Sponser By

Followers

Iklan

12 July 2011

Opss.. elakkan kegatalan Vagina [Oh Wanita]


shutterstock
Penyebab Kegatalan Vagina
Antara penyebab kegatalan vagina:
  • Sabun kuat yang wangi
  • Ubat-ubatan
  • Stres
  • Hormon (semasa period, kamu mungkin lebih terasa gatal)
  • Material baju yang merengsa
  • Peluh
  • Kelembapan
  • Penyakit atau jangkitan
Sekiranya kegatalan tidak berhenti, kamu mesti berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.
Elakkan Kegatalan Vagina
  • Kalau period, tukarlah pad secara kerap. Apabila kawasan vagina kering, kamu mengelakkan pembiakan bakteria yang tidak dikehendaki, peluh dan kelembapan. Pad yang basah, jika dibiarkan lama akan menyebabkan kemerahan dan pedih-pedih pada kulit. Kebanyakan pad dibungkus secara berasingan agar lebih mudah untuk kamu bawanya ke mana-mana. Bawa pad lebih ya kalau aliran haid banyak.
  • Gunakan sabun lembut tidak berbau dan pembersih keintiman wanita bila membersihkan kawasan vagina.
  • Elakkan daripada menggaru. Luka kecil kerana menggaru akan menyebabkan jangkitan kulit.
  • Pilih seluar dalam diperbuat daripada bahan yang sejuk dan sepadan dengan saiz kamu. Elakkan bahan yang merengsa kulit kamu ya!
  • Mencabut atau mencukur bulu pubik juga mungkin merengsa kulit vulva.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.