Sponser By

Followers

Iklan

12 July 2011

Cinta VS Nafsu

Tahukah Korang? Terutamanya pada remaja.

Tubuh kita kadangkala boleh menipu kita, menyebabkan kita rasa seolah-olah kita jatuh cinta dengan seseorang itu, walau yang sebenarnya kita cuma meminati si dia.

Apabila kita mula “jatuh cinta”, kita rasakan ia seperti cinta sebenar. Cinta memberikan maksud yang lebih mendalam yang biasanya datang dengan perhubungan lebih matang. Memanglah ada kes macam cinta romantik di mana tarikan fizikal berada di kemuncak. 

Korang dan pasangan semakin gemar bersentuhan fizikal dan mula bereksperimen dan menjadi lebih ingin tahu mengenai seks. Hormon seks dan kimia dalam otak yang membuatkan korang rasa begini. Bila ia berlaku, korang mula merasa dorongan seksual dan mula menjadi obsesi dengan pasangan korang.


Waktu inilah nafsu mula terasa. Korang bernafsu bila korang mula memikirkan untuk terlibat secara seksual dengan seorang yang lain. Nafsu memfokuskan terhadap fizikal dan seks, tidak seperti cinta di mana ia memerlukan komitmen dan keserasian yang mendalam. Apabila nafsu berkurangan, saat inilah ujian cinta sebenar akan bermula. Jika kamu menyayangi seseorang itu, tiada sebab kenapa kamu perlu terburu-buru terlibat secara seksual dengannya.

Sumber: KLIK SINI








3 comments:

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.