Sponser By

Followers

Iklan

26 January 2011

GIGI BONGSU

Salam & mat pagi semua.. sayang korang.. hehe.. Nampak skema tak tajuk kat atas tu? tak juga kan..hehe.. korang apa khabar? putri khabar x baik..huhu.. (macam la ada orang tanya kan..) cian aku.. putri sakit gigi la..sakitnya yang teramat sangat.. doktor kata, ini d namakan pertumbuhan gigi bongsu..memang sakit..tidur pun terganggu.. baru la putri tau..ada gak gigi bongsu ek..ketinggalan betul la aku ni..ishhh... rasa macam baby2 pula nak tumbuh gigi..ahakzz...
Doktor gigi tu kata, gigi bongsu adalah gigi yang paling lambat tumbuh pada bahagian hujung sekali gigi.
memang sangat sakit.sakitnye kadang hilang kadang sakit balik..aik? macam chipsmore pulak? kadang ade kadang xde.. tapi memang sakit ler..ngilu, rasa bisa... x tau macam mana nak gambarkan perasaan sakit tu..tambahan pulak terkena dengan orang yang tak tahan sakit macam aku ni..memang menangis la.. bila la agaknya nak baik..aaaaaaaaaaaaaaa.. sakit.. tak tahan la..


19 January 2011

cabutan bertuah

Sambil lalu lalang kat blog kawan-kawan tetiba nampak tajuk ni "CABUTAN BERTUAH SEMPENA PEMBUKAAN BLOG" best2..nak join.. korang tak nak ke? free je.. jum follow saya join..
JOIN

16 January 2011

Mamil Mama

Yuhuuuuu..aku dapat sample percuma lagi dari Dumex.dapat Mamil Mama khas untuk ibu mengandung dan Menyusukan.. thankz dumex.. walau pun sekarang aku tak mengandung, tapi aku still menyusukan baby aku..
Apa kata orang.. susu ibu adalah susu terbaik untuk baby..tak gitu?? hehe..
Alang-alang aku dah citer pasal susu ni, apa kata aku kongsi sikit kebaikan susu ibu...

TAHUKAH ANDA???

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)

1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi

  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
Ibu
  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa
  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi  anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.
Ni la sample yang aku dapat tu..




15 January 2011

BENGANG!!

Pagi-pagi lagi aku dah naik bengang.. Aiks.. mcam lagu Akim pula..hehe..
apa tak bengang..aku sakit ati tol dengan minah sorang ni..Dah la menyapu pun macam tak menyapu..
Pagi2 aku datang tengok macam tak sapu langsung.aku tengok sampah pun sampah yang 2 hari yang lepas..
Minah ni pandai menyapu ke tak sebenarnya..musykil juga aku.. takkan x pandai kot..
hari tu aku sabar je..biasa la..budak baru keje..mungkin malu kot..tapi ni dah berhari2 pun sama gak..
memang aku tak puas ati..Susah la kalau keje ni aku buat, keje tu pun aku yang buat..
kalau macam tu bagus aku sorang je yang keje..gaji semua bagi aku..
Kalo keje just nak control ayu, baik x yah la.. aku lagi ayu...(haha..mungkin la..perasan gitu..)
Tapi ko tak tau..kalau keayuan aku hilang.. habis rambut ko tu aku jadikan ekor kuda..
Ntah la..aku malas la nak cakap..Bab aku ada penyakit pelik sikit..
Kalo aku cakap masa marah, aku takut api kuar dari mulut aku...
So terpaksa la aku luahkan kat belog ni..
nanti kang kalo aku cakap terus terang kat dia, aku takut tak dapat kawal perasaan ni.. nanti tak pasal-pasal ada pula gamba pempuan gaduh masuk dalam facebook..
Tak ke memalu kan..Tapi xpe..perasaan dah mula redha sekarang ni..

Kepada kawan2 kat luar sana.. ingat la pesan ni..tak kira ler apa keje kita..andai kita ni kerja, buat la cara macam kerja..gaji sama2 dapat, tapi kerja ko suruh jer orang lain buat..apa barang??? huhu(LEGA...)

13 January 2011

Achik & Nana

Korang ingat tak nama kat atas tu? (Achik & Nana)atau nama sebenar abdilah murad dan siti nordiana.. Dulu pada zaman sekolah aku minat sangat dengan pasangan ni..cute sangat..Kan best kalo diorang sampai ke jinjang pelamin. Tapi ape bleh buat.. Dah bukan jodoh diorang. Allahyarham Achik pon dah meninggal dunia.. Kesian kan..muda lagi.. Tapi, tu lah kan.. Jodoh, ajal, maut semuanya di tangan Tuhan..

Apepun, aku masih lagi minat kat achik & nana ni... Lagu2 diorang tetap menjadi siulan..
aku doakan semoga achik di tempat orang2 yang beriman.. moga nana juga bahagia di samping family.. dan bertemu jodoh yang lebih baik..Al-fatihah buat Achik..

pasangan duet achik & nana

gambar kenangan achik bersama isteri & anak2..

Saat achik kemalangan


alfatihah buat achik.. :'(

Pic saat pernikahan achik