Sponser By

Followers

Iklan

03 February 2012

Masalah Berat Badan Baby Tak Naik

 Hurm..Ni la masalah aku sejak bergelar seorang mama sampai la sekarang ni. Sekarang dhani umur dah setahun 7 bulan. Tapi berat badan masih lagi 7.4kg. Masa lahir, berat 2.7kg.. Sekarang masih lagi tiap-tiap bulan p klinik. Dah naik bosan dah tau. Sampaikan nurse tiap-tiap bulan bising. Ada tak sesiapa boleh bantu aku? Nak kata aku tak mampu bagi anak aku makan, Ya Allah, semua benda dah aku cuba bagi makan. Pelbagai vitamin dah aku cuba.Lagipun dari lahir sampai sekarang aku masih bagi dhani susu badan. Orang kata orang kalau anak minum susu badan, bagus. Tapi nape ek anak aku tak naik2 berat badan? Sampaikan nurse kata anak aku tak cukup zat.. Adoi.. Sampaikan diorang bagi anak aku bantuan 1 azam.. Huh.. malu la juga. Seolah-olah tak mampu nak bagi makan pulak.. Aku betul-betul la tak tau nak buat macam mana lagi.. Risau tu ada la jugak sebab tiap bulan naik 0.1kg jer. Tapi fikir balik, anak aku tu sihat jer. Aktif apatah lagi. Memang menjadi satu masalah besar bagi aku sebagai seorang mama. Gara-gara berat badan ni la terjumpa NURSE MULUT LONGKANG yang kata aku tak mampu bagi anak aku makan.. Haihhh.. tolong la siapa-siapa yang tau masalah berat badan anak-anak ni.. akak-akak yang berpengalaman tu, tolong la..ada apa-apa info atau nasihat yang boleh aku guna? Hurm, ada kesan tak baik ke kalau masih berlarutan berat anak aku tak naik?








2 comments:

  1. bagi la dia makan nestum bnyk2.. mcm adik sy.. dia pun sama.. sush sngt nak naik berat badan..

    ReplyDelete
  2. tak semudah tu la dik nak bagi makan nestum banyak2.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.