Sponser By

Followers

Iklan

30 August 2012

Kemalangan depan mata

Hurmmmm.. Pernah tak korang tengok kemalangan yang berlaku depan mata korang sendiri? Apa korang rasa? Mesti bergegar juga lutut kan. Ni la.Kelmarin masa dalam perjalanan nak balik, tetiba nampak orang exident.antara motorsikal dan kereta.Kereta tu takde apa2, kemek sikit je.Tapi penunggang dan pembonceng motorsikal tu yang jauh terpelanting. Terkapar-kapar 2 orang beradik tu macam ayam yang kena sembelih. Ya Allah. Rasa sejuk je masa tu.Rasa nak terkencing pun ada. Masa tu terfikir nak tangkap  gambar.Tapi hati ni menolak keras sebab terfikir.apa la rasanya kalau kita dalam keadaan mereka dan diambil gambar.Rasa tak sampai hati pulak. Pastu ambulan datang dan hantar ke hospital.Tapi yang masih bermain di fikiran ni, apa la khabar diorng tu.Harap-harap diorang selamat.Moga Allah panjangkan umur mereka.Bila tengok kejadian macam tu depan mata, rasa takut pada kematian mula la menghantui perasaan ni. Ni ima nak pesan pada semua.bila kita di atas jalan raya ni, kena la berhati-hati lebih ye.Jangan ikut nak cepat je.Tapi terfikir juga ima.Bila kita dah double triple berhati-hati, orang lain pulak tak hati-hati.kemalangan tetap berlaku..hurmmm..moga Allah jauhkan perkara begitu dari kita semua..:'(

hari ni Dapat Duit Raya Dari SAYS

Psssst..walaupun dah 12 syawal, ima masih lagi dapt duit raya. Tau tak dari siapa? Of course la dari SAYS . Hehe..Betul-betul seperti yang dijanjikan. Tak banyak mana pun. Rm100 je.Hehe.. Tapi ok la tu dari takde.lepas gak bayar bill astro.Tak pun, lepas la juga topup utk bulan ni.hehe.. Apa pun, thank you very3x much la ye kepada SAYS..

28 August 2012

Malas Gosok Gigi boleh nyayuk??

Tahukan korang?? ada kajian menyatakan, individu yang malas menggosok gigi adalah lebih berisiko mendapat penyakit nyanyuk berbanding mereka yang menggosok gigi 3 kali sehari. Hehe..Ima pun bari juga tahu.Tupun dengar kat nasiaonal fm.. hehehe.. haaaaaa..so, pada korang yang malas nak gosok gigi tu, kalau rasa-rasanya taknak dapat risiko yg tinggi untuk nyanyuk, fikir-fikirkanlah.. Sayaaaang kalau muda-muda lagi dah nyanyuk..kahkahkah..



16 August 2012

Msyukkkkk Gitu

Hari ni ima nak kongsi satu bisness ni..Memang best..Leh tambah income..Sangat sesuai bagi yang meminati bidang perniagaan.Orang kata kalau kita nak jayakan sesuatu kenalah bermula dari bawah kan. Mesti kebanyakkan korang dah pernah dapat email ajakan tentang bisness Sophie Paris kan.Sama la ima.dapat banyak email.Tapi ima tak layan pun.Tapi satu hari tu terbuka pula hati ni nak klik website Sophie Paris tu dan daftar secara percuma.Ima cuba fahami plan perniagaannya dan tengok produk yang syarikat ni jual memag best. Itemnya terdiri daripada pakain, aksesori, jam tangan, handbag, wallet, kosmetik, & belt. Produknya memang best, kuality Paris gitu.hehe.. Paling best, setiap 45 hari, item akan bertukar sebab barangan Sophie Paris ni betul-betul laris dan cepat habis. Kalau join memang tak rugi.sebab yuran hanya rm15 dan korang akan dapat sebuah magenta beg yang berisi starter kit,member kad yang cantik, latest katalog, sticker Sophie Paris, invite card dan borang order untuk anda order barang.

Hurmm, ima tau, tak semua korang minat nak bisness kan.Tapi mesti 99% dari korang ni minat shoping.Mesti korang suka barangan yang berjenama tapi murah kan.Takpe.Boleh je jadi member dan mendapat faedah sebgai member dan dapat diskaun setiap kali beli kat sophie paris.Taknak citer panjang la.Tengok la antara produk yang ada.:)







Haaa, best tak? tu baru sikit.apa kata korang join free dulu.Klik kat banner kat bawah ni ye.Kalau malas nak daftar pun boleh
je smskan detail korang seperti nama, email, bandar kediaman dan hp number korang ke 019487629-ima


10 August 2012

Baru tau carian google tu leh main game

Hahahaha..Sakai betol.Hari-hari guna google.baru hari ni aku tau carian google tu leh main game.hehe .. Tengok ni..

09 August 2012

WOW!! Boleh Menang Berlian tak ni?


Rasa-rasa dhani leh menang berlian tak ni? keh keh..saje je..tak layak join lagi ni.Apa kata korang join? mana la tau menang.bukan susah pun nak join kan.. klik banner kat bawah ni kalau nak join.


03 August 2012

Pandang rendah pada ibu muda ek??

Entah lah ek.Ima tak berapa pasti di tempat lain sama gak ke atau kat sini je nurse yang suka pandang rendah pada ibu muda macam ima ni.Ya la. Memang Betul sejak bergelar seorang ibu ni, ima punya masalah tentang BERAT BADAN irfan.Tak tau la tang mana salahnya.Padahal sejak lahir lagi ima bagi breast feeding kat irfan sampai la sekarang ni.then sejak lahir sampai umur 6 bulan memang breastfeeding penuh tanpa bagi susu tepung. bila umur irfan dah 6 bulan, baru lah ima bagi susu tepung.Tapi masalah berat badan tu sampai irfan umur 2 tahun ni pun masih lagi menjadi masalah.setiap bulan la kena pegi klinik untuk timbang berat. Tak tau la.Padahal segala vitamin, supplement dan makanan dah ima cuba bagi.Tapi berat badan tetap gak menjadi masalah.Kadang -kadang ima macam malas je nak jumpa nurse.sebab diorang ni seolah -olah pandang rendah pada ibu muda macam ima ni. Pernah sekali tu diorang kata ibu muda ni memang malas sikit nak bagi anak makan. Masa tu ima memang rasa marah sebab mereka bukan cuba memahami masalah ima tapi diorang seolah mengejek dan kata kami tak mampu bagi makan anak...Itu masalah dah lama.Cuma yang ima rasa tertekan baru-baru ni ada nurse cakap kat ima.Kalau boleh, luanghkan masa bersama anak.Huh..Tentang ni la yang ima pantang sangat. Diorang bercakap secara mengejek. Diorang tau ke sebab ada rasa tanggungjawab la ima berhenti kerja sebab irfan ni lemah antibody sikit.setiap bulan ada je demamnye. Diorang tak tau.Sebab ada rasa tanggungjawab  pada ank la ima sanggup tinggalkan kerja yang leh bagi ima gaji yang tinggi hanya dengan keyin data kat office. Diorang tau ke smua pengorbanan ima? Ye memang diorang tak tau kan.ima pun tak harap diorang tau.cuma rasa terkilan sebab diorang bercakap seolah-olah ibu muda macam ima ni tak tahu tanggungjawab. Tolong lah.Ima pun tak minta jadi macam ni. ima rasa walaupun berat badan jadi satu masalah pada irfan, dia adalah seorang budak yang sangat aktif. sekarang pun dah pandai bercakap mengalahkan budak 3 tahun. So patut ke ima risau pasal berat badan ni? padahal sebenarnya smua ahli keluarga ima memang jenis kecik2 je.Kadang2 rasa tensyen la asyik kena sindir oleh sesetengah  NURSE MULUT LONGKANG.

Kecik tak Kami? Ada macam anak beranak tak? hehe

01 August 2012

Ima Nak Kad Raya Boleh??



Cakap pasal kad raya ni, rasa-rasanya dah lama ima tak dapat kad raya.hehe..Yela.Zaman sekarang ni semua dah canggih.Dah jarang guna kad raya.Sekarang ni, orang bagi ucapan raya guna SMS, ucapan melalui wall Facebook, boleh twit twit..macam-macam lagi lah cara..Rasa rindu pulak nak dapat kad raya..ada tak blogger yang sudi bagi ima kad raya? hehe..Kalau sudi jom la kita tukar-tukar kad raya.Kalau sudi nak tukar kad raya dari ima leh la tinggalkan alamat kat bahagian komen ye..nama jangan lupa pulak.dan yang penting link blog jangan lupa letak kat kad raya tu.ima serius ni tau..meh ima bagi alamat ima.

SALSUZAIMA BTE SELAMAT
PETI SURAT 166,
JALAN PUNANG, 98850,
LAWAS, SARAWAK.