Sponser By

Followers

Iklan

03 August 2012

Pandang rendah pada ibu muda ek??

Entah lah ek.Ima tak berapa pasti di tempat lain sama gak ke atau kat sini je nurse yang suka pandang rendah pada ibu muda macam ima ni.Ya la. Memang Betul sejak bergelar seorang ibu ni, ima punya masalah tentang BERAT BADAN irfan.Tak tau la tang mana salahnya.Padahal sejak lahir lagi ima bagi breast feeding kat irfan sampai la sekarang ni.then sejak lahir sampai umur 6 bulan memang breastfeeding penuh tanpa bagi susu tepung. bila umur irfan dah 6 bulan, baru lah ima bagi susu tepung.Tapi masalah berat badan tu sampai irfan umur 2 tahun ni pun masih lagi menjadi masalah.setiap bulan la kena pegi klinik untuk timbang berat. Tak tau la.Padahal segala vitamin, supplement dan makanan dah ima cuba bagi.Tapi berat badan tetap gak menjadi masalah.Kadang -kadang ima macam malas je nak jumpa nurse.sebab diorang ni seolah -olah pandang rendah pada ibu muda macam ima ni. Pernah sekali tu diorang kata ibu muda ni memang malas sikit nak bagi anak makan. Masa tu ima memang rasa marah sebab mereka bukan cuba memahami masalah ima tapi diorang seolah mengejek dan kata kami tak mampu bagi makan anak...Itu masalah dah lama.Cuma yang ima rasa tertekan baru-baru ni ada nurse cakap kat ima.Kalau boleh, luanghkan masa bersama anak.Huh..Tentang ni la yang ima pantang sangat. Diorang bercakap secara mengejek. Diorang tau ke sebab ada rasa tanggungjawab la ima berhenti kerja sebab irfan ni lemah antibody sikit.setiap bulan ada je demamnye. Diorang tak tau.Sebab ada rasa tanggungjawab  pada ank la ima sanggup tinggalkan kerja yang leh bagi ima gaji yang tinggi hanya dengan keyin data kat office. Diorang tau ke smua pengorbanan ima? Ye memang diorang tak tau kan.ima pun tak harap diorang tau.cuma rasa terkilan sebab diorang bercakap seolah-olah ibu muda macam ima ni tak tahu tanggungjawab. Tolong lah.Ima pun tak minta jadi macam ni. ima rasa walaupun berat badan jadi satu masalah pada irfan, dia adalah seorang budak yang sangat aktif. sekarang pun dah pandai bercakap mengalahkan budak 3 tahun. So patut ke ima risau pasal berat badan ni? padahal sebenarnya smua ahli keluarga ima memang jenis kecik2 je.Kadang2 rasa tensyen la asyik kena sindir oleh sesetengah  NURSE MULUT LONGKANG.

Kecik tak Kami? Ada macam anak beranak tak? hehe

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.