Sponser By

Followers

Iklan

19 November 2012

Orang lain nak boikot, ko pun nak boikot.Tak fikir panjang

Alahaiii orang Malaysia.Sejak beberapa hari ni banyak sangat tengok orang update status kat fb nak boikot MCD. Tapi fb xde pulak yang nak boikot.Bukannye apa.Ima faham perasaan korang.Korang sedih, kesian dan pelbagai lagi perasaan bila tahu saudara islam kita disana tengah diserang.Ima pun macam tu juga.Tapi bagi pendapat peribadi ima pula, takde gunanya kita nak boikot MCD kat malaysia.Cuba fikir balik.Orang yang buka MCD kat malaysia ni ialah orang malaysia.staff pun ramai orang malaysia.Kalau kita boikot, macam mana dengan mereka yang mencari rezeki yang halal dalam MCD tu? Kesian la juga orang kita kan.Saudara ima pun ada juga bekerja mencari rezeki yang halal kat MCD.andailah boikot tu menjadi, macam mana mereka yang mecari rezeki dengan MCD ni nak bagi makan minum anak diorang? Tahu2 lah sekarang ni susah nak dapat kerja. Ima harap, korang2 semua bersabar lah ye.Kita sama2 berdoa untuk mereka dan juga untuk negara kita sendiri agar keamanan berkekalan dan sentiasa dilindungi Allah.Daripada kita seru orang ramai boikot MCD lebih baik kita minta oranng ramai jalankan solat hajat disetiap tempat untuk saudara islam kita yang dalam kesusahan sekarang.

Sila ke laman web Macdonalds .Berikut merupakan pernyataan yang dikeluarkan oleh McDonald Malaysia.

p/s: Daripada korang boikot MCD lebih baik boikot ROKOK buatan YAHUDI laknattullah..ada berani??hehe



5 comments:

  1. alahai kak... x salah kita nak boikot selagi kita mampu... biar usaha kita kecil tapi kita dapat membantu saudara kita di sana... tega ka akak makan burger tapi sebenarnya akak dah membunuh bayi kecil yang x berdosa... biarlah sedara kita keja kat sana pon tapi x kan bankrup pon mcd tu... kalu bankrup pon, at least pekerja tu x mati atau kena bunuh macam di palestin... sama2 la kita boikot barang israel, solat hajat dan brenti rokok (kalau akak isap rokok)

    ReplyDelete
  2. kalau akak berani buat kenyataan camni, saya pon cabar akak papar komen saya tadi..

    ReplyDelete
  3. awak dah pikiaq panjang ka buat statement macam tu?

    ReplyDelete
  4. aik..ada pulak Anonymous yg memanas kat sini.hehe.asal tegur tak berani tunjuk diri dik? alahai...takyah memanas lah dik, kat tmpt sy xde MCD. sy org kampung.MCD terdekat pun memerlukan masa 4 dan 8 jam untk sampai.ini adalah pendapat saya. dan hak saya nak utarakan pendapat kat blog sy.apapun pendapat sy, itu hak sy.saya tak kata pun sy nk bunuh bayi ke apa ke.aduhai budak2 skrg ni.nk main cabar2 pulak dia.

    ReplyDelete
  5. satu lagi, utk pengetahun awak, kiteorg suami isteri tak sentuh rokok.x kisah pun nak boikot ke apa ke.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.