 cm, Wanita : 152 cm
4.2 Berat badan sekurang-kurangnya Lelaki : 50 kg, Wanita : 48 kg
4.3 Ukuran dada 81 cm biasa, ukuran dada 86 cm tarik nafas (Lelaki sahaja);
4.4 Mempunyai penglihatan yang baik;
4.5 Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;
4.6 Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

5. CARA MEMOHON
Eksesais pengambilan akan dijalankan secara TEMUDUGA TERBUKA DI SELURUH NEGARA DARI 19 OKTOBER HINGGA 23 OKTOBER 2012 BERMULA JAM 7.15 PAGI HINGGA 1.00 PETANG.

Borang permohonan boleh didapati di setiap IPD berdekatan.


Teguhnya Seorang Isteri

Teguhnya berdiri seorang isteri kerana adanya suami yang sentiasa ada  disisi dikala susah atau senang tanpa mengeluh.
Lemahnya seorang isteri kerana tiadanya suami disisi memberi keyakinan disaat susah mahupun senang.. Begitu lah sebaliknya. Tapi sebenarnya Seorang isteri boleh bangkit lebih Teguh apabila keadaan benar-benar memerlukannya menjadi Teguh.^_^
Ads:  

17 October 2012

Nampak Ayu je Gadis Korea Memakai Baju Kurung

Mengejutkan apabila Wonder Girl gadis korea memakai baju kurung dalam konsert mereka di Malaysia.Nampak ayu je kan.hehe.Kalau mereka ni boleh memakai baju kurung kenapa ada sestengah artis kita ni ada yang pakai pakaian tak cukup kain.








See More Pic

06 October 2012

BAJET 2013 | PERMOHONAN BR1M



Yihuuu..lalala.walaupun ima tak dengar secara menyeluruh tentang bajet 2013 tu, tapi ima ada juga dengar, tahun ni leh dapat BR1M lagi dan kali ni golongn bujang berumur 21 tahun ke atas pun layak mendapat BR1M.Dengar khabar, pada sesiapa yang dah layak mendapat BR1M dalam bajet 2012 ari tu tak payah memohon lagi sebab automatik akan dapat.Cumanya bagi bujangan  ni kena la memohon ye.Tapi sebelum memohon seeloknya daftar la dulu kat e-kasih bagi memudahkan urusan permohonan.hehe

Alhamdulillah dengan apa yang diberi..Taknak komen banyak sanga la.Tapi, korang tau tak macam mana nak bagi cadangan kat PM kita tentang BAJET-BAJET ni? hehehe.Kalau boleh, ima nak cadang sikit la.Paling tak pun, nak minta sikit.kehkehkeh.. PM, boleh tak kalau ima nak minta/bagi cadangan agar salah seorang dalam setiap sebuah keluarga kat malaysia ni diberi peluang untuk diambil bekerja govement mengikut kelayakan yang sesuai? Bukan apa, sekarang ni, nak dapat kerja govement bukan main susah.Tengok je ima dengan husben.Beratus permohonan di pohon, berpuluh kali temuduga dihadiri.Tapi nak dapat kerja bukan main susah. Tapi tengok orang yang lebih rendah kelayakan, dapat pulak kerja dengan govement.Tapi takpe la.Rezeki masing-masing kan. Tapi kalau boleh, harap sangat kalau permintaan orang macam ima ni ditunaikan. Rasanya sekurang-kurangnya kalau salah seorang dalam keluarga tu ada yang kerja dengan govement, maybe boleh mengurangkan risiko kemiskinan.

[BAJET HARAP PM BOLEH BACA NI.HEHE]

05 October 2012

BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA



 
Haa..Ni gambar yang ima ternampak kat fb semalam.hurm, sape la yang rajin sangat nak edit macam ni. Maaf lah ye.Tapi ini pendapat ima..Nape suka sangat buat benda macam ni.Think positive la kalau boleh kan. maybe kenaikkan harga gula ni boleh mengurangkan risiko pelbagai penyakit.pastu, pasal handphone tu mungkin PM nak bagi peluang untuk orang2 yang kurang berkemampuan untuk memilikinya.:) bersyukur dengan apa yg ada. PM kita tu pun sebenarnya manusia biasa.mungkin ada sesetengah idea dia tak nampak sempurna.Tak salah kita sebagai rakyat nak membantah atau tidak setuju dengan apa yang telah diberikannya sebagai PM kita. Tapi kita sebagai rakyat malaysia kena la gunakan budi bahasa yang kita ada untuk menyatakan pendapat kita.
Tapi tu lah.Ini pendapat ima.Tu pulak pendapat korang. Sebenarnya rasa takut bila politik ni selalu menimbulkan masalah.Takut nak tinggal dinegara yang tak aman macam sesetengah negara tu.Korang tak takut ke? Ima takut sangat.:'(

04 October 2012

Takut Hilang Selaput Dara? [oh wanita]


Korang pernah dengar tak selaput dara?

Selaput dara merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada membran vagina.korang mungkin telah membaca dalam novel-novel yang ia dipanggil sebagai selaput dara. Ia wujud sejak kamu lahir dan meliputi sebahagian atau sepenuhnya pembukaan vagina. Bayangkan selaput dara ini seperti penutup nipis yang menutupi sedikit mulut cawan. Biasanya akan terdapat satu lubang di tengah. Dalam beberapa kes, selaput dara mungkin menutupi keseluruhan pembukaan vagina dan mungkin memerlukan pembedahan untuk membolehkan darah haid keluar. Selaput dara biasanya elastik. Selaput dara yang masih belum pecah dikaitkan dengan kedaraan. Semasa persetubuhan buat kali pertama, selaput dara mungkin koyak dan ia akan menyebabkan pendarahan dan kesakitan.


Untuk sesetengah wanita, selaput dara mereka lebih elastik dan tidak koyak tetapi meregang hanya semasa persetubuhan. Dalam sesetengah kes, selaput dara masih kekal walaupun persetubuhan telah dilakukan. Bayangkan selaput dara seperti cincin yang boleh meregang sehingga tahap tertentu dan mungkin masih mudah koyak walaupun semasa perbuatan biasa seperti berbasikal dan ketika melakukan split. Gadis remaja mungkin cemas mengenai terkoyaknya selaput dara mereka dan kehilangan dara dalam proses tertentu tanpa melakukan persetubuhan. Ini tidak sepatutnya menghalang kamu daripada menjadi seorang yang menggemari aktiviti luar dan berseronok. Teruskan bersenam dan kekal aktif. Nikmatilah kehidupan

[COPY PASTE JE]