Sponser By

Followers

Iklan

25 October 2012

Usaha Tangkap Sang Buaya Gagal

 Utusan Borneo:
KUCHING: Seekor buaya yang dipercayai membaham lima ekor kucing berjaya melepas-kan diri daripada kepungan penduduk selepas terperang-kap selama empat jam di dalam sebuah parit sebuah taman perumahan di sini, malam kelmarin.
Insiden berlaku di Samariang Aman, Bandar Baru Samariang selepas buaya sepanjang tujuh kaki itu dilihat membaham se-ekor kucing di belakang sebuah rumah sekitar jam 9 malam.
Penduduk yang dimaklumkan mengenai insiden itu bergegas ke lokasi kejadian, menyebabkan buaya itu memasuki sebuah parit untuk menyelamatkan diri.
“Kami terkejut selepas dimaklumkan mengenai buaya itu. Kami segera ke tempat kejadian untuk cuba menangkapnya, namun ia berjaya melarikan diri dengan memasuki parit berdekatan.
“Melihat keadaan itu, kami segera meletakkan pagar di hujung parit tersebut untuk menghalang buaya itu daripada terlepas ke sungai,” kata seorang penduduk.
Kawasan perumahan Sama-riang Aman terletak di tebing Sungai Beradek, salah satu cabang Batang Salak.
Tambahnya lagi, keadaan bertambah sukar berikutan air pasang dan mereka terpaksa meminta bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Bagaimanapun, katanya, selepas menunggu air surut selama kira-kira empat jam, beberapa anggota JPAM dengan bantuan penduduk cuba menjejaki buaya tersebut namun tidak berjaya dan percaya ia telah terlepas ber- ikutan terdapat kesan bengkok pada pagar yang diletakkan di hujung parit itu.
“Usaha menangkap buaya tersebut terjejas selepas air mula pasang. Parit kemudiannya di-penuhi air dan menyukarkan kami menangkapnya menyebabkan kami mendapatkan bantuan JPAM.
“Selepas beberapa jam menunggu air surut, beberapa anggota JPAM meninjau keadaan di dalam parit tersebut, namun buaya itu tidak lagi kelihatan dipercayai berjaya melepaskan diri dengan merempuh pagar yang diletakkan di hujung parit ber-kenaan,” katanya lagi.



[uishhh..takotnye..sejak kebelakangan ni, kehadiran buaya dimana2 terutama disabah sarawak semakin menjadi2..bahayanye..]

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.