Sponser By

Followers

Iklan

18 March 2011

Pertama Kali Naik Bas

Satu Petang, Saiful menaiki bas untuk pulang ke rumah kerana keretanya rosak. Ini adalah kali pertama dia menaiki bas seumur hidupnya... 

Setelah beberapa minit bas memulakan perjalanan.. Tiba-Tiba....




Teeeett!!! bunyi loceng bas di tekan..

Pemandu bas: Siapa yang tekan lonceng tuh??

Saiful: Saiya..
Pemandu bas: Kenapa kaw tidak turun?
Siful: Itu testing....
Pemandu bas: Hurmm...


Pemandu bas pun meneruskan perjalanan.. beberapa minit kemudian..
Teeeeeeeettt!!  Loceng bas di tekan lagi.. Tapi Tiada siapa yang turun..


Pemandu bas: Siapa yang tekan lonceng tuh??
Saiful: Saiya... (sambil senyum kambing)
Pemandu bas: Ishhh... kaw ni.. balik balik tekan. Tidak juga turun. Sekali lagi kaw tekan, saiya tumbuk kaw!!


Pemandu bas pun meneruskan perjalanan.



Tiba-tiba, Saiful berkata: "Tuuu na rumah saiya.. sudah Limpas..."

Pemandu bas: Ah kaw ni! Kenapa kaw tidak Tekan loceng?

Saiful: Saiya takut kena tumbuk..(sambil tersenyum)

Pemandu Bas: ?? (tak terkata apa..)


16 March 2011

Botol susu bayi yang membahayakan kesihatan

P/s: sila ambil perhatian pada semua ibu-ibu, ayah-ayah, dan semuanya yang mempunyai ahli keluarga yang menggunakan botol susu..

Lembabnye aku jadi mumy! Baru semalam aku dapat tau ada botol susu polikarbonat  yang  di haramkan oleh kementerian kerana mengandungi bahan kimia  'Bisphenol A' (BPA) yg boleh mengganggu fungsi hormon dan saraf . Ini la akibat tak tengok berita.. Kan dah jadi macam ni.. Lepas baca je pasal ni kat blog, balik umah, terus pegi check botol irfan. Memang botol irfan jenis polikarbonat. Isk isk.. Nasib baik la irfan jarang menyusu botol. Irfan tak berapa pandai nak hisap botol..Irfan guna gelas kalau minum susu..Syukur lah sebab botol tu jarang digunakan..
Sebenarnya tak banyak yang aku tau tentang ni..

Tapi yang pasti, Botol susu bayi polikarbonat ni bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ni boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.

Jangan gunakan botol yang mempunyai kod seperti berikut:



Mari ramai-ramai kita guna botol yang selamat.Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.