Sponser By

Followers

Iklan

21 November 2012

Beza Wang Palsu dan Wang Betul

MELAKA: Polis Melaka menahan lapan individu termasuk empat warga asing yang dipercayai terlibat dalam penipuan wang palsu bernilai hampir RM10,000 di sekitar negeri itu antara Jan hingga awal Nov ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka Supt Soh Hock Sing berkata kesemua mereka yang berusia antara 22 hingga 26 tahun itu ditahan selepas dikesan pihak bank dan pasar raya.

"Kita berjaya merampas wang palsu bernilai RM9,970 dengan RM4,960 berjaya di kesan melalui bank sementara RM4,810 dikesan pihak pasar raya," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua wang palsu yang dirampas itu melibatkan 91 keping RM100, 17 keping RM50 dan dua keping RM10.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab dalam mengedarkan wang palsu tersebut terutama melibatkan wang kertas bernilai RM100 dan RM50, katanya.

Soh berkata mereka diminta segera membuat laporan polis sekiranya menyedari menerima wang palsu dalam usaha membantu polis membasmi jenayah tersebut yang bukan hanya merugikan malah menjejaskan ekonomi negara.


 - Bernama-

p/s: Waaaa..Kena berhati-hati la ni .Kalau kena, sah-sah dah rugi.hehe..Cuba lihat beza wang betul dengan wang palsu.



2 comments:

  1. baca ni sambil tengok duit aku hahaha

    ReplyDelete
  2. Haah color dia macam differet sikit, macam yang fake tu kelabu sikit.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.